nASI aRAB

TERINGIN LAK NAK MAKAN LAGI NASI ARAB KAT RESTORAN SABA' CYBERJAYA TU..SEDAPNYA

NASI KABSHAH..NASI MANDY..HANNETH ..NTAH APA LAGI..COOK YEMEN STYLE (SEDAPNYA)

BEBARU NI AKU PEGI MAKAN NASI ARAB KAT RESTORAN ARAB SAMEER..MASUK JEK CIRI CIRI DESIGN TU MMG LA CAM ARAB STYLE..TAPI LAGU YANG BERKUMANDANG DALAM TU..LAGU HINDI LAK..HEHE..AKU INGATKAN LAGU PARSI KE..HIKS MCM TAU BAHASA PARSI..HAHA.

SEBENARNYA NAK BGTAU SUMBER BERITA DI BAWAH NI.

Petikan dari bharian online

Iran larang penyiaran program papar resipi masakan asing


2011/02/08

TEHRAN: Pihak berkuasa penyiaran Iran melarang rangkaian televisyen negara itu daripada menyiarkan program masakan yang memaparkan resipi masakan luar negara, lapor sebuah laman web berita kerajaan.

Jamejamonline melaporkan, Timbalan Ketua Penyiaran Iran, Ali Darabi, mengumumkan larangan itu ketika satu lawatan ke salah sebuah daripada 30 stesen televisyen tempatan di negara itu.


“Stesen televisyen sepatutnya menunjukkan kepada penonton tempatan dan asing di Iran mengenai pencapaian besar Revolusi Islam.
“Mulai hari ini, adalah diharamkan untuk menunjukkan cara masakan bukan mengikut teknik Iran,” kata Ali ketika menjelaskan langkah itu.

Beberapa program masakan di stesen televisyen Iran memaparkan resipi masakan asing seperti dari Itali dan Perancis. Jadi, mulai saat ini, penduduk Iran hanya boleh belajar masakan tempatan saja.

Larangan itu dilihat sebagai sebahagian daripada kempen kebangsaan yang didesak kerajaan Iran sejak beberapa tahun lalu.

Pizza, pasta atau makanan segera barat seperti hamburger dan hot dog sememangnya popular di Iran dan terdapat banyak restoran di Tehran menghidangkan makanan barat atau Asia.
Ia dianggap satu usaha pihak berkuasa melancarkan kempen meningkatkan semangat patriotik di kalangan penduduk.

Langkah terbaru itu dilakukan menjelang sambutan ‘Hari Revolusi Islam’ ke-32 sebagai mengingati kejatuhan Shah Iran.

Sebelum ini, Iran mengisytiharkan kempen terhadap rokok, termasuk mengharamkan saluran televisyen menyiarkan filem mengandungi aksi merokok. – Agensi 




***Pasta Carbonara i love

2 comments:

Ayu Firzara said...

Teringin juga nak makan nasi arab...kat Saba'...huhu. Jom kaksu...

CIKU said...

ye betulll..tersgt lapar lak ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.