Sunday, September 1, 2013

Pertandingan Bunga Api Putrajaya 2013 -korea

Salam 

Malam Ambang kemerdekaan tu ciku n famili memang berada di KL atas urusan koje di Grand Seasons Hotel pastu bilik kami tu memang view menara KLCC tu ,dalam pukul 10 malam tu ciku dah ngantuk dah cam maleh je nak tunggu ambang berambang ni ..hihi.Tapi anak anak nak tengok so tengok ajela dari dalam bilik..kabus aircond kat tingkap bilik ..takde le nampak sgt..haha.

Esok tu kami ke Putrajaya presint 5 ,banyak gilos kereta kat area ikan bakar tu ..kami park kat luar tepi tepi hutan pastu buat cat walk ke area bawah jambatan depan PICC..port baik punya ..memang nampak clear bunga api.Kali ni memang nak pegi tengok bunga api dari negara korea ..hihi.Ada bebudak yang nangis terkejutkan bunga api..tak tau le anak ke mak ayah yang nak tengok..apa apa ajela.Anak anak ciku memang asik teruja ,nasib baik depa tak mintak mainan lampu cahaya cahaya yang orang jual tepi tepi tu..RM10 satu.Kami memang duk kat port jualan tu..anak anak teruja tengok bunga api tak perasan kot jualan mainan tu.

Okla boleh le tengok sesikit pic malam tadi



Smile





Banyak amik video bunga api dari korea ni tapi belum save lagi.nanti siap .ciku load k untuk share.

Sori sori sori video sebelum ni..hoho

Orait info sikit 

Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013 adalah anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj) bersama rakan penganjur Duago Corporation Sdn Bhd diadakan di Marina Putrajaya, Presint 5 Putrajaya pada 30 & 31 Ogos, 13, 14 & 15 September dan 2 Oktober 2013 dengan persembahan bertaraf antarabangsa untuk tatapan para pengunjung ke Putrajaya

Sebanyak enam negara menyertai pertandingan kali ini iaitu China, Emiriyah Arab Bersatu, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Perancis dan Malaysia. Pertandingan ini berlainan daripada pertunjukan bunga api biasa kerana setiap pertunjukan diiringi muzik pilihan negara peserta.

Setiap pertunjukan akan berlangsung selama 25 minit bermula 10 malam pada tarikh-tarikh berkenaan, kecuali pada 30 Ogos, pertunjukan dimulakan pukul 12 tengah malam sempena sambutan Ambang Kemerdekaan.Jadual penuh date dan negara ciku tak dapat lagi tapi rasanya ciku tengok satu hari ni jek..haha.

Okeh ciku dapat memenuhi tetamu yang datang dari jauh dan anak anak nak tengok bunga api putrajaya ..santai bersama semua sambil minum air mineral.

No comments:

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...