Wednesday, September 18, 2013

Senarai Replika Masjid dunia

Salam,


Taman Tamadun Islam (TTI) adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang sebelum ini dianggap tidak berpenghuni dan dipenuhi hutan nipah. Taman tema ini merupakan salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

Taman tema yang mula dibina pada Mac 2005 bukan sahaja dikelilingi replika-replika masjid dari serata dunia malah sebuah masjid yang juga mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal turut berdiri megah di situ.Itu ayat dari pakcik wiki untuk info pengenalan ..hihi.


Orait bayaran masuk .(boleh rujuk info lain takut takut dah berubah)
Dewasa :  RM 10.00
Kanak kanak  : RM5.00

Nanti lepas bayar tu..kita diberi buku cam pasport yang mengandungi info ringkas tentang replika dan monumen di situ.


Oh ye..tandas awam ada disediakan banyak di sana so tak yah risau.Kami kat sana pusing pusing guna ngan trem aje.. RM3.00 . pastu dah penat p je makan kat area situ ada jual makanan dan minuman serta di area pintu masuk tu ada taman mainan kanak kanak gak. Solat di Masjid kristal yang amat berdekatan.Settle..oo..kami sempat tengok stadium runtuh time tu.hoho.



Orait abis..meh tengok sedikit gambo gambo dan info senarai masjid yang ada di situ.







Waktu perjalanan bas..ciku naik lori..ni saje snap je

Pintu masuk

Trem yang kami naik 







Ni info senarai Replika masjid termasuk monumen dan tugu dibina pada nisbah skala 1:4 hingga 1:22 berbanding saiz asal.


Replika masjid, monumen dan tugu
           Negara          
Masjid Abu Nasr Parsa
Afghanistan
Masjid an-Nabawi
Arab Saudi
Masjidil Haram
Arab Saudi
Masjid Sultan Omar Ali Saifudin
Brunei
Masjid Xian
China
Taj Mahal
India
Masjid Kudus Al-Minar
Indonesia
Masjid Sheikh Lutfallah
Iran
Masjid Besar Samarra
Iraq
Masjid Negara
Malaysia
Masjid Mohammad Ali
Mesir
Masjid Besar Agadez
Nigeria
Masjid Badshahi
Pakistan
Kubah As Sakhrah
Palestin
Masjid Kul Shariff
Rusia
Masjid Al-Hambra
Sepanyol
Masjid Aleppo Citadel
Syria
Masjid Pattani
Thailand
Masjid Qairawan
Tunisia
Masjid Suleyman
Turki
Menara Kalyan
Uzbekistan
Masjid Sultan
Singapore


  







  


No comments:

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...