Saturday, September 14, 2013

Pertandingan Bunga Api di Putrajaya 2013 -Perancis- dan Resepi kuih buah melaka

Salam,

Orait semalam ciku tak pegi tengok Bunga Api tapi hubby dan anak anak yang pegi , depa ni memang asik teruja aje nak nengok..ontahla.hihi.Ciku and si kenit duk di rumah dan menikmati dari rumah aje.
Hari ni entry just nak kongsi video bunga api yang my famili amik .Itu aje nak dikongsikan .




Tapi maaf ye sebab video ni kualiti tak berapa cantik .hoho.
Malam ni  maybe pegi sebab musabab kengkawan dari jauh nak ajak teman ..pegi aje la kan lagipun famili ciku memang sangat suka nengok dan berasak asak tu.haha.

Boleh tengok video bunga api korea kat enrty ni ye.
Pertandingan Bunga Api Putrajaya -korea


Jom makan kuih buah melaka pelbagai saiz yang dibuat oleh ciku untuk dinner bunga api itu.Resepi ada dibawah ye.Jamu mata dan try aje buat.tak cantik takpe..kita kita aje yang makan..haha




Bahan Bahan A:
3 Cawan tepung pulut 
5 Helai daun Pandan ( Kisarkan ,tapis dan amik air tu..hampas tu buang)
Sedikit air
Sedikit  garam
Sedikit  kapur 

Bahan bahan B:
Kelapa parut
garam
Gula Kabung

Langkah :

1)Didihkan air dalam periuk.
2)Uli tepung pulut dengan bahan bahan A tu.
3)Pastu buat bulat bulat ..dan masukan inti gula kabung yang dah potong agak dadu.
4)Masukkan dalam air mendidih .tunggu sampai ia terapung.
5)Angkat dan golek golek kat kelapa parut yang dah dicampur garam sikit.

Settle..boleh hidang ngan air kopi.

No comments:

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...