Sunday, September 29, 2013

KUD Putrajaya 2013

Salam,

Karnival Usahawan Desa 2013 merupakan siri kelima yang diadakan selama lima hari bermula .

Tarikh : 25 hingga 29 September 2013 
Tempat : Laman 1 Malaysia, Persint 2, Putrajaya.(area pasar tani putrajaya)
Masa : 10 pagi -10 malam



Banyak aktiviti menarik disediakan. Seramai 600 usahawan seluruh Malaysia akan mengambil bahagian dalam program kali ini. Antaranya demo masakan dan produk ,60 minit Ustaz Don pada 26 september, permainan rakyat, persembahan kebudayaan dan macam-macam lagi.
  Objektif utama membuka ruang pasaran lebih luas kepada usahawan dengan memperkenal dan mempromosi produk desa secara terbuka di samping mengadakan jualan terus kepada pengguna.

Orite itu infos..ciku dapat meluangkan masa pegi KUD ni pada hari khamis lalu ..meh stori tentang KUD ni.

Ciku beli sos  pencicah 4 botol RM 10.00 (kongsi kongsi ngan member) , cendol serkam sedap dan sangat inovasi caranya (tak ingat harga), air limau nippiz RM1.00 ,rempah opor RM9 -2 pek (kongsi ngan membe gak),

Ada jualan dan testing makanan ikut negeri .Makan lunch hari tu ciku pilih mee udang Johor RM5 -ada 2 ekor udang kertas yang saiznya besar..best..oo..ciku makan sata Aziz kuala kemaman gak..lamo dok rase sata kemaman tu.Air dalam cup tu asam boi..hihi..Itu aje yang ciku beli..lenlain tu cuci mata aje dan rasa je sume makanan yang depa jual tu.Dan satu lagi nak stori..tempat duduk makan agak terhad tapi kami dapat je duduk area nasi tumpang Kelantan tu.

Dengan membeli sume tu..kami dapat 2 kupon bleh tengok system kuponnya pic kat bawah tu .Kami sepakat bagi kat member yang sorang ni sebab dia nak datang esoknya ngan family so okla..ciku cam nak naik kereta kuda tu pusing pusing putrajaya..haha..tapi kena kumpul 5 kupon so kami takdo kupon sebanyak tu.hihi.

Peta lokasi KUD

Besar betul tempat KUD kali ni..ciku tak abis jalanpun..plan nak cari booth pearl haaya ZON C ,C24 tapi tak sempat..hari dah panas ..kami belum zohor lagi..stop by solat dulu pastu rest ..malas lak nak masuk semula ..hihi..Kami banyak jalan kat area ZON B dan D je pastu p makan kat area demo masakan tu.Weekend leh pegi lagi nanti.
Ini antara produk yang ciku beli..daging masak opor dari Pahang.sedap lak masa testing makan tu.


 
 ***Jalan sesangatla jem pada waktu pagi kat area situ..bukak satu lorong je.hoho.merah la jawabnya punch card..alasan..hiihi
Hari ni last..kalau sesapa nak tengok last day KUD 2013 bertempat di putrajaya ini kot kot dapat harga lagi murah dari hari sebelum..ciku terasa cam nak makan sata kemaman tu lagi lak..hoho.

No comments:

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...