Muffin Strawberry

Salam,





Balik dari cameron hari tu..ciku try le buat muffin strawberry ni..amik resepi dari makcik yang duk cameron tu..huallah..testing my muffin for family aje.Tak berani nak bagi orang lain makan takut takut menakutkan..hahha..

Ciku buat 2 x baru le menjadi..huhu.Buat sikit aje..dapat 16 biji kalau tak silap.

Resepi nya gini ye

BAHAN-BAHANNYA :-)
180 gram mentega berkualiti tinggi
140 gram gula halus
2 biji telur
220 gram tepung gandum
2 camca teh baking powder
100 ml susu segar (guna susu dutch lady aje)
Jem strawberry secukupnya (ni ciku beli di Cameron hari ni..yang Topping ice cream tu)



CARA MEMBUATNYA :-)

Memula panaskan oven pada suhu 180C,
  1. Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur stau persatu dan terus memutar hingga gebu.
  2. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, 
  3. Masa untuk mengisi dalam muffin cup 3/4 penuh dan  1/2 camca teh jem strawberry di tengah2nya. 
  4. Dan hiris sebiji strawberry bahagi 4 dan chocolate rice untuk hiasan tabur atas muffin tu.
  5. Bakar 25 minit atau hingga masak, sejukkan atas jaringan sepenuhnya.

Orite ini le makanan petang kami lepas balik koje tadi sambil sambil makan cucur ikan bilis yang lagi sedap daripada muffin strawberry ciku ni..haha.Apa nak buat..br testing market.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.