Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Bawa anak anak g travel sesama?

Salam,

Tetiba nak buat entry ni..terasa nak kongsi ajes.
Ciku ok je kalau TL ok..so far dia ok je nak tolong uruskan bebudak ni sesama dan kalau ke tempat tempat yang sesuai dengan anakanak dan paling penting bajet yang sesuaila..hihi.

Tahap kesabaran dan kecekalan musti tinggi ..ye ke..haha.Time nak jerit ..ciku jerit je.."jangan main tekan tekan lif tu"..haha..Abis tu keluar le suara merdu ciku yang menang nyanyi masa sekolah dolo dolo tu.Pastu ciku memang asik suruh anak anak pegang tangan..bahagi le ngan TL dan ciku.Takut hilang lak..nak ikat pelik sangat lak..haha.

Kalau kat Malaysia ni.Alhamdulillah dah satu Malaysia pusing cuma ada tempat tempat dalam negeri negeri tu yang tak pegi..so far ok aje. Takde masalah besar..alhamdulillah.First time naik kapal terbang adalah destinasi ke Langkawi bersama keluarga.

Bagi ciku hO chi minh,Vietnam adalah negara agak susah ciku n TL nak pk nak bawak ke mana bebudak ni..sebab hO chi minh kan..kan kan..hihi..at last kami bawak g Zoo saigon dan taman bunga tu..hihi..lama sket depa duk situ ..haha selain kami bershopping kainbaju di ben thant.Masa shopping di ben thant..kadang kadang je bawak anak anak, kami gilir gilir jaga di hotel..so pg sendirisendiri ajela..hihi.

Di brunei ,kami banyak meluangkan masa di sekitar hotel dan bajet memang lebihkan di hotel sahaja.Selain ke theme park ala ala tu di jerudong.
Krabi thailand ,cam biasa melawat 4 pulau tu dan kami amik jungle trekking ngan gajah..bebudak ni suka gitu sebab dulu masa g kuala gandah pahang tu kejap je gajah tu bawak pusingpusing..kalau g krabi jungle trek ngan gajah tu..jauh dia bawak pusing..masuk hutan,masuk sungai..ciku je agak gerun..bebudak ni gelak gelak sonok.

Ciku rasa asalkan bawak bekalan makanan dan baju anak anak mencukupi dah ok kot kecuali g indonesia..sana baju murah je..beli je t shirt tshirt kat sana..haha.Bekalan makanan tu termasuk sachet air walaupun kat negara nak pegi tu ada je jual makanan ..tapi ciku musti standby biskut oreo dan biskut petak cicah air tu kegemaran depa ni dan milo 3 in 1.Senang memalam buta depa lapo..ada makanan.Pampers kena bawak lebih gak.Purata baju tu 2 helai untuk 1 hari kecuali si kecik kena bawak lebih.

Dalam beg sandang bawak atas kapal terbang tu..ciku biasa standbykan sepersalinan pakaian ciku,TL dan anak anak serta pampers dan roti kecik kecik ponyok ponyok je dalam beg tu..hihi.Ciku jarang bawak handbag sebab takut tertinggal. Bawak minyak gamat, handyplast, ubatan demam mana tau tetiba or apa apa simple simple injured ..ada le stok first aid tu.

Ciku rasa apa yang penting kalau bawak anak anak tu musti ada bajet yang lebih sebab pegi berdua dan berkeluarga ..jauh beda bajetnya.Kemudian kerjasama tolong menolong antara TL dan OR amat penting. Kesesuaian persefahaman gak penting dan perasaan selamba sebab kenkadang perangai anak anak ni tetiba aje berubah.hihi..Alhamdulillah doa dan tawakal paling utama dalam setiap perjalanan.

Antara negara yang ciku mengimpikan nak pegi..Japan,Istanbul ,Italy ,Rome dan NZ.
**Ini semua apa yang ciku buat.Orang lain maybe beza dari segi pengalaman dan cara.

Kalau ada bajet banyak ..pasti nak bawak satu famili ..sume orangpun gitu kan.

2 comments:

Jari Manis said...

ye betul..the most important thing adalah budget pastu baru pikir benda2 lain..

i'm curious one thing ..TL tu apa eh..Tok Laki ko...hehehe...

CIKU said...

Hihi..aah betul betul jm..bajet musti ado.TL tu yerp..tok laki..hihi