Friday, December 13, 2013

Berbaloi di Austin steak ,bangi

Salam,

Asik cuti je la dapur rumah ciku tu setiap sabtu ahad , lepas balik pantai timur hari tu..gantung periuk , kuali belaka.huhu..okla kita terus je pada tajuk entry tu.

Pertanyaan??Anda teringin makan steak dan berbaloi harga nya..meh la terjah sini..hihi. So tempat yang kami terjah sampai 2 x dalam seminggu adalah austin steak bandar baru bangi . Address penuh kotla korang nak terjah tapi cam ramai je orang dh tahu lokasinya .hihi..55-GF, Jalan Kajang Impian 2/1 (Taman Kajang Impian), Bandar Baru Bangi.Masa buka : 5.00 petang -tak pasti sampai pukul berapa..tapi ciku pegi pukul 9.30 malam ..ianya masih buka.

Tampatnya sangat cantik dan harganya berbaloi.Boleh tengok kat sini ..orang punya pic..ciku tak sempat amik gambo..terjah tengok kiri kanan atas bawah semua restaurant ni pastu makananpun sampai terus terkam makan.hihi.service cepat dan sedap.
Boleh je google gambo tempat ni.



Menu menu



Ciku order for the first time adalah
Chicken Marryland dan chic chop dan air jus kedongdong dan air jus apple asam boi. sedap tak terkata..hihi.Mushroom soup dan garlic bread.Bungkus fried spagheti.Banyaknya perkataan 'dan'..huhu.

Second time pergi  order 
Grill chicken dan Fillet steak ,air jus apple asam boi dan jus durian belanda..beef ball spagheti (untuk anak ciku),mushroom soup dan garlic bread.Bungkus fried spagheti.sedap jugak dan service cepat walau ramai orang tapi masih boleh bernafas la.hihi.

Ciku rasa air jus buah dia murah dan gelas beso.try le ye jika berkesempatan.

Ciku pernah pegi makan kat laman Grill bangi tu....sepingganpun dah berpuluh puluh (sekali pegi ok kot- berkalikali tu...tak le..).first time g situ makan Carbonara pasta, menu signature chef zubir(xingat nama apa),Norwegian Salmon & Chilean Blue Mussel memang sedap dan harganya bagi ciku tak bolehla nak pegi selalu..lalu selalu boleh le.


So kalau terasa nak makan ala ala gitu ...kami ke Austin Steak bangi ajela..berbaloi bayo dan sedap juga.orite udeh citer pasal makan.Macam nak demam dah ni..minggu ni ada jemputan kenduri lagi..jenjalan lagi makan free..mekasih jemput..dekat je ..shah alam .

2 comments:

Jari Manis said...

lepas ni perlu kurang mkn kat luar kerana maybe akan kenakan GST 6%...tak mampu JM nk makan kat tempat mahal cenggini :-)

CIKU said...

hihi..:) rutin harian memang memasak untuk anak anak dan suami cuma kenkadang kena gak rest dari rutin harian..hoho.minggu ni ada kenduri kawin adik beradik di shah alam..boleh makan pree..yeah..

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...