Sunday, April 28, 2013

Running man -Lee Dong Wok in episod 136

Salam..
lama tul tak post pasal running man..ciku memang peminat tegar running man..hihi..tapi lately cam busy nak tgk running man dan juga sebab HD beyond dah takde..channel 393 tu..huhu..so selalunya la ni ciku tgk online je Unifi kan.Itupun kalau free.

Running man bersama lee dong wok belum tgk lagi ni..kalau free leh tgk nnt.last ciku tgk running man bersama jackie cahan..tak penah miss lagi nidari epi 1..hihi..cume lately je dok usahe nak tgk tak leh..apa bahasa ni..apapa ajela.

Tgk pic ni je ye wat perangsang peminat lee dong wok..:).ciku peminat lee ji ho..hiks





Sunday, April 21, 2013

Loves the one who loves Allah

Salam,
Hanya gambar dan kata kata di ruang gambar terpilih by ciku untuk panduan sendiri dan semua.







He can’t express his feelings through his art because he’s too afraid of feeling

Salam,
Tatiba je tajuk entry gitu..bebaru ni ciku tengok movie ni ,tapi tak tengok dari mula..mcm best je walaupun citer budak budak. Ada mesej tersurat ni..hihi. Ciku suka pelakon budak George ni - Freddie Highmore. Mengexpresskan perasaan dia melalui seni lakaran lukisan.


" THE ART OF GETTING BY " 

actor :  Freddie Highmore as George
actress : Emma Roberts

George finds himself paralyzed by fear so he can’t move forward in his relationship with Sally.  He can’t express his feelings through his art because he’s too afraid of feeling.  George is waiting for something valid to say, for something important to inspire him, but it’s the very fear of being an active participant in his own life that is preventing him from finishing the things that he starts: his homework, his relationship with his parents, his art, his relationship with Sally. 

Meh nikmati gambar gambar dari Sumber googles..k da abis







Wednesday, April 17, 2013

Trip lapuk to Busan,korea

SALAM,

Flight AA murah ke busan.
So ciku nak kongsikan pengalaman ke busan  ye..DARI JEJU KE BUSAN
Tetiba je kan..hihi..


Last day di JEJU island dalam pukul 3.30, terus ke airport hantar kereta yang rent tu dan bekejar ke jeju coastal ferry terminal untuk amik tiket dan naik boat ke busan,korea dalam 11 jam.Sampai je kami kat boat terminal ni semua ayat dalam bahasa korea so apa lagi aku..haha.but my hubby tenangkan aku dan dia try to speak bahasa ayam itik ngan staff kapal korea tu ..haha.so ok naik cozy island boat ..patutnya naik solbongo boat tapi sebab bad weather so naik cozy..ok ajela..kami amik 10 katil sebilik.bermalam di dalam boat..best gak..ada restaurant dan shop kecik kecik dalam kapal tp kami tak beli apa apa pun..just makan biskut oat coklat yang mmg dibawa dr mesia. Ada famili korea dalam sebilik kami so takla takut sgt.alhamdulillah..kalau dak kecut gak aku ni. Kat sini jumpa satu member cina asal beijing..dia yang tegur kami dulu dan ..tukar tukar stori..dia student beijing University  dan mix china korea name J macam muka dan tinggi cam lee min ho tu..Pastu kami rest dan tido ..terumbang ambing gak tido dalam boat..hehe.First time in my life.alhamdulillah dapat rasa semua ni.Saje amik kesempatan travel guna boat besar ni.poning gue.berapa kali nak muntah.Problem 10 orang tu dalam sebilik tu.Toilet ada satu je..hihi..

Harga boat dari Busan ke  Jeju by Dongyang Express Ferry / Busan Ferry Terminal Seolbong
Adults:
₩43,000~
₩170,000
* MON, WED, FRI sailings: 
Departs from Busan: 19:00 → Arrives in Jeju: 06:00 
* TUE, THU, SAT sailings: 
Departs from Jeju: 19:00 → Arrives in Busan: 06:00 

 No sailings on Sundays (so kena buat betul betul plan)
11hrs.

Jeju coastal Terminal untuk ke busan.Beli tiket kat sini k.

Kami naik cozy island tu..adui susah gak nak beli tiket ni.

Tempat kami bermalam ada 2 tingkat ..ciku katil atas..hubby katil bawah.poning

Mr Hubby dan kawan baru , J from Beijing,China

Esok pepagi dalam kul 7.00 pagi dah sampai busan..lintas jalan dari terminal dan cari landmark hotel tu sebab jalan kaki je.

Gambar bawah ni adalah stesen terdekat dari terminal boat busan untuk ke seoul.Ni saja survey dulu sebab planning nak balik dari busan ke seoul nnt naik KTX je..lebih kurang 2 jam 30 minit je.

Ni seisi tanya tanya jalan ngan untie busan. Nasib baik ada si  J ni bleh ckp korea.
Menapak lagi cari motel Elize
Penuh wayar wayar kat situ..J pun first time pergi busan so dia samala ngan kitorang teragak agak.

Landmark motel kami setelah jumpa Tower Hotel...kira cam hotel besarla  kat sana.kalau tanay orang tahu.Hotel kami bukan yang besar ni..sebelah je..ada kecik namanya motel elizze takde dalam pic ni.

Motel kami di busan..best letak bagasi dan terus jenjalan lagi cari yongdusan tower lak.

 Ni menapak je ke busan tower dari motel elize dekat aje.

Yongdusan Park, Busan Tower


Dari Atas tower juga

lock cinta di sini



Akupun tak paham apa stori orang ni citer..ciku cuma duk rest  je situ nagn  J dan hubby.

Sambung sini k.


Macam nak ulang je ..hihi..tapi jeju la.

Blogger of the month

Salam,

Tadi ciku masuk nuffnang ...sesaja nak tengok berapa ada credit dalam tu selepas last month nuffnang bagi cek RM60.00 tu..hihi..malu lak..tetiba nampak ayat di bawah ni..

Ni ayat nuffnang bagi ye..sesapa yang rasa dia berketepatan (eh cam pelik je)  dengan perkara di bawah ..sila lah ye.Ciku tak pun..belum ada trademark blogpun..caca marba jek..hihi.

Click url ni 
http://www.nuffnang.com.my/featured-blogger/

Ok sebenarnya ciku agak kagum tengok/baca  blog orang kemas je cara penyusunan gambar dan cara penulisan yang best gitu.chaiyook!!


Featured Blogger

Perasan di kelly castle ,perak

Salam,

Jalan jalan perak.

Tersergam


Ini kali kedua ciku ke kelly castle ..first dgn mak ayah masa bujang..huhu..lama tul tu..ni kali kedua ngan famili..saja bawak anak anak jenjalan..memula singgah pasar batu gajah..banyak betul jualan alahai kira cam pasar uptown tu la..hihi.Ada macam macam jual situ ..kira macam macam ada di pasar batu gajah tu.Ciku just drop kan mak dan makcik kat situ..depa suka sgt ke situ so kami teruskan perjalanan ke stone elephant ni.Dekat sahaja tepi jalan dah nampak tersergam mewah dan historic gitu.
Kami tepi sebelum masuk tu ada macam bangunan jualan tapi cam tak meriah je..sunyi je tempat ni.Tepi belakang sikit.belakang mana..huhu..ala area nak masuk sebelum jambatan tu ada toilet. Ciku suka wat lawatan tapak ke toilet.hihi.


So selepas bayar bayaran masuk tu..RM 4.00 seorang , kami terus amik gambo ala ala perasan berada di luar negara..haha..cantik la tempat ni..Masa lawatan  pukul 9.00pagi - 6.00 petang.

Ke Kellie’s Castle:
Jalan yang bukan ciku guna sebab ciku memang duk area sini..hihi.
Dari Lebuhraya Utara Selatan, keluar Exit Simpang Pulai [Exit 137]. Lepas tol, belok kiri. Jalan terus sampai nampak satu simpang berlampu isyarat menuju ke UTP, UiTM Seri Iskandar, Lumut dan Kellie’s Castle. Belok kanan kat simpang tu. Jalan terus je lagi. Nanti Kellie’s Castle ada kat sebelah kiri.Dalam 20 minit dari ipoh.

Kami berjalan masuk ke dalam kelly castle ni..memang cantik seni batuan dan binaannya..masuk dari bilik ke setiap bilik dan lorong ke lorong..kenkadang takut gak bilik bilik tu ..ada yang dah berlumut.Takut gak sebab bawak bebudak ni..Tawakal je Allah tau niat kita hanya untuk melihat keindahan alam senibina yang tercetus dari idea seseorang siapa ek??ntah ciku lupa dah ..apa ntah ada tulisan area situ tentang sejarah kelly castle..lupa daaa..hihi. Rasa ada orang putih asal mana ntah..suka binaan di india kot..camana ntah haha..asal usul bangunan ni..rasa kalau WIKI senang je dapat info ni.
Ni menapak belakang kelly castle ..penat gak.huhu

Ni pic anginnnn gak ngan si habib ni..hihi


Saja nak amik pic ni tapi takde skill..


Ada jual fridge magnet area sini gak..ciku beli 3 untuk kaklong dan ciku sendiri..itu aje..pastu beli aiskrim ..biasa la haus.


Balik tu terus ke pekan batu gajah amik mak dan makcik yang ditinggalkan tadi.Kami dah sampai kat parking area pasar batu gajah tu..mak dan makcik belum abiss lagi menyopping kat sini..hihi ..so kami beli kepok leko dan air  makan 
minum le sambil nunggu depa..hihi..abis gak entry ni.hooyee.


Tuesday, April 16, 2013

Font merah!!Anginn

Salam,

Bebaru ni ciku baru nak menceburkan diri dalam bidang jualan ***..tapi ntah camana datang hamba Allah ni claim dia jual dulu di lokasi *** so ciku  u cannot menjual dikawasan ***..hohoho..lawak lak.

Sepanjang ciku jual tudung *** dan cotton dengan harga yang agak mahal dari orang lain di lokasi *** ...ciku tak de lak melenting kalau depa jual murah cotton tu..so ciku just jawab..rezeki ada dimana mana..kenapa nak takut . Customer ada macam macam ragam..kalau dia tak suka beli ngan ciku maybe dia suka ngan barangan ko dan begitula sebaliknya..terpulang..tak payah la melenting kat ciku..lawak lak. 

Camana dia leh claim ini kawasan dia ..so ciku tak boleh jual ***.Siap suruh ciku standardkan harga ..adeh ko kenapa!!..ciku lama lama boleh melenting ni..ciku yang labur sebagai rakan kongsi syarikat..ko apa!!..setakat agen..adeh..ayat berlagak sudah mariiii..ciku anginnnnnnn nihh..Kang keluar lak taekwondo black belt ciku yan gdah berkurun tersimpan ni.

Nasib baik ramai member tukang sabokan si ciku yang tak berapa ciku dah ni..dah nak jadi durian dah.

Apapun..perasaan dengki sesama manusia tetap ada..pelik manusia ni.

Monday, April 15, 2013

Uji Tahap IQ Anda - REST MINDA


Salam,
REST MINDA ANDA ..
Sambil sambil berehat ni ..ciku duk main main ujian minda ..so ciku kongsi ye.

Uji Tahap IQ Anda..
Cuba jawab soalan dibawah dalam masa 1 minit .Jangan tengok jawapan lagi..cukup 1 minit baru scroll tengok jawapan. JUJUR deh ..selamat mencuba.






.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Amacam? dapat jawab tak semua soalan tu?
CIKU pun tak dapat mark penuh..huhu..kena lebih teliti.

Pilihanraya di Putrajaya

Salam,

Today saja nak buat entry politik sikit.

Banyak gak bendera berkibar di Putrajaya..Undian adalah rahsia.
Jalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia k. itu aje entry today..hihi.

Ikhlas dari ciku.


Sunday, April 14, 2013

YB burger Gergasi

Salam,

Ciku  dan 3 keluarga (6 dewasa lenlain kanak kanak)g makan burger gergasi ni..dulu pernah g makan burger Fontana Australia ngan kengkawan area seri kembangan kalau tak silapla.

Ni sedara bawak g makan kat sini lak..area shah Alam atau lokasi tepat..Medan Selera Anjung ,Seksyen 7 Shah Alam.



Kami sepakatan order burger 1KG 1 unit dan 500g 1 unit.unit ke ek..apa apa jela ye dik oi..akak ni lupa dah tatabahasa.huhu.Kami bungkus mee ketam ada kat tingkat atas gerai YB burger ni..try la ek.sedap mee ketam tu.

Pastu mintak fries tp takdok lak..adoila..so mkn je la..Perasaan makan berger tu sedap sedapla..hihi..for ciku..pendapat ciku personal , burger bakar abang burn sedap lagi..today lak nak g makan burger bakar kaw kaw kat KL tu lak..kat area nasi royal yang sedap banget tu..ciku suka g makan sana sekeluarga..nasi royal kuah kari sotong..huhu..meleleh nak makan ni..dinner ajela ye ciku..hihi.camna nak kuruisshh ni..

Ciku tak suka makan kek dan coklat tapi suka banget makan ais krim ini..MAGNUM ALMOND..hihi..apa kena asik stori makan je ni..huhu.




Tuesday, April 9, 2013

Fakta KUTU

Salam,
Ramai orang mengalami masalah ini terutama kanak kanak so ciku kongsi ye ..info yang ciku dapat ni untuk tatapan semua yang rajin membaca.hihi.

Fakta Asas

Untuk mendapat jangkitan kutu memerlukan sentuhan dari kepala ke kepala.
Sesetengah orang tidak menunjukkan sebarang gejala, sesetengah pula berasa gatal kulit kepala.

Hanya satu cara sahaja untuk mendapat kepastian tentang jangkitan iaitu dengan membasahkan rambut, membubuh perapi pada rambut dan menyikatnya dengan sikat bergigi halus untuk mengesan kutu hidup (saiz dalam lingkungan 1-3 mm panjang).
Rawatan yang paling selamat ialah ‘penghapusan kutu’, iaitu satu regim penyikatan.
 
Tanda-tanda

Walaupun sangat kecil, kutu masih boleh dilihat dengan mata kasar.

Tanda-tanda kutu:

Telur kutu: Telur kutu kelihatan kecil kekuningan, atau coklat sebelum ia menetas. Setelah menetas, kulitnya yang terlekat pada rambut berwarna putih atau jernih. Kutu bertelur pada rambut dekat dengan permukaan kulit, di mana suhunya adalah sesuai untuk mengekalkan haba sehingga ia menetas. Telur kutu senang dilihat pada rambut kanak-kanak. Telur kutu menetas dalam masa 1 hingga 2 minggu selepas ia dihasilkan.
Seekor kutu.

Kutu dewasa dan anak kutu: Kutu dewasa tidak besar, tidak sampai sebesar beras pun dan berwarna kelabu dan coklat. Kutu menghisap darah beberapa kali dalam sehari tetapi ia boleh kekal hidup sehingga 2 hari selepas terjatuh dari kulit kepala.
 
Menggaru: Menggaru dan kegatalan datang dengan gigitan kutu. Namun kegatalan mungkin tidak terus bermula – ia bergantung kepada kesensitifan kulit kepala kanak-kanak, mungkin datang setelah berminggu-minggu jangkitan. Kanak-kanak mungkin menyatakan ada benda bergerak dan rasa geli di atas kepala mereka.

Benjolan kecil kemerahan atau sakit akibat dari menggaru: Bagi sesetengah kanak-kanak, kegatalan mungkin sederhana, bagi yang selebihnya mungkin menyebabkan bintik merah dan kudis timbul. Menggaru terlalu kuat boleh menyebabkan jangkitan kuman.

Adakah Kutu Boleh Berjangkit?
 
Kutu adalah sangat boleh berjangkit dan boleh tersebar dengan cepat dari orang ke orang, terutamanya dalam keadaan berkumpulan (sekolah, tadika, aktiviti sukan, perkhemahan). Kutu tidak boleh melompat atau terbang. Kutu hanya boleh berjangkit dengan sentuhan kepala ke kepala, tetapi berkongsi pakaian, topi, sikat, cadar, selimut dan bantal juga boleh menyebarkan kutu.

Adakah kucing, arnab dan haiwan peliharaan lain boleh menyebarkan kutu juga? Jangan risau, haiwan peliharaan tidak boleh mendapat kutu kepala (kutu manusia) dan menyebarkan kepada manusia, dan manusia tidak boleh memberi jangkitan kutu kepala kepada mereka.

Rawatan
 
Doktor anda mungkin memberi rawatan syampu berubat, bilasan krim atau losyen untuk membunuh kutu. Rawatan-rawatan ini boleh membunuh kutu dengan segera, tetapi kegatalan hanya hilang selepas beberapa hari. Adalah penting untuk menurut arahan dari doktor kerana rawatan ini adalah racun. Sekiranya anak anda adalah 2 tahun dan ke bawah, anda tidak sepatutnya menggunakan rawatan ubat kutu. Anda perlu membuang kutu dengan tangan (menggunakan sikat).

Berikut adalah cara mudah untuk membunuh kutu dan telurnya, dan membantu mencegah jangkitan semula kutu:

Basuh semua cadar dan pakaian yang telah dipakai oleh sesiapa sahaja yang telah terkena jangkitan kutu di rumah anda dalam air panas, dan keringkannya di tempat panas.

Cuci kering sebarang pakaian dan permainan yang tidak boleh dibasuh dengan mesin. Atau, masukkannya dalam beg kedap udara selama 2 minggu.

Bersihkan dengan pembersih hampagas karpet dan perabot upholsteri anda (di rumah atau kereta).

Rendam barang penjagaan rambut seperti sikat, pengikat rambut dan berus dalam syampu berubat atau alcohol selama satu jam. Anda juga boleh membasuhnya dengan air panas atau buangkan sahaja ia.

Oleh kerana kutu mudah berjangkit dari seorang keseorang dalam rumah yang sama, ahli rumah juga perlu dirawat untuk mengelak dari kutu hadir semula.
 
Perkara Yang Anda Jangan Buat:

Jangan gunakan alat pengering rambut pada rambut anak anda selepas menyapu atau mengenakan sebarang rawatan kulit kepala kerana sesetengahnya mengandungi bahan boleh terbakar.

Jangan gunakan bilasan krim atau kombinasi syampu/perapi sebelum membubuh ubat kutu.
Jangan basuh rambut anak anda selama satu atau dua hari selepas menggunakan rawatan berubat.

Jangan gunakan ubat yang sama lebih dari tiga kali ke atas orang yang sama. Sekiranya ia tidak berkesan, doktor anda akan menyarankan ubat lain.

Jangan gunakan lebih dari satu ubat kutu pada masa yang sama.


Orait selesai petikan info pada hari ini.

Monday, April 8, 2013

Beijing autumn

Salam,

If you love colorful autumn, if you like dreaming, please come to see Beijing’s autumn! Your China Travel will be more colorful!hihi

CIku dalam planning je belum sampaipun.Harap harap dapatle sampai sini tengok maple tree yang bercolourful tu..hihi..Ciku penah tgk maple tree di korea dulu tapi time tu bkn autumn so tak berapa cantik.huhu.Dibawah ni pic dari pakcik google aje la.

Sedikit info dibawah

♦ Travel to Beijing in autumn
The Autumn months between September and November have the best weather and fewer tourists. Without the disturbance of summer heat and winter coldness, people can always enjoy a most comfortable autumn to breath the clean airs, look out the blue sky and enjoy all kinds of outdoor activities.

The harvest season in Beijing may let tourists more joyful, and the following must-do things are listed for your reference:
► Beijing Fragrant Hill Red Leaves Festival - The period is from mid-October to mid-November which is the best time to see red leaves there.
► Great Wall Hiking - one of the top choices in Beijing hiking itineraries
► Picking fresh fruits in suburb areas

Saja nak besarkan saiz ni..hihi.


Attractions: Tian'anmen Square, the Forbidden City, Temple of Heaven, The Great Wall,Summer Palace, Yonghe Temple, Hutong, Beijing Zoo (panda)
 


Fragrant Hills Park


Great Wall of China (Seven Wonders in the world) -ciku tak bercadangpun nak panjat sampai ujung..hihi





Climate Data Table for Beijing
Month
Item
Jan
Feb
Mar
Apr
May
Jun
Jul
Aug
Sep
Oct
Nov
Dec
average  temperature 
(℃)
-3.7
-0.7
5.8
14.2
19.9
24.4
26.2
24.8
20.0
13.1
4.6
-1.5
Rainfall (mm)
3.0
7.4
8.6
19.4
33.1
77.8
192.5
212.3
57.0
24.0
6.6
2.6
Days of rainfall
2.0
3.1
4.1
4.6
5.9
9.7
14.1
13.2
6.8
5.0
3.7
1.6

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...