Ho Chi minh lagi


Salam semua,

Kali ni ciku bawak anak anak dan 2 orang tua ke ho chi minh.
Tido kat city hotel area pasar malam ben thant je. Dekat ssgt ngan pasar ben thant.depannya kedai beg dan kasut croc berlambak tu.




48 usd (untuk 4 dewasa 3 kanak kanak) ada interconnecting room.
4 hari 3 malam .

Naik 2 teksi ke ben thant ..ciku lead satu teksi (konon konon) , satu lagi my hubby.Harga dah lupa tp lebih kurang je masa pegi dulu dulu tu.

Pg saigon zoo , botanical garden , pasar malam dan ben thant.Xbyk jalanpun kali ni.Yang penting g shopping untuk mak mak dan bawak tmpt yang sesuai utk budakbudak.
Ciku rasa sg mekong dan chu chi tunnel tu tak sesuai untuk baawk mak ngan budak budak so misi kami lebih kepada shopping dan lokasi untuk budak budak ..zoo saigon..sini ada singa putih..cun sehh..zoo agak besar gak..landscap cantik..penuh bunga bunga matahari dan orkid.



Zoo saigon dan botanical garden.
Dibawah gambar gambar stok kain untuk dijamu mata dan duit.Mak beli kain cotton ngan baju kurung ngan jubah ,beg tangan ,kasut ,basikal english color putih tu(hiasan) dan lain lain.
Ciku beli kain telekung untuk kakak dan baju kurung manik siap jenama hasanah (28USD)..itu aje

Makan kat halal saigon dan gerai basiroh.Bekalan ..kami bawak oreo,roti,nasi brahim ,3 in 1 dan lain lain. Kena standby banyak sebab bawak orang tua dan anak anak..depa musti cepat lapo.Dan yang penting setiap perjalanan kami kali ni tidak dengan berjalan kaki seperti selalu..kami naik teksi untuk ke satu satu lokasi tu kecuali bent thant dan pasar malam lor.hihi.

Bawah ni contoh kurung di pasar malam ben thant dan kain ela lycra (terjah lycra sebab member pesan..hihi) di dalam pasar ben thant



Orait tercapai gak bawak depa..alhamdulillah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.