Salam,
Sabtu lepas 21/12/2013 - ciku's famili ,mak dan adik bongsu ke alor setar selepas subuh ..gerak dalam pukul 7 pagi dari KL.Kami sampai AS dalam pukul 12 t/hari kot..so terus ke nasi kandar pekan rabu yang femes tu..mai pekena dulu lunch..
lokasinya
* Nasi lemak royale (Nasi kandar)
(berhampiran Pekan Rabu. Seberang Sungai berhampiran kedai gambar. )
Udeh kenyang gitu kami meneruskan perjalanan ke hospital sultanah bahiyah ( inila tujuan utama ke AS - melawat anak sedara yang baru dilahirkan dan baru lepas operation dan masih berada di NICU -bengkak usus -semoga semakin sembuh.amin )
Kemudian kami amik kesempatan ke rumah makcik area sekolah SMDSO - Ciku duk tanya kat mana cucur udang white palace yang dikatakan sedap femes tu (ayat sebenarnya dah tau pun)..hihi..so kami pun makan le cucur udang tu untuk dinner..okla..siang tadi kan makan nasi royale- padat udeh.
Location:
Cucur Udang White Palace
Gerai Taman PKNK
Alor Setar
Opens: Daily 4pm-11pm
GPS: 6.137675,100.3843
area Taman PKNK , mat cucur udang. For ciku n famili..cucur udang ni sedap..mabeles..tq for info blog makan kedah
Set nya ada cucur bawang, cucur udang, tauhu goreng & timun - RM3.50 ( kuah kacangnya sedap - sori no gambo)
kami makan bungkus aje , banyak bungkus untuk sedara mara sekali tapi sedara tu yang bayar..hihi.TQ TQ moga murah rezekimu .
Esoknya ahad 22/12/2013 -kami masih di AS - Plan nak pegi lunch di
GULAI IKAN TEMENUNG (KARI IKAN KEMBONG)
Ikan fresh dari kuala -ciku tak tau tempat ni tapi adik yang nak bawak sebelum kami balik KL plan lepas zohor.Tapi tetiba otw tu dapat call dari hospital (baby ada problem dan perlu emergency operation for second time)- kami batalkan hasrat makan ikan segar tu ngan mak sume so terus ke hospital.(lagipun itu tujuan utama ke kedah dalam masa yang singkat ni) .
Ayah baby yakni adik ciku dan ibunya sahaja boleh masuk NICU tu so kami sume tunggu diluar hospital.
So kami yang lain menunggu di lobby - ada taman mainan kat situ..sementara bebudak ni main kat taman tu..ciku nampak ada urut mengurut persatuan orang buta di lobby hospital tu so apalagi ciku pun tanya urut bahu/tangan/leher dan kepala hanya rm18.00 (30 minit) dan perempuan ada bilik disediakan so dun worry..settle.Ciku saja nak try urutan situ sambil niat sedekah . Ciku tanya adik tu..nak duduk mana ek?akak duduk je kat kerusi tu pandang depan..okeh pastu ciku tanya dia ..kerusi yang color hijau ni ke..adoila ciku..dia mana boleh nampak..sian lak..sori sori.Ciku tanya gak camana nak tahu masaa 30 minit ek?..dia jawab ada masa jam loceng nnt bunyi..ting tong..hihi.Pastu ciku sembang ngan dia mana belajar teknik ni dan berapa lama (setahun)..memang sedap dia mengurut bahu dan leher tu.Umur dia baru 22 tahun.Dia kata dia tak minat keja ni tapi mak ayah dia kata ini la kemahiran yang dia boleh belajar dan dapat menyara hidup.Alhamdulillah kita dilahirkan cukup sifat begini .alhamdulillah..ciku tersentuh hati bila dengar stori mori dia.Ada lebih kurang 3 orang pengurut wanita untuk wanita kat situ.Ada tempat menunggu gak kat luar .Best ..tq .moga dia semakin berjaya dan dimurahkan rezeki.
Selepas tu kami lunch makan di KOPITIAM kat UKIR Mall , ..ciku,anak anak dan anak anak buah sume makan nasi ..TL makan mee udang (sedap gilos) .Pastu bungkus mee abu and last tu kami makan ice cream goreng.sume kat situ ada lebih kurang 27 gerai..info google lor.Biasa orang sarapan situ sedap katanya.
Dalam pukul 6.00 petang , CIku n famili perlu gerak balik ke KL sebab koje dan ada urusan yang memang penting juga yang perlu diselesaikan.Operation kedua berjaya dan masih dirawat rapi di NICU.Alhamdulillah.
Dalam pukul 12.30 malam kami sampai KL.Gosok baju koje n tido.Alhamdulillah dapat gak melawat dan meluangkan masa bersama adik dan anak anaknya yang lain walaupun tak dapat bersuamuka dengan baby barunya itu.Semoga dia semakin sembuh . :)