Sunday, June 26, 2011

Mysterious Road dan makanan halal di Jeju island, korea

Salam,

Ciku baca artikel ni kat paper utusan Melayu so apalagi info info sebelum pergi.kat bawah sekali ada color hijau tu..itu pengalaman sebenarnya ciku tentang makanan halal di jeju.
Di Pulau Jeju terutamanya di bahagian pusat bandar pulau ini sudah mula beroperasi restoran seperti Restoran Baghdad yang menyediakan menu makanan halal ala masakan India, khusus untuk pelancong beragama Islam.


“Contoh menu yang disediakan di sini seperti roti nan, ayam tandoori dan nasi beriyani. Cuma buat masa ini, mereka kekurangan tukang masak terutamanya yang beragama Islam.
“Mujurlah Persekutuan Islam Korea yang berpusat di Seoul banyak membantu memberi nasihat dalam menyediakan makanan halal kepada restoran ini,” katanya ketika di temui di restoran itu, baru-baru ini.

Persekutuan Islam Korea yang diketuai oleh pengarahnya iaitu Prof. Bashir Kim Dae Yong turut mengeluarkan sijil halal kepada Restoran Baghdad atas menu masakan-masakan yang disediakan di situ.


Pemilik Restoran Baghdad, Hyun Ju-roung berkata, sejak dibuka lebih tiga tahun lalu, restoran itu menerima kunjungan ramai pelancong beragama Islam terutamanya dari Asia Barat dan juga Asia Tenggara.

“Restoran ini merupakan restoran pertama yang menyediakan makanan halal di Pulau Jeju. Pada masa ini, kami masih menggunakan khidmat para pelajar beragama Islam dari Timur Tengah yang kebetulan belajar di universiti di sekitar pulau ini.
“Tetapi pada masa sama, kami juga sedang berusaha untuk mendapatkan tukang masak beragama Islam dari luar negara untuk menyediakan menu masakan halal yang bersesuaian,” ujarnya.

Sejak setahun dua kebelakangan ini, semakin banyak restoran yang menyediakan menu makanan halal terutamanya di sekitar Seoul dan juga bandar-bandar utama di Korea Selatan.

Malah, di kawasan tarikan pelancong di luar Seoul seperti Pulau Nami yang terletak kira-kira dua jam perjalanan dari ibu negara Korea Selatan itu turut disediakan sebuah gerai makanan halal.

Antara menu yang dihidangkan ialah nasi,sayur-sayuran tradisional Korea yang seakan-akan jeruk dikenali sebagai kimci dan juga makanan berasaskan laut yang dimasak seperti perasa tom yam.

Para pelancong Islam mungkin tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan makanan halal di Seoul kerana di sekitar Itaewon yang terletak berdekatan pusat bandar itu terdapat banyak restoran yang diusahakan oleh masyarakat India dan Pakistan.

Bagaimanapun, di kawasan-kawasan luar Seoul seperti di Pulau Jeju yang terletak di bahagian selatan negara itu sedikit sukar untuk mendapatkan restoran yang menyediakan makanan halal.

Pulau Jeju yang terletak sejam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo di Seoul itu menjadi tumpuan ramai kerana masakan lautnya yang cukup popular.
Bagi yang bukan beragama Islam terutamanya orang Cina dan Jepun mungkin tidak menghadapi masalah untuk menikmati menu masakan laut dan tradisional Korea kerana rasa serta ramuannya yang seakan-akan sama.

Soal kesukaran mendapatkan makanan mungkin sedikit terubat apabila berkunjung ke banyak tempat unik di negara itu yang terkenal kerana sering berlakunya demonstrasi jalanan di sana.

Tempat-tempat unik yang perlu dilawati di Pulau Jeju yang mungkin agak asing bagi para pelancong dari negara ini ialah Mysterious Road atau jalan misteri yang terletak 10 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju.

Masa kat madinah dulu , penah gak pergi tempat cam ni jabal magnet..sama gak peristiwa gini..bas akan berjalan sendiri sebab ada daya tarikan graviti yang kuat selama lebih kurang 6 minit.kalau ada rezeki pg korea ..inilah antara tempat yang aku nak pg.InsyaAllah.

Tarikan graviti Mysterious Road unik kerana sepanjang hampir 1 kilometer pada sebuah kawasan berbukit itu mempunyai daya tarikan graviti yang sangat kuat di mana ia boleh menggerakkan sesuatu benda di atas jalan tersebut dengan secara sendirinya.
Bayangkan sebuah bas yang dimatikan enjinnya dengan membawa 40 penumpang mampu bergerak dengan sendirinya mendaki Mysterious Road biarpun secara perlahan-lahan.

Sebagai sebuah negara yang bergunung-ganang, Korea Selatan menyediakan banyak pakej percutian di kawasan pergunungan, misalnya di Gunung Seongsan Ilchulbong di Pulau Jeju bagi melihat keindahan panorama matahari terbit dan terbenam di puncaknya.

Sesungguhnya, terlalu banyak destinasi pelancongan di Korea Selatan yang masih belum didedahkan kepada dunia luar terutamanya kalangan para pelancong beragama Islam terutamanya dari Malaysia.

Mungkin halangan terutamanya berhubung soal mendapatkan makanan halal sedikit demi sedikit akan cuba diatasi oleh pihak KTO dalam usaha mereka menarik lebih ramai pelancong Islam berkunjung ke sana pada masa depan.

Sesapa nak pg korea leh take info n note from this blog..sgt bagusszz..hehe..promo
http://budgettravel2korea.blogspot.com/
Ada rezeki insyaAllah sampai korea n pulau jeju ni.

Orait ciku dah pegi jeju, korea 2011. Di bawah ni pengalaman pendek ciku tentang makan disana sebab pergi sendiri berdua dgn my lovely hubby.

Pengalaman makan kat sana..ciku bawak bekal sambal bilis kering/serunding/roti gardenia pastu beli nasi putih segera ada dijual dimanamana dan halal boleh panaskan dalam microwave kat kedai yang macam 7E kalau kat malaysia.Tak igt nama kedai..huhu..sorri.macam nasi beras wangi tu rasa dia .colorpun putih bersih.Air memang selalu bawak 3 in 1 tu ngan mineral.

Citer kat busan gakla ye..makan kat jagalchi market , busan tu merata rata ciku tanya halal foof or muslim food ..depa tak tau..huhu. so jalan jalan tu ciku tengok ada stail macam kat malaysia seafood kita rebus tu tapi ni bakar  sendiri atas meja ada kuali tu..(paham ke ayat ciku ni ) , ada satu kedai kat lorong lorong bawah tu boleh masak sendiri.kita beli ikan .udang apa je lah seafood dan bakar sendiri..mintak garam kat dia tabur tabur dan bakar sendiri pastu ratah je gitu.itu ajela yang ciku makan kat sana..sedihkan ..haha..tapi memang sedap ikan dan udang tu..fresh.kita masak dan bakar sendiri tapi mintak makcik kedai tu sianggkan ikan tu dan ciku sampai gi dapur dia..haha. Cara kitorang cakap memang ayam itik la..pengalaman kelakar..hihi.

Lagi satu masa kat kapal sebab pergi ke jeju ciku saja nak try naik kapal laut ..sementara menunggu kapal datang tu ,ciku duduk makan biskut bekalan dari malaysia..pastu ada couple tua korea jeju tu bagi biskut ngan ice cream pastu dia bagi keropok..banyak lak dia bagi makanan..nampak sangat cam ciku lapo kot..haha. Tapi nak makan memang tak bolehlah sebab tak halal..nak buang takut dia terasa lak..sebab depa duk dkt situ..camana ek..hihi..ciku senyum je (tanda terimakasih sebab depapun tak tahu ckp bahasa selain dr bahasa dia).masa ni hubby sibuk amik gambo kat port tu..so ciku duk pk pk camana la nak buang ice cream ni..dia suruh gak ciku makan..ciku senyum je..last ciku bangun kenkonon nak g toilet then buang ice cream tu..keropok ngan biskut tu ciku simpan dlm beg ..atas kapal tu ciku jumpa bebudak kecik jeju so ciku bagi je la kat depa termasuk gula gula couple tua bagi tadi..hihi.

Apa yang penting nak kena jaga gak hati orang yang bagi kita makanan tu sebab depapun tak paham apa itu halal food dan muslim food tetapi yang paling penting pemakanan wajib dijaga tahap kehalalalannya walau dimana kita berada.okeh chow.


****PROMOSI JUALAN LIQUID DETERGEN DAN SOFTENER MURAH SEKITAR PUTRAJAYA..JENAMA SPLASHH -10 LITER***
SILA emel :- chiklah98@gmail.com



No comments:

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...