Sinopsis Kitab Cinta



Aku tetiba terpanggil untuk tengok cerita ni..berlatarbelakangkan pengkajian banda acheh yang dilanda tsunami seketika dulu.


Di tayangkan di tv Al Hijrah (saluran Astro 114 atau 994) pada 2hb Jun jam 8.30 malam Setiap rabu hingga jumaat so sebelum maharaja lawak..hehhe. Drama arahan Erma Fatima ni diadaptasi dari sebuah novel Kitab Cinta tulisan Taufiqrahman.

Kitab Cinta banyak buat pengambaran di Acheh, suasana kampung yang damai dan tenang sangat cantik, anda boleh saksikan dalam promo drama baru Erma ni.

Pelakon dalam Kitab Cinta ni ialah Hardy Hartono Danurussami sebagai Wali, Fazura sebagai Mustika, Feri Agus Suriandi sbg Irfan yang lain ntahlah tp nampak ada nama neolofa tapi tak tau yg mana satu dlm cerita ni.

berkisarkan Fazura seorang pelajar di institut pengajian tinggi Islam tersohor Malaysia telah ditugaskan oleh pensyarahnya bersama dengan rakan2 nya yang lain untuk mengkaji tentang Bandar Acheh selepas dilanda Tsunami.

Mereka hanya bertudung kerana mengikut undang2 tempat dia belajar yang mewajibkan pelajar wanita bertudung dan menutup aurat.

Setelah waktunya tiba mereka pun berangkat ke Acheh.
Di sana mereka dibimbing oleh seorang anak muda indonesia.
Abang Wali namanya...so diala yang banyak tolong tunjukkan jalan serta bagi penerangan sikit2 kat sana tu..abg wali tu orang kampung byk bg ceramah agama kat sana dan diminati oleh gadis sekampung dia gak..pastu ada la dengki dengki fitnah..kawan makan kawan..apa lagi daa..aku suka la jalan ceritanya..nnt sambung daa..sb mmg citer ni sambung..depa balik malaysia lak nnt.aku dah terbaca sinopsis cerita sampai abis lak..ending dia best so gud to see..heehe

Ada serba sedikit dialog yang aku kurang masuk ngan pendapat otak aku ni tapi takpela..akupun bukan pandai sgt bidang ni..apapun tgk movie ke drama ke harap tidak terpesong akidah dgn dialog depa.Rasanya sume drama ditayangkan telah ditapis oleh bhgn berwajib agar tidak terpesong akidah..hoho..sekadar pendapat.tak sabar nak tunggu rabu next week..


****PROMOSI JUALAN LIQUID DETERGEN DAN SOFTENER MURAH SEKITAR PUTRAJAYA..JENAMA SPLASHH -10 LITER***
SILA emel :- chiklah98@gmail.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.