Salam,
Alhamdulillah terawikh pertama yang diimamkan oleh Dr sheikh Samy A rahman dari Mesir dapat ciku sertai bersama keluarga di masjid Tuanku mizan zainal abidin atau lebih dikenali masjid besi.Lokasi anak anak solat jugak dah berubah ..dulu bahagian atas dan dijagai oleh pak gad..la ni kat bawah sebelah kiri atas carpet merah ..ada dijaga oleh mak gad. Ada playground kecik gak kat belakang tu tapi anak anak ciku dah diberi amaran jangan main kat playground tu nnt tergolek..hihi.
Ada pelbagai juadah disediakan untuk moreh ni macam mee goreng,bubur kacang dan lain lain ikut jadual hari dia.
Pada malam ke 3 kot ,makin banyak lak lagi jualan dekat luar masjid besi tu .Ada tudung Fareeda..hihi(sesapa yg berkenan),songket dari india dan pantai timur,baju kurung siap,tupperware,jubah jubah cantik ,biskut raya ,buah buahan dan macam macam lagi.Aduh banyak betul.Habis terawikh ciku pasti jenjalan kat area situ sebab nak minum cendol songkok tinggi ..best ..ciku suka amik cendol campur longan tu ..harga kalau tak silap rm2.50 -rm3.50(tak igt..sori kalau salah..TL yang bayo..hihi).
Jualan tu start pukul dari seawal pukul 3 petang dah.
Pada 19/7 -28/7 kot, jualan the store lak 70% diskaun..haha..banyak tu..ada jualan baju budak serendah rm15,baju dewasa,cadar,kasut,beg .Ciku beli lego 3 kotak..hihi..satu kotak rm10.lego kereta bomba,van polis dan kapal terbang polis..anak anak suka main sambung sambung lego..beli ajela.lokasi dekat perbadanan putrajaya sederet ngan maybank tu. Masa jualan tu 10 pagi -10 malam tapi malam biasanya dia extendkan masa tu.orang g terawikh buat 8 rakaat abis kul 9.45 lebih kurang so bolehla singgah situ.Tapi pendapat ciku ia takle sebanyak jualan sale metrojaya akan datang di putrajaya tu (24/7-28/7 masa 11 pagi -10 malam).Lokasi metrojaya sale ni kat PICC.
Ada OPICK,sheikh habib (ya ha nana) ,hafiz hamidon dan banyak lagi.ooh..ada Drive thru bubur lambuk gak dan bayar zakat.Tadarus selepas solatpun ada.
Boleh layari masjid mizan dan PPJ
masjid tuanku mizan
ppj ramadhan
Jom sama sama kita mengimarahkan masjid dengan solat berjamaaah bersama sama , terawikh dan tadaruss selepas tu blehla bershopping gak..hihi.Bukan makan berbuka je bersama sama dan bukan g masjid sebab nak makan cendol songkok tinggi je....huhu..(nasihat untuk ciku gak).
Orait selamat berpuasa semua .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Travel melihat keindahan alam Calgary Canada
Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...
-
Salam, Alhamdulillah selesai dengan jayanya trip ke sapporo pada 29/1-3/2 walaupun singkat tapi best , simple dan padat. Kalau boleh ...
-
Salam , FM negara /negeri yang ciku dan hubby pernah terjah dan agak serabut ..banyak dah jatuh pecah dan magnet tercabut..hihi.ni pic...
-
Aku tetiba terpanggil untuk tengok cerita ni..berlatarbelakangkan pengkajian banda acheh yang dilanda tsunami seketika dulu. ...
No comments:
Post a Comment