Monday, December 29, 2014

Banjir 2014


Ya Allah,
jika bencana yang melanda negara dan rakyat kami adalah kemurkaanMu terhadap dosa-dosa kami, Engkau ampunilah kami dan terimalah taubat kami.

Ya Allah,
jika bencana yang melanda negara dan rakyat kami adalah peringatanMu terhadap kesalahan kami yang lalai dari mengerjakan suruhanMu dan derhaka serta engkar melanggar larangan-larangan Mu, Engkau bukalah pintu hati rakyat kami untuk insaf dan berubah memperbaiki diri 

Ya Allah,
kami pohon janganlah jadikan kaum kami umat yang degil dan sentiasa memberi alasan dari kesalahan-kesalahan kami sehingga kemuncak kemurkaanMu 

Ya Allah,
jika semua bencana yang melanda rakyat dan negeri kami adalah musibah ujian bagi menguji kami, maka Engkau tabahkanlah hati kami, tetapkanlah iman dan agama kami, jauhilah kalimat kufur dari lidah kami, jauhilah lintasan hati dari bisikan iblis dan perbuatan jahat anggota kami.

Ya Allah,
amat benarlah kekuasaanMu.
Kami ini dari Mu Ya Allah dan kepada Mu lah tempat kami kembali.

Ya Allah,
Engkau gantikanlah semua kesedihan kami dengan kegembiraan dari pengampunanMu. Segala kerugian dengan keberuntungan dan segala yang hilang dengan balasan dan ganti yang lebih baik.
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa, Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ya Waliy, Ya Mukmin, Ya Aziz,
Engkau lindungilah kedua Ibu bapa kami,
Adik beradik kami,
Sanak saudara kami,
Sahabat-sahabat kami,
Dan semua penduduk di negeri-negeri yang terkena musibbah banjir ini

Sumber FB


Ciku dan rakan rakan turut menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa banjir di negeri terlibat dengan bersama-sama membantu menghantar dan mengumpul bantuan berupa makanan tin , pampers dan lain lain di JPAM presint 15 Putrajaya. Semoga usaha dan doa kita ini akan diterima Allah 

PROGRAM SUMBANGAN BANTUAN BANJIR
(Dengan Kerjasama Jabatan Pertahanan Awam W. Persekutuan)
Orang ramai juga dialu-alukan untuk menyebarkan berita program ini kepada kawan2 di kawasan Putrajaya, Kajang, Bandar Baru  Bangi, Puchong dan kawasan2 sekitarnya. Sesungguhnya sumbangan kecil anda akan memberi makna yang besar kepada mereka di sana.
TEMPAT PENGUMPULAN
- Pejabat JPAM Putrajaya (Presint Diplomatik)
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi JPAM Putrajaya 0388881999

Thursday, December 18, 2014

Lego mengasah minda

Salam,

Ciku bawak anakanak jln alamanda putrajaya hari ni..lepas lunch,kami jenjalan lagi pastu anak anak ternampak lego toy r us ni..area ruang legar carre4 , free main sambung sambung lego tu.Apalagi anak anak ciku mmg le suka lego tp kebanyakannya kami bkn beli di toy r us..kami beli di toys area lekas highway nk ke senawang tu..hihi.bukan original tapi berbaloi untuk mengasah minda mereka.Ciku pernah sekali beli lego di US masa hubby ke sana dan pernah beli di toy r us bila buat half price atau for members  tapi kebanyakannya ciku beli di kedai toys seremban tu.hihi.anak anak ciku memang suka benar ngan lego..kagum gak tengok depa ni sabo ikut step buat lego lego ni.hihi.

Meh nak kongsi sesikit kat sini.

suasana di area care4 alamanda tu..

Anak anak ciku suka tengok EvanTubeHD kat you tube..ciku pun suka tengok..comel je adik beradik tu ngan lego depa.Tengok ajela ..nak beli the real tu selalu..tak mampu dek non.hihi.Orite cau cin cau.

Sunday, December 14, 2014

Festival LAMPU di putrajaya

Salam ,

Hari ni nak kongsi Gambar ke Festival Lampu di Presint 2 , Putrajaya (12 /12/14 - 14/12/14 )..Semalam ciku dan famili dan sedara mara lingkungan umur 7 tahun - 45 tahun g terjah.Kami dah siap makan nasi ayam penyet di hentian bas kajang pastu g beli baju sekolah bebudak ni kat pasaraya MU kajang tu.Solat di Masjid UKM pastu terus ke putrajaya tengok festival LAMPU.Dalam kul 9 malam kot sampai ..parking area belakang Wisma Tani dan jalan kaki ke area maybank presint 2.Lepak situ dulu sebelum gerak  ke sepanjang kiblat walk masjid mizan.









Kami tak ke "Persembahan Water screen " area Monumen Presint 2 area Restoran Umai tepi tasik tu.Sini ciku tak terjah..sayang je.Kami jalan area maybank presint 2 dan masjid mizan..dah macam kat ICT je..hiihi.Ada game LAMPU Grand Prix guna tab yang disediakan free..minit terpantas setakat masa tu ialah 40 saat.Kena tulis nama dan IC pastu main lawan 2 orang..bebudak ni sume try.hihi.Ada car light show..tak tau kena bayar ke idak.kereta jenis yang bulat kecik tu..huhu..tak tau namanya.

Singgah toilet area maybank..hihi..itupun nak stori.Pastu ke gerai Ayamazz Roti Impit area kanan maybank makan roti sosej (rm3.80) dan teh o ais setiap sorang kalau memandang Istana kehakiman tu.Kami lepak situ je dalam kul 11.20 dah settle sume..yang pancaran projektor mapping tu duk ulang ulang je kalau tak silap.

Orite itu aje aktiviti di putrajaya semalam.


Wednesday, December 10, 2014

3 Hari 2 malam di Regency PD

Salam,



Coconut Groove - ciku tak makan sini pun set teh tarik n sepiring kuih cucur rm15++..cancel terus..hihi.




Main kat luar futsal court je..huhu.Sejam rm40 kot kalau tak silap.boleh semak website hotel nnt.

  

Ni url website hotel 

Ni stori cuti cuti last week , ciku bersama 3 keluarga lain ke Regency PD sesaja bawak anak anak cuti sekolah ni.mandi laut.nak kata bersih sangat takla jugak..hihi.Seronok bebudak ni main pasir laut tu..cari cari kerang dan anak ketam..siap buat lubang pasir untuk tanam kaki dan badan ..best gak.Ciku pun turut serta.hihi

Ciku memang suka jalan jalan tepi pantai waktu pagi so pepagi tu dalam kul 7 pagi ciku dan anak anak buah yang dah sakan sangat nak ke laut tu berjalan la tepi tepi laut tu..sonok dapat jejak kaki kat pasir laut..sejuk je.

Kami mandi laut beramai ramai..tapi anak anak buah yang kecik g mandi kolam atau kalau nak mandi laut kena ada makayahnya sekali...takut gak dengan banana boat tu laju area situ..huhu.Ciku asik tenggelam timbul je..pergi kelas swimming dulu dulu kat putrajaya tapi tak de le pandai bonar.asik tenggelam je.haha.

Sebelah petangnya , hubby ciku dan adik beradik lelaki main lawan bola sepak sekali ngan anak anak buah.sape team menang..pastila bebudak menang.bapak budak sume berat dah..hihi.mak budak lagi berat..rest jek.hoho.main je jangan marah.

Tentang makan , selain masak di Apartment tu ..kami  ada g makan kat paklang kopitiam.Order macam macam la termasuk roti bakar stim.Kami sembang gak ngan owner tu. Dulu ciku pernah datang sini tapi la ni nampak macam dah berubah so sembang sikitsikit ngan owner kopitiam ni..hihi.cam dah kenal lama lak.Adik bungkus satay samuri area bandar PD untuk kudapan malam 100 cucuk ,Akak masak nasi goreng plus goreng ayam dan sardin,tumis sawi..sedap gilos makan reramai.Ciku's famili potong buah buahan makan ngan kuah rojak mak buat.Nugget, drummet sume kami goreng je ..biasala bebudak seramai 8 orang ni lapo je..hihi.Kami bawak telur sepapan..habis pada hari ketiga tu.settle sume soal makan untuk 3 hari.Plan nak g ice room area waterfront PD ,tapi dah takdo..tutup.Ice room yang di area bandar tu dah tutup gak dah jadi kedai mamak.ice room bangi ajela nampaknya.

Bilik di apartment regency ada 3 bilik ,2 bilik air so cukupla untuk kami 3 keluarga.bilik utama (katil king),bilik kedua ada 2 katil single ,bilik ketiga ada 2 gak katil single atas bawah.mana yang tak cukup ,bawak toto ..tido di hall.hihi.settlekan.

Ada muzium tentera area sini..ada banyak kereta kebal tapi ciku n famili pernah datang muzium ni dulu so kali ni tak yah masuk la..hihi.Kami terus check out kul 3 dan balik ke destinasi masing masing.

Alhamdulillah percutian kali ini sangat seronok dan cukup sempurna.Semoga ukhwah antara kami semakin akrab .



Hotel bajet station 18 Ipoh

Salam,

Nak kata bercuti takde la sangat cuma kami dan rombongan pengantin dari KL bermalam satu hari di Hotel area station 18 Ipoh. Bagi yang tak tau kawasan ini, ianya terletak di area Tesco Ipoh dekat area kampung pengkalan pegoh station 18 .Kalau dari KL , masuk simpang pulai sebelah kiri.Nama hotel ialah checkedinn station 18, ipoh.

Ciku amik pic dari agoda je ye ..hihi.Harga rm65.00 semalam untuk double deluxe room by agoda.okla ..dalam tu ada aircond,1 toilet,katil satu size king , almari solek ,free wifi dan TV siap bermangga(lock)..hihi.ruang agak sempit tapi okla boleh bentang sejadah pastu duk je atas katil reramai.hihi.Itupun pegi hotel dalam kul 12 malam kot..memang tujuan bermalam sahaja.Dan ciku datang terjah je dan ada kekosongan kat situ.Agak kecil jika keluarga besar dan bersaiz besar untuk jenis ini.



Boleh click url ni juga 


Hari yang terakhir kami tido di hotel suria area masjid pengkalan pegoh juga . Ciku rasa design lebih cantik dari checkedinn .Orite kami tak jalan manapun selain AEON ipoh tu aje.Cuma di r n r hentian tapah , ciku n famili suka makan di salah satu kedai masakan cina muslim ."Mee Kicap" .

Thursday, November 6, 2014

Pemeriksaan perubatan CIKU

Salam,


Seperti mana yang ciku stori sebelum ni , ciku harap dapat jaga adik dalam pantang mana mana yang mampu dirumah ciku.Due dia 2/11/2014 ..alhamdulillah bersalin awal sehari .So far sume ok tapi keesokan harinya ,baby masuk NICU sebab musabab yang tak pasti.Tapi adik dan suaminya insyaAllah tabah menghadapi dugaan ini. Rasanya 2 hari je dia di rumah ciku kemudian dia terpaksa dibawa ke hospital kerana baby masuk NICU dan pemantauan mudah jika ibu bersama.Alhamdulillah ada ward kosong untuk dia duk situ dekat ngan babynya.Lebih ok ..ye tak

Mak dan ayah juga nampak macam tabah tapi rasanya tak kot..Ciku macam biasa rutin bulan okt-nov 2014 bawak ayah ke hospital check up darah untuk ambil warfarin (ubat kepekatan dan kecairan tahap darah ). Memang agak sibuk time autumn season ni..hihi..mcm ada kat negara mana ntah.

Nak stori tangan sebelah kanan ciku ni sakit sebab banyak sangat menaip ke atau banyak sangat main game kat hp sambil nak tido ke ntahla cam kebas.Ciku duk baca merata kat blog kesihatan pasal tangan kanan kebas ...takut lak so ciku amik keputusan pergi buat medical check up BP 100 di klinik swasta berhampiran.Cuma perlu amik darah dan sample urine sahaja kemudian klinik tersebut hantar sample ke BP center .Seminggu gak baru dapat result..aduh takut..takut gak sebab lately ciku selalu mengaduh sakit pinggang  dan sakit tangan..umo cikupun dah hampir mencecah 39 tahun.Harga rawatan adalah rm130 dan 4 tahun yang lalu ciku pernah buat rm100 je di klinik yang sama.Masa tu result ok .

Petang tu doktor tu call dan kata boleh datang klinik untuk amik result perubatan.Doktor kata semua ok cuma kolesterol kalau normal untuk female bawah 5.2 tapi ciku 5.6 tapi masih ok kena jaga pemakanan .lenlain ok.Alhamdulillah sekurangkurangnya ciku dah buat pemeriksaan kesihatan dan keputusannya agak ok kecuali tahap kolesterol tu..ada sikit mengancam.hihi.darah tinggi/kencing manis/gout /Hati/Buah pinggang dan lain lain sume xdo.Alhamdulillah.

Ciku kena banyak amalkan makan buah sebelum amik makanan berat ,air masak dan ciku kena lebih amalkan makan madu cuka epal.Ok itu aje nak stori petang petang ni.

TRAVEL..insyaAllah kalau ada orang yang nak bawak ciku jenjalan dan masapun ok ..pasti nak ikut gak.:)

Monday, October 20, 2014

Cameron Sebentar

Salam, 


Bukan nak stori sangat pasal cameron tapi nak  stori pasal gubahan bungaku ini..hihi.

Bunga hidup yang dibeli oleh TL di Cameron Highland (first time beli). Bermalam 1 hari je pegi 2 hari lor...cikupun sakanla mengubah ikut citarasa ciku ni bila sampai je di teratak ciku.hihi.lupa nak stori..kena letak air dalam setiap pasu tu ye dan siram selalu.

Beli cam biasa le sayur sayuran cuma kali ni berlambak lak, jagung madu (kukus 8 minit manis gilos boleh makan dah) , juice strawberry dan makan buah strawberry cicah nutella je bebudak ni dan beli itu bunga (harga tak tau).

Tido kat casa padena ke dalela ke apa ntah..huhu.Orite tu je entry today.
Entry dolodolo bercuti ke cameron disini ye.

http://tanggadomino.blogspot.com/search/label/Cuti-cameron%20highland


*Tambahan : Ciku ingat dah nama hotel .Kalau nak tgk di link direct situ ye.

Tuesday, October 14, 2014

Mood Autumn aje

Salam,


Gambar Hiasan
Mt Seorak National Park , Gweongeumseong Fortress dan Petite France antara tempat yang ciku teringin nak tinjau time autumn di Seoul. Bila la dapat pegi ni..plan nak pegi tahun ni tapi adik bongsu dijangka bersalin dan plan pantang di rumah ciku this year sebab mak tak sihat dan adik sorang lagi nak kawin kalau dak boleh ikut trip member nak kesana end of this month.Mungkin belum diberi kelapangan masa lagi untuk ciku kan kan kan..ayat memujuk diri.Ada tanggungjawab yang lebih penting disini . Ciku teringin nak g seoul lagi tapi nak terjah tempat tempat atas tu di autumn season.Alhamdulillah, Ciku dah merasai spring dan winter season tapi belum ada rezeki lagi untuk merasai autumn season.Harapharapla dapat nengok.Buat masa ni ciku tengok di blog orang n website ajela.hihi.Tengok Nami Island time autumnpun cantik .Jeju musti lagi cantik..hihi
ciku bertiga bercuti di Korea

oo..nak stori gak ciku tengok drama my lovely girl dan suka bonar dengar lagu FT Island .(Hong ki) tu.Impian tempat lain ciku nak g Melbourne ,Beijing dan Rome.


Wednesday, October 8, 2014

Bihun Goreng hitam dan aiskrim homemade tanpa telur

Salam,

Okla meh terjah menu raya haji bebaru ni.Almaklum ciku tak balik kampung so kami masak kek gula hangus ,bihun hitam dan aiskrim aje dan beli siap kambing 1 kg siap marinate bako sendiri tapi nak kongsi just 2 menu je buat masa ini.Ciku nak kongsi resepi ni ..simple aje..rasa ramai je yang pernah masak bihun gini.Ciku pun tak tau nama apa tapi ada yang panggil bihun siam dan menu aiskrim

Bihun goreng Siam
Bahan bahan:
Bihun jasmin or jati
Isi Ayam buang tulang dan kulit (potong kecil2)
lada hitam
lada sulah
Sos Tiram
Kicap manis
Sawi.
Bawang merah hiris

Masak cara ciku
1) Tumis bawang merah dan isi ayam
2) Masukkan 2 sudu besar lada sulah , lada hitam .kacau
3) Masukkan sos tiram dan kicap manis plus garam secukup rasa.
4) Masukkan bihun yang telah lembut.
5) Gorengkan sume bersama macam masak bihun goreng tu aje.last letak sawi supaya tak hancur.

Aiskrim homemade tanpa telur
Bahan bahan:

1 tin sus cair
1/2 tin susu pekat
1 sudu besar ovallett
1 sudu kecik vanilla esen
6 sudu coklat /milo
perasa strawberry
kacang badam tumbuk halus

Masak cara ciku
1) Blend dan mix kan susu cair ,susu pekat,ovallett dan vanilla esen tu sampai jadi cam krim dalam 20 minit.
2) Bahagikan 2  hasil mixture tadi.
3) Amik milo or coklat campur dalam mix siap tadi.
4) Amik strawberry campurkan dalam mix yang satu lagi.
5) Tabur badam atau cokat rice yang dah halus tu n sejuk bekukan.

Settle sume .Boleh makan lepas dah bekula ye.Cam biasa gambo belum dapat diletakkan dalam masa terdekat sebab ada dalam camera lain .Dah 2 x ciku buat aiskrim ni tapi keduaduanya manis tapi abis je anak anak dan anakanak buah makan..huhu.kena kurangkan milo tu kot or susu kot.Hope kali ketiga nnt jadila aiskrim ciku ni.Ciku suka makan aiskrim potong perasa cendol/kacang merah.Famili ciku dan adikberadik yang dtgpun suka makan bihun hitam ini.hihi.

Tuesday, October 7, 2014

Sinopsis - Japan 10 days

Salam, 

Sinopsis percutian di Jepun 10 hari untuk 4 orang (musim spring dan Winter).Ni sinopsis masa travel terakhir bulan April 2014.Selepas balik jepun , lagi 3 orang member selain ciku tu baru balik travel tour to Spain almost 3 weeks bebaru ni sept 2014.



Trip dari Malaysia - Overnight at Tokyo haneda Airport - Nagano hakuba goryu (snow winter) - Tokyo (ikebukuro,shinjuku,shibuya,nippori textile,akhiabara electronic town,takeshita street,daiso,disneyland) -Yokohama-Odawara - Kamakura - Osaka - Kyoto - kobe(cancel hujan lebat)- hiroshima (spring sakura) - Hakata Fukuoka (spring sakura) -Sasebo (HTB -tulips festival) - nagasaki Noritake factori Art porcelain ) - Osaka (spring sakura) - Malaysia


Tokyo
First cabin ladies hotel ( Penginapan )

23/3/2014 – Flight dari malaysia  2.40 petang tiba 10.05 malam (awal 25 minit)..

Sakit gigi tak henggat..huhu..nasib baik bawak ubat penahan sakit..hurix ..sori gigi masih sakit.
Di airport Tokyo International airport Haneda ,Q sgt panjang tapi cepat je jalan..kena touch 2 jari dan amik gambo muka ni.

Bagasi kutip kat baggage A..senang je landmark sume..5S jepun kan..alhamdulillah settle.

Last free shuttle bus ke first cabin ladies hotel ( Penginapan )di terminal 1 adalah pukul 11.30 ikut kepada information centre airport le..hihi..check in sebelum pukul 12 so ok lagi ..check in di first cabin ladies..cantik kemas, kecik dan simple.Muat letak satu beg sandang aje ..yang lenlain bag letak di area lobby hotel dan tagging.Lapo makan roti gardenia coklat tu area pantry cabin dan member makan Maggie cup..air mintak ngan first cabin free..hot water aje..hihi..bancuh milo. Solat dan tido..ciku tido lena je.hihi..bilik air first class tapi ada sesuatu yang membuatkan ciku tergumam jap bangun esok pagi ke share public bathroom ..haha.

Ni url untuk first cabin haneda website.Booking onlinehttp://www.first-cabin.jp.e.jr.hp.transer.com/locationlist/haneda-terminal1.html

24/3/2014

Nagano,Hakuba
Homestay pension Chau chau(Penginapan)

Solat pukul 4.20 pagi..plan berkumpul di lobby pukul 7 pagi untuk gerak ke Shinjuku station.

Dari First cabin ladies haneda –shinagawa(keikyu line) –xingat berapa hengget (belum aktif JR PASS)
Sampai  shinagawa -Shinjuku station (yamanote line) -190 yen

Shinjuku west berdepan ngan yodobashi camera building stairs no 7 untuk amik tiket ke hakuba by keio bus (17000 untuk 4 orang) bus ni berhenti 2 kali di rnr dan ada toilet di dlm bus.Dan best tak pening dan tak rasa naik bukit ..tetiba je dah sampai hakuba goryu dalam 4jam 40 minit.Alhamdulillah.

Kami book dari website http://highway-buses.jp/hakuba/

Sampai hakuba Goryu -5 minit walk to kamishiro station pastu staff hotel pension chau chau datang pick up.
Homestay pension Chau chau ( 1 night dinner – 6 petang  and breakfast  - 7 pagi )

Ni website hotel pension chau chau hakuba . Bila kita book by emel thru website ,dia akan guide camana nak ke hakuba gak.tqtq


Sampai hotel ..mcm homestay Cameron tu..comel je dan duduk ngan family situ..dia ada 1 anak perempuan baru habis sekolah menengah ..asyik tido je tak keluar bilik..kata mak dia la..hihi..lepas check in ,kami berdua terus g tengok salji kat atas hakuba goryu tu (yang member dua orang lagi dah pengsan..hihi).

Jalan kaki je dekat bonar.Hotel ni berdepan ngan K's hakuba backpackers hotel..sampai atas tu dalam 20minit kot..amik amik gambo..main baling baling salji sket..haha..ada banyak ski for rental..ciku tak tanya berapa hengget sebab tak main ski..amik gambo ajela dan bukan dalam bajet kami nak main ski situ.Ada cabel car untuk naik ke puncak dan kat atas tu boleh berkelah atas meja ais..cam menarikkan tapi bukan dalam bajet kami gak..hah so kami berkelah Maggie ,biskut cicah milo dan nasi goreng kampung cap brahim atas meja kayu je di tepi tepi salji tu.ok la kan.hihi.

Lebih kurang pukul 5 petang tu kami turun dan siap untuk dinner .Best dinner nya sume sedap ..the best is pizza so bila dah abis makan tu.tuan rumah tanya le ..mana menu yang kitorang rasa the best,..so kami serentak ckp pizza udang tu..hihi.then dia sengih sengih bawak lagi satu pizza udang tu..hoho..makan lagi..kira memang kenyang benarla.tq tq.

Plan nak balik bilik tido kekenyangan tapi ternampak kat hall dia ada gitar so main lagu sikit do re mi dan kami sembang sembang ngan tuan rumah then balik bilik tido .ada heater okla kalau dak beku le teman.hihi.

25/3/2014

Masih di hakuba,pepagi lagi lepas breakfast lebih kepada salad salad dan pizza udang tu dan juga potato steam with butter..sedap ..kami terus jalan kaki lagi kat tempat salji bersama ngan member member 4 orang sume .amik gambo dan jalan kaki lagi sekitar situ ..ada lak snowman besar..comel je.Kaminya snow man tak jadi jadi. Ciku tak reti buat snowman tu..abis senget senget jek..haha.

11 pagi kami check out hotel dan tuan rumah tu hantar kami ke hakuba goryu bus station (free).Tunggu bus nak ke nagano station naik highway bus 1500 yen dalam 1 jam (tak bookingpun sebab memang ada je bus ni) ..macam nak muntah naik bus ni..huhu..nasib baik 1 jam je.

Kami aktifkan JR Pass di Nagano Central..lama gak kena Q ..sementara tu kami solat tepitepi situ.Settle  je terus naik JR shinkansen asama dari nagano station ke ueno station (reserved seat) –cover by JR pass

Dari ueno station amik yamanote line ke ikebukuro station ,amik ikebukuro central gate 1..check in 4 petang.

Sampai hotel sakura ikebukuro –(berpandukan map hotel emel kan sebelum ni) ..ok aje.Letak barang dan terus g cari restoran malaychan area situ( restoran makanan melayu dan ada program khas belajar masakan melayu –bagus kan..hihi)..tanya hotel je depa bagi panduarah.tq tq..kami order nasi goreng kampong , ikan bakar dan sambal udang petai (petainya terlajak dari udang ..adoi)..tepi restoran ni ada park penuh ngan pokok sakura tapi masa kami sampai tu belum ada sakura pun.

Jumpa orang Malaysia dalam tu ..tegur menegur le tukar tukar nombor tepon.pastu ciku dan hubby g daiso ikebukuro area walking distance je dari restoran malaychan ke sakura hotel..tapi daiso nya tak berapa nak best so kami tengok tengok aje.Tak sabo nak g daiso di harajuku nanti ,,haha.Daiso tu untuk pengetahuan ala ala kedai 2.00 la kat Malaysia ni..sana depa panggil daiso 100 yen.

Balik rumah tengok citer penyiasatan ala ala citer kegemaran ciku tu..citer cartoon conan..hihi then tido.

 26/3/2014

Hotel Sakura Ikebukuro (penginapan)

Odawara Castle
JR Tokaido line (40 minit) from central Tokyo dan dalam 10 minit walk dari exit gate odawara station to odawara castle.Entrance castle 400 yen.

Odawara ..cantik tapi sakura belum keluar lagi time ni..ada le dalam 3 pokok je ada sakura..huhu.

Pergi odawara castle dan Ciku beli FM (200 yen satu) .






Kemudian ke  kamakura station  untuk ke danzakura street (kalau ada sakura..street ni memang cantik) kamakura dan shopping district di kamakura di area Souvenir alley dan Hachimangu  Shrine.

Berdepan je ngan danzakura street dan  temple tu.Murah murah je ..ciku beli 20 chopstick satu 50 yen..dan dia bagi lagi 2 chopstick free sebab dia kata ciku beautiful..haha..ayat perasan..hihi.sori member member ..itu aje souvenior yang boleh beli banyak dan murah..haha..ada tulis made in japan so okla kan.

27/3/2014

Hotel Sakura Ikebukuro (penginapan)

Tokyo Disneyland ..tempat ni bukan feberet ciku tapi TL nak sangat pegi sebab dia kecik kecik dulu tak penah sampai..haha..apadaa..ciku pun takpenah gak.so ikut ajela..entrance 6200 yen sorang.

Hari ni berpecah , 2 orang member lagi pegi yokohama jumpa kawan jepun depa.Kami akan jumpa depa gak tapi malam di yokohama station gak untuk dinner dan chat.

Kami makan roti gardenia coklat kat sana..boleh je bawak masuk dalam..sorok sorok je sikit dalam beg.Masa kat gate entrance tu kita bukak siap siap beg sandang tu untuk depa cek dan senyum..teurs dia kejap je cek dan kata ok..padahal ada bawak air mineral dan roti gardenia dalam tu.hihi.tq tq.

Dari Ikebukuro station –Tokyo station (JR yamanote line)
Tukar JR mushashino line –Maihama disney

Hujan lak sampai kat Disneyland ni..kami tengok majority depa ni jalan laju dan siap lari lari nak kejar masuk Disney ke apa ntah..so ciku pun lari cam best je..haha.Ada banyak je kaunter nak beli tiket walaupun beratur panjang tapi cepat so takde le lama sangat menunggu dalam 25 minit kot.kami di Disneyland dari pukul 9 sampai pukul 12 je tu pun abis dah pusing sume Disneyland ni..jenuh dah aih..amik gambo..nak main majority game nya 200++minit.. takdo la ciku nak nunggu game lama gitu.





Abis di Disneyland ,kami ke nippori station untuk ke Nippori textile town..map kedai kedai situ ciku dan print dan dah mark mana nak pegi je sebab kedai banyak sangat so ciku nak ke area tomato fabric aje ada banyak kedai kain tomato dan kedai jeans Edwin kat situ. Jalan dalam 5 kedai je ..dan 4 kain cotton dirembat (580 yen,105 yen –bkn cotton ,380 yen semeter dan bidangnya macam kecik je so kena beli lebih meter ) dan kain wat baju melayu (108 yen semeter) . total membeli belah paling banyak kot kat sini..haha.

Refer website ini.

Pukul 4 kami terus ke station Yokohama dalam 50 minit naik keihin line –solat dan tunggu 2 orang member lagi dan member jepun dia ,nama ishikawa tua dah dlm 72 tahun tapi sangat kuat naik tangga turun tangga..wah bagus bagus.

Kami terus naik bus lak ke kampong dia..ni sume kawan dia bayar..ciku tak pasti rumah dia area kanazawa dan dia ada ladang apricot  tapi agak terpencil dan kemas.dia ajak makan di restoran  jepun.makan tempura udang dan ubi pumpkin ..sedap..kami hadiahkan dia kain pelikat yang kami beli di Sarawak hari tu dan sutera ala ala baju kelawar kat wife dia..hihi..seronok je depa..dia tanay cara nak pakai kain pelikat dan sutera tu..wat sikit demo pastu golak golak..kami bgtau dia jangan pakai kain pelikat ke pasaraya lak..haha.

Dia hantar kami naik train dari shinagawa dan kami naik sendiri ke yamanote line ikebukuro balik hotel dan dalam pukul 10.30 malam sampai hotel tu ..tido le apalagi.ciku lapo sebab tak berapa nak kenyang tadi..haha..so makan le nasi goring ayam cap brahim tu..ada 10 peket kami bawak sume plus 4 maggie cup dan roti gardenia dan sambal ikan terubuk Sarawak .

28/3/2014
Hotel Sakura Ikebukuro (penginapan)
Osaka
Toyoko inn shin Osaka (penginapan)

Pepagi lagi dah check out dan letak bagasi di tempat simpanan bagasi ..free boleh simpan 1 week dan insyaAllah safety..kami terus ke akhiahabara  selepas breakfast hotel sakura kopi dan roti bakar.Kami menuju ke akhiahabara –open kul 10 pagi tapi kami datang awal .cari kedai kebab untuk lunch nanti dan kedai sidiq (tutup sebab renovate) dan kedai casio jam murah tu.Plan macam nak cari iron steam berdiri tu..haha.tapi takdo pun.ciku tak beli apa apa pun kecuali jam tangan 1000 yen.

JR Ikebukuro Station –Akhiahabara station –JR Harajuku station –JR Ikebukuro

Kami ke harajuku station dan omotesando ,shibuya selepas tu ..ramai betul orang seramai ramai nya orang dan macam macam jenis orang dan kedai ..hoho..kami jalan kaki je ke takeshita street dan daiso 5 tingkat tu..hihi best giler 2 bakul beli barang.total dalam rm110..haha ..termasuk train dan railway ,Origami ,lego block kayu untuk anak anak ciku…sume 100 yen satu aje.ciku beli sarung tisu ,chopstick,tempat letak surat ..haha macam macam la sume saiz kecik dan leper.

Settle harajuku dan shibuya ,kami ke hotel ikebukuro dalam 4.30 petang untuk amik sume beg dan ke shinagawa station untuk tukar naik JR shinkansen hikari pukul 5.40 -8.05 ke shin Osaka (2 jam 25 minit).Tido dalam train.

Stop at shin yokohama, odawara , Nagoya, gifu maihama,maibara,Kyoto,shin Osaka..huhu..sampai je shin Osaka station kami amik east gate dan walk in dalam 8 minit to toyoko inn hotel.Dinner nasi goreng brahim lagi dan paling best ada machine coffee free kat café hotel (Americano coffee,capucino,espressor dan apa ntah lagi coffee).

29/3/2014

Osaka
Toyoko inn shin Osaka (penginapan)

Selepas breakfast roti bakar dan buah epal dan coffee free tu ,kami gerak kepasar sabtu area shin Osaka station..murah murah dan berlambak gile barang dijual.kami tak beli pun..tengok aje..hajat macam nak beli je tapi berat lak nnati..haha
So kami naik JR hikari shinkansen (cara hanya tunjuk pass JR je kat kaunter –jangan touch lak) dari shin Osaka ke Kyoto dalam 15 minit.

Terus ke JR saga arashiyama tempat yang paling ciku nak terjah sebab nak tgk bamboo groove tu..sampai je terus q untuk beli tiket entrance sagano romantic train sight seeing tram..kat sini ada sikit sikit je sakura..train ni classic dan sangat menarik view especially untuk sakura dan autumn.Tengah duk rest tengok tengok pemandangan atas train ni..tetiba datangla sorang mamat jepun wat terkejut orang ..pakai topeng monyet..hoho..pastu amik gambo ngan kami.ada budak nangis tengok dia..takut kot.

Pastu kami turun jalan kaki ke bamboo groove yang menarik dan tertarik tu..amik line port tengah tengah bamboo tu..memang cantik..subhanallah..kami melalui tenryuji temple tapi tak masuk..ada macam park nampak dari luar ..cantik, pastu kami teruskan jalan kaki ni ke togetsukyo bridge sebab nak tengok sakura tepi takdo.

Settle sume kami ke Kyoto muslim association dekat ngan imperial palace marutamachi  street..agak sesat gak nak ke sini ..banyak tul jalan kaki tapi dalam garden Kyoto imperial park..cantik..nice view..huhu sebab map lupa save..adui..so banyak tanya tanya orang je..at last Alhamdulillah sampai..kami dah jalan kaki melebihi jambatan area Kyoto University..huhu.So terus solat dan masuk kedai muslim tu ..beli Maggie dan biskut oat..pastu makan di rose café sebelah kyoto muslim association..makan apa!!..nasi lor..lapo dah nak makan nasi time ni.ciku memang bawak sambal tumis terubuk kering ni ..hihi wat penyelera makan. 

Balik naik bus je depan area rose café ni ke Kyoto station.jem pening dalam bus ni..huhu..sampai Kyoto station..hari dah gelap so kami bergambar gak kat Kyoto tower tu..dan terus naik JR hikari shinkansen ke shin Osaka(15 minit). Dalam 7.30 sampai shin Osaka..stop lak lagi kat terminal tu tengok product MAC ..hihi..saje je tengok tengok.Sampai hotel shin Osaka tu terus makan bekalan lagi dan tido..oo..ciku basuh kain gak ..ada mesin laundry guna coin  kat lobby dan keringkan terus.yes tq tq.

30/3/2014
Hunt for hanami sakura and tulipsToyoko inn sasebo hotel (penginapan)

Lepas bekfas cam biasa roti  or nasi goreng brahim dan coffee ,kami teruskan perjalanan dan misi mengejar sakura dan tulips.Letak bag di hotel shin Osaka dan ianya free ..kami hanya bawak bag untuk satu hari sahaja ke Hiroshima ,hakata fukuoka dan sasebo Nagasaki .Naik shinkansen hikari ke hakata untuk stop di shin kobe..turun shin kobe plan nak g tengok kobe port tapi agak sedih sikit sebab hujan terlalu lebat dan kami tengok dari station shin kobe je la kobe..huhu.Mungkin ada sebab musabab Allah tak bagi jejak Kobe time tu so kami teruskan perjalanan tukar tiket JR sakura shinkansen ke kaguma chuo.Stop Hiroshima station untuk naik JR Miyajimguchi station (stop no 1) ke miyajima island by ferry (dalam 10 minit kot).

Ferry stop je kami dah nampak sakura merata rata ..hoho..alhamdulillah.. kami terus nampak banyak deer  meratarata dan jinak..hihi..Momiji-dani Park, or Maple Leaf Park.ciku amik gambo le pegang pegang si deer tu..ye ke..haha..takde maknanya..ciku kan penakut ..so duk tepi tepi je..pastu kami terus jalan kaki tengok Otori gate(Shinto kebanyakannya berwarna oren hitam) pastu ke park sakura walking street je pastu nampak tahoto pagoda dan itsukushima shrine(kami lalu je tak masuk sebab kejar masa time ni).

Ada miyajima Aquarium tapi ciku tak masuk sebab jauh jalan ke belakang lagi.settle tu kami bergegas ke ferry terminal dalam kul 12.30 ..silap bajet terlepas lak train nak ke hakata pukul 2.27..kami sampai kat area train tu 2.30..adui takpe takpe..kami rest kat hakata so kami keluar hakata station dan nampak landscape tulips.wah cantik pastu terus nak ke ohori park,hakata untuk tengok sakura.

JR hakata –meinohama naik kuko line stop ohorikoen station dalam 10 minit je.

Wah kat sini memang ada hanami sakura..berkelah dibawah pokok sakura.ramai gile orang berhanami..best best..kami apa lagi snap le gambo gambo sakura merata rata tu..alhamdulillah.Kami ke area Ohori park ,Maizuru Park dan fukuoka castle..tengok jam dan kami patah balik semula ke hakata station amik kuko line ke airport fukuoka , JR hakata stop station dan kemudian untuk ke sasebo line naik JR limited express midori  turun sasebo dalam 2 jam.

Check in toyoko inn sasebo,nagasaki dalam 1 minit dari gate station sasebo..dekat bonar..keluar je station terus nampak toyoko inn sasebo hotel (penginapan).Sampai dah malam dalam pukul 8.30..lepas check in je ciku dan hubby jalan lagi ke friesta sasebo sesaja nengok sekitar dan rasa view sejuk tu..hihi..member 2 orang lagi pengsan..lepas jalan jalan kaki tu , kami makan Maggie dan biskut cicah milo.

31/3/2014

Hunt for tulipsDuring the Special Week (Mar. 21-Apr. 6), all the tulips in each area will blossom together!


Huis tenm Bosh ,nagasaki ..3200 yen sorang..kami naik dari  JR sasebo ke huis ten bosh (25 minit) ..pepagi dah gerak nak jadi orang pertama q..haha..memang cantik view mcm kat Holland..ciku sorang je tak penah pegi Holland antara kami berempat ni so agak jakun la nengok tulips ,windmills,flower palace dan lain lain yang macam English view tu..memang cantik.Solat di huis ten bosh aje.

Kami naik canal dah macam kat venice lak..haha..perasan..

Settle sume kami bergegas nak ke imari station untuk survey noritake (product pinggan mangkuk).dari Huis tenm bosh –arita station pastu tukar dari arita station – imari station (4.15 sampai) 490 yen

Amik taxi dari imari station ke noritake factory outlet ,majaoriti china bone kena hati hati..dalam 4.30 sampai ..masa tutup 5.00..huhu ..ada 30 minit je.cari dan tengok apa apa yang patut pastu mintak staff noritake call taxi hantar ke arita station.

Dari arita station –hakata station (JR midori limited express)- (6.12 -7.35)
Hakata station – shin Osaka by JR sakura shinkansen tengok jadual shinkansen.Sampai hotel makan nasi goreng brahim lagi .Tido tersangat penat..huhu.

1/4/2014

Toyoko inn Shin osaka(penginapan)

Hari nak balik Malaysia dah so free and easy..JR pass dah abis so kena bayo le takleh le nak kesana kemasi naik JR shinkansen lagi..haha.Flight pukul 2.40 petang so ciku and hubby decide untuk ke Osaka castle dan sakuranomiya park..observed sakura kan..hihi..

JR shin Osaka –JR Osaka loop line (stop osakajoen ) untuk ke Osaka castle..cantik banyak sakura ..pastu macam nak ke nishimumaru park tapi cam nak ke sakuranomiya park dan entrance is free..haha.kami walking distance je ke sakuranomiya park dari Osaka castle..ramai je yang jalan kaki..cantik sakura along the river dan pelbagai color..subhanallah memang cantik tak hengat.alhamudlillah.settle tu kami cari sakuranomiya station untuk ke Osaka dan terus ke shin Osaka.

Balik hotel amik bag dan terus ke kansai airport dari shin Osaka (haruka express -50 minit)

Sampai kansai airport , kami check in bagasi..alhamdulillah cukup kilo dan tiada masalah.
Solat di kansai airport memang ada kalau tak silap 3 surau ada lambang orang sujud lagi dan dalam surau ada senarai  kedai kedai yang ada certificate halal from Malaysia.gud gud.Kami solat dan makan di restoran halal area kansai airport dan terus gerak ke duty free zone , beli apa apa yang patut kat duty free zone tu and balik mesia.

Balance duit ciku ada dalam 15000 yen tapi masa kat duty free dan kedai kedai airport tu ciku nak gak membeli so anggaran balance adalah 10000 yen.abis stori 10 hari di japan using JR pass .(sangat berbaloi - insyaAllah)..dengarnya selepas 1 april 2014 , semua tax naik di jepun.hoho.

Continue to
Simple Bajet japan 10 days and Ittenary

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...