Bihun Goreng hitam dan aiskrim homemade tanpa telur

Salam,

Okla meh terjah menu raya haji bebaru ni.Almaklum ciku tak balik kampung so kami masak kek gula hangus ,bihun hitam dan aiskrim aje dan beli siap kambing 1 kg siap marinate bako sendiri tapi nak kongsi just 2 menu je buat masa ini.Ciku nak kongsi resepi ni ..simple aje..rasa ramai je yang pernah masak bihun gini.Ciku pun tak tau nama apa tapi ada yang panggil bihun siam dan menu aiskrim

Bihun goreng Siam
Bahan bahan:
Bihun jasmin or jati
Isi Ayam buang tulang dan kulit (potong kecil2)
lada hitam
lada sulah
Sos Tiram
Kicap manis
Sawi.
Bawang merah hiris

Masak cara ciku
1) Tumis bawang merah dan isi ayam
2) Masukkan 2 sudu besar lada sulah , lada hitam .kacau
3) Masukkan sos tiram dan kicap manis plus garam secukup rasa.
4) Masukkan bihun yang telah lembut.
5) Gorengkan sume bersama macam masak bihun goreng tu aje.last letak sawi supaya tak hancur.

Aiskrim homemade tanpa telur
Bahan bahan:

1 tin sus cair
1/2 tin susu pekat
1 sudu besar ovallett
1 sudu kecik vanilla esen
6 sudu coklat /milo
perasa strawberry
kacang badam tumbuk halus

Masak cara ciku
1) Blend dan mix kan susu cair ,susu pekat,ovallett dan vanilla esen tu sampai jadi cam krim dalam 20 minit.
2) Bahagikan 2  hasil mixture tadi.
3) Amik milo or coklat campur dalam mix siap tadi.
4) Amik strawberry campurkan dalam mix yang satu lagi.
5) Tabur badam atau cokat rice yang dah halus tu n sejuk bekukan.

Settle sume .Boleh makan lepas dah bekula ye.Cam biasa gambo belum dapat diletakkan dalam masa terdekat sebab ada dalam camera lain .Dah 2 x ciku buat aiskrim ni tapi keduaduanya manis tapi abis je anak anak dan anakanak buah makan..huhu.kena kurangkan milo tu kot or susu kot.Hope kali ketiga nnt jadila aiskrim ciku ni.Ciku suka makan aiskrim potong perasa cendol/kacang merah.Famili ciku dan adikberadik yang dtgpun suka makan bihun hitam ini.hihi.

2 comments:

O'gosh Iskandar said...

tq...nak try nanti..saya sucks sikit part goreng bihun dan buat aiskrim...anyway, tq singgah ke blog saya...

CIKU said...

Ok tq 2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.