Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Tulip di Maxwell bukit larut

Salam,


Tajuk je..ciku belum pergi lagi sana..dalam listing Malaysia.
Ciku nak citer pasal tulip di Malaysia sebelum pegi Amsterdam tengok tulip (Impian je..kalau ada  rezeki). Ciku dah lama nak pegi bukit larut yang di gahkan dengan tulip tu..adoi sure cantik. Buat yang tak tau , Bukit larut terletak di Kawasan Tanah Tinggi , Perak. Suhunya boleh mencecah 10 darjah Celcius pada waktu malam.Sejuk gamat tu.Ciku teringin nak pegang tulip dan nak tengok teksturnya dari dekat..hihi.

Memang dah lama teringin nak pegi tapi tapi tapi ciku ni jenis pening jalan berlengkok lengkok.Poning tak boleh ngamnya.Adoi mau kuar muntah hijau nanti.hihi.Dikatakan ada lebih 70 lengkok selekoh tajam di lereng bukit untuk sampai ke atas tu. Perjalanan ke atas dalam 30 minit (adoi lama tu..kalau jalan lengkok lengkok). Dulu, perjalanan ke Balik Pulau tu pun ciku poning..adoila.

Okla nak stori the greatest jika berkesempatan , tak ingat ciku baca kat mana..ramai pelancong asing kata bukit larut tu sama macam kat Switzerland musim bunga (ontahla ciku belum pernah sampai situpun).
Dari puncak paling atas boleh menyaksikan kebiruan lautan selat melaka.adoi teruja ciku nak g .Dulu ciku memang serem nak pergi merapoh dulu tu tapi bila tengok kat internet gambar gambar bermain ngan ikan kelah ..ciku gagahkan diri gak pergi merapoh dan naik land rover ke hutan simpan tu.cantik gilos. Kali ni cam teringin nak pergi ke bukit larut lak tapi cuma takut poning je.

Ciku ada studi sikit tentang penginapan dan tambang ke bukit maxwell ni..kereta takleh bawak sampai atas so park je kat bawah.Kita kena naik Land Rover yang Pejabat Taman Peranginan Bukit Larut sediakan tambangnya adalah RM6 bagi dewasa dan RM3 bagi kanak kanak (bawah 10 tahun) untuk perjalanan pegi balik.murah tu.hiks.
Jadual Perjalanan Land Rover :- 8Pagi - 5 Petang (setiap jam).Muatan untuk 8 orang dewasa. Kalau nak lebih detail boleh call Pegawai disana di talian 05-8077241/243.

Itu serba sedikit info tentang bukit larut.lenlain tak pasti.hiks..kena g buat jejak dulu ke sana.InsyaAllah.Opss..info terkini..bunga tulip hanya pada bulan disember hingga April .


3 comments:

ad|nda said...

waaa baru tau bukit larut pun ader tulip.. fefeeling holland la pasni... camtu thn depan jom kiter terjah nak tak ciku?

CIKU said...

hihi..boleh gak..kena tgk fizikal mental si ciku ni dulu..hihi..72 selekoh tu..huhu

Meera said...

Best nye u,,slalu dpt pgi bcuti...bwak ank2 plk tu, i suke tgok blog u dpt byak info about percutian...best2,,i dh folow u dh pon..