Apam Beras

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته,

Pepagi ni ciku teringin lak nak makan apam beras so tepek dulu resepi orang ni dapat dari member , nnt free bleh buat untuk minum petang ngan keluarga..hihi..insyaAllah
tungguuuu..


Apam Beras (Umi Zakwan Zaidi)


1 cawan nasi
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil mauripan
kelapa parut dgn sedikit garam


Cara-cara
1. Blend nasi dan air sehingga hancur.  Setelah hancur, campurkan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
2. Campurkan pula tepung gandum, tepung beras dan mauripan, blend lagi hingga sebati. Perap selama 1 jam (baca dalam google kena 3 jam baru senyum).
3. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.  Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.
4. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak juga dimakan begitu saja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.