Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Wanita Bermusafir Tanpa Mahram

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته,
Sebenarnya ciku bebaru ni terpanggil untuk  berkongsi artikel mengenai hal ini. Ciku ada baca buku Dr Muhammad Ali Hasyimi mengenai hal keperibadian seorang muslimah dari sudut alQuran dan al sunnah dalam konteks musafir wanita. Tetapi pembacaan sesuatu hal tidak boleh dari satu rujukan sahaja.
Walaupun , ciku keluar negara semuanya bersama suami dan keluarga kecuali sekali bersama rakan rakan wanita yang dipercayai ke vietnam atas izin suami. Ciku tidak pernah membayangkan bercuti /melancong sebagai 'budaya tahunan' dan bukanlah semata mata untuk tujuan melancong semata semata. Ciku ingin sangat melihat bagaimana keindahan dan kebesaran Allah tentang dunia diluar sana dan salah satunya tentang merasai musim selain yang ada di Malaysia. Musim salji(snow), Musim bunga(spring), Musim panas(summer) melampau, Musim luruh (autumn) yang cantik. Cuma kenkadang ciku terfikir kalau keluar atas tuntutan kerja walaupun dalam malaysia dalam tempoh jangkamasa yang panjang dan sebab sebab lain yang tidak memudaratkan...

Walau apapun, hal mengenai hadis ini luas dan perlu banyak rujukan .Ciku belum berani untuk mengupaskan tajuk ini di blog ciku ini . Apapun ciku lampirkan sedikit pembacaan ciku.

Dipetik dari blog abidfana ( Hanya untuk bacaan dan perlu diselidik dan kajian juga sebelum mengambilnya)

Hukum wanita bermusafir tanpa mahram adalah antara soalan yang kerap diajukan kepada para asatizah. Hadith sahih telah melarangnya, seperti yang disabda oleh Nabi Muhammad SAW:
لَا تُسَافِرْ الْمَرْأَةُ إِلَّا مَعَ ذِي مَحْرَمٍ وَلَا يَدْخُلُ عَلَيْهَا رَجُلٌ إِلَّا وَمَعَهَا مَحْرَمٌ فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أَخْرُجَ فِي جَيْشِ كَذَا وَكَذَا وَامْرَأَتِي تُرِيدُ الْحَجَّ فَقَالَ اخْرُجْ مَعَهَا
Jangan seorang wanita bermusafir melainkan bersama dengan mahram. Dan jangan bersendirian seorang lelaki dengan seorang wanita melainkan bersama wanita itu mahramnya.” Tiba-tiba seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku akan keluar untuk berperang, dan isteri-ku pula hendak pergi menunaikan haji.” Lalu Rasulullah S.A.W. menjawab: “Pergilah kamu bersama isteri-mu (menunaikan haji).” (Muttafaqun alaihi).
Dalam sepotong hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang lain, nabi Muhammad SAW dilaporkan bersabda:
“لا يحل لامرأة تؤمن بالله واليوم الآخر أن تسافر سفرًا يكون ثلاثة أيام فصاعدًا إلا ومعها أبوها أو أخوها أو زوجها أو ابنها أو ذو محرم منه
Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk keluar tiga hari ke atas melainkan bersama-samanya bapanya atau saudara kandung lelakinya atau suaminya atau anak lelakinya atau mana-mana mahramnya. (di dalam riwayat lain, ada dinyatakan satu hari satu malam, dan dua hari dua malam)
Kedua-dua hadith di atas ialah sebahagian daripada beberapa hadith yang melarang wanita daripada keluar berjalan tanpa mahram. Akan tetapi, ada juga pandangan yang menyatakan sekiranya terjamin keselamatan dan fitnah kepada si perempuan sepanjang perjalanannya, maka ianya dibenarkan. Itupun sekiranya perjalanan itu merupakan perjalanan yang perlu sahaja, bukan perjalanan tanpa tujuan.
Dibawah ada sedikit petikan dari halaqah.net
Pendapat yang sama diberikan beliau ketika ditanya tentang wanita ke luar negara bagi mencari ilmu. Katanya, mesti bersama mahram. Jika terpaksa, mesti ditemani, sekurang-kurangnya ada wanita bersama yang dipercayai.
Namun agak menarik perkara ini diwacanakan semula. Jika berpegang kepada pendapat seperti itu, boleh dikatakan seluruh ibu bapa beragama Islam di Malaysia dewasa ini berdosa. Manakan tidak, boleh dikatakan setiap rumah di Malaysia ada sahaja anak perempuan mereka belajar atau bekerja di luar negara atau di luar daerah tempat tinggal, atau suami melepaskan isteri ke out-station. Boleh rujuk sambungan stori kat sini ye halaqah.net . 

Apapun bagi ciku , tujuan mesti betul dan terjamin keselamatan dan jauh dari fitnah sebab hal yang besar adalah wanita yang berjalan tanpa mahram biasanya diiringi dengan bahaya dan kesukaran untuk berhadapan sendiri tanpa mahram menjaganya. Sebarang persoalan mengenai tajuk hari ini, sebaiknya lebih baik ditanya pada yang arif dalam soal agama untuk tajuk musafir ke luar negara.InsyaAllah jawapan lebih bernas akan diterima.wallahualam..

No comments: