Friday, August 19, 2011

Hidup 35 tahun


sekadar gambar hiasan 




Aik tetiba je ciku telah melangkah ke usia baru. banyak komen kat fb ucap besday..meriah kejap wall fb .alhamdulillah sekurangkurangnya ada insan yang masih ingat kat ciku.
Masa 24 jam yang Allah kurniakan terasa begitu pantas berlalu. Masih banyak perkara yang tidak mampu untuk ciku sempurnakan lagi. 
Menurut Ibnul Jauzi, di alam dunia ini manusia dibahagikan kepada lima peringkat umur iaitu kanak-kanak (bayi sehingga 15 tahun),muda (15-35 tahun), dewasa (35-50 tahun), tua (50-70) tahun dan tua bangka (70 tahun ke atas). Pandangan yang diberikan oleh Imam Al-Ghazali pula ada menyebutkan bahawa rata-rata umur manusia adalah 60 tahun.so umur ciku dalam kategori dewasa..kejap jek ye.
Adakah kuantiti dan dan kualiti amal soleh kita mampu untuk menampung dosa dan maksiat yang kita lakukan selama ini. Adakah prestasi ibadah seimbang dengan pertambahan usia kita kerana baki masa terlalu singkat untuk kita. Usia berlari seiiring dengan peredaran waktu.

Kanak-kanak mengejar usia remajanya. Remaja memburu masa tua dan orang tua kian menuju ke titik akhir hayatnya. Tidak kira di mana kita berada sama ada di peringkat kanak-kanak, remaja mahupun tua kematian pasti akan menjemput kita. Tiada jaminan kita terlepas dari panggilan maut walau siapa pun dan di mana pun kita berada.
Sesetengah dari kita cukup resah dengan pertambahan umur. Bimbang memikirkan kecantikan fizikal yang makin pudar dan luntur dimamah usia walhal kita akan kembali ke tanah jua akhirnya. Kita juga bimbang kerana wang simpanan dan harta yang dimiliki masih belum mencukupi sedangkan semua harta yang ditimbunkan di dunia tidak berupaya menjaga kita di alam barzakh kelak.
Mengapa tidak kita alihkan kerisauan itu terhadap sesuatu yang lebih utama?
Bukankah lebih wajar untuk kita memikirkan, apakah dengan umur yang telah berlalu menjadikan kita semakin hampir dengan Allah atau sebaliknya? Adakah kesempatan masa dan usia yang Allah anugerahkan telah kita manfaatkan sepenuhnya dalam merebut cintaNya ? Adakah bekalan amalan dan ibadah kita sudah memadai untuk menjamin kita ke syurga?
Cuba kita bermuhasabah seketika. Merenung kembali bagaimana nilai ibadah yang telah kita laksanakan selama ini. Semoga lebih tinggi dan berkualiti nilaiannya. Tidak sekadar melengkapkan bilangan solat lima waktu sehari semalam, namun kita perlu lebih memperhalusinya dengan persediaan lebih awal, mengambil berat tentang pakaian yang digunakan untuk solat sama ada bersih atau tidak.
Jika sebelumnya kita sekadar membaca tanpa memahami makna dalam bacaan solat, mengapa tidak kita tanamkan azam mulai hari ini untuk belajar memahami dan menghayati bacaan dan perbuatan dalam solat. Hanya solat yang benar-benar berkualiti sahaja yang mampu meninggalkan impak positif terhadap pelakunya. 
InsyaAllah ciku akan cuba buat yang terbaik untuk diri ciku dan keluarga. ciku suka kata kata ini   
...apabila kita nak cuba mendekatkan diri dengan ALLAH...
kite kena berkawan dengan orang-orang yang baik...
tapi saya percaya, sekiranya kita telah berubah menjadi orang yang lebih baik, maka orang yang baik-baik akan bersama dengan kita..."

2 comments:

Cikli said...

selamat menambah usia ciku. semoga macam lisa surihani

CIKU said...

mekasih cikli..macam lisa surihani tu jauh bonar nak sama tu..

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...