Friday, August 12, 2011

Resepi Popia Horlicks



Salam,
ni gambar yang tak hangus yek..hehe..biasala ciku masak ngan kerabat ..anak anak.hehe.pic hangus takkan nak letak sini..haha

 Popia Horlicks

1 pek besar popia
1/2 cwn horlicks
1/2 cwn gula halus - kisar
1 cwn nestum - kisar halus
Lidi sate utk menggulung
Minyak utk menggoreng
Telur sebagai bahan pelekat

Kaedah:
Gulung popia gunakan lidi sate
Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan dgn telur.
Buat hingga habis peket popia.
Kemudian potong serong kecik kecik.Goreng dengan api perlahan/kecil.
Angkat dan toskan minyak.
Sira/tabur dgn horlicks, gula & nestum kisar.
Gaul hingga rata.

Cara nak gaul kulit popia dah digoreng tu: -
1. Selepas digoreng, sejat minyak pada popia terlebih dahulu . Apabila agak-agak dah sejat, letakkan dalam bekas besar dan biarkan ia sejuk dahulu, masukkan gula dgn horlicks ke dalam bekas tersebut. Kemudian gaul rata campuran tersebut dengan popia tadi.wat slow slow nnt pecah lak.kira sopan santun la.

wokeh selamat mencuba.
aku suka kuih yang senang senang jek..simple gitu.

Dapat le satu tong biskut wat kudapan buka puasa dan raya.

No comments:

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...