Tempeyek kacang ikan bilis


tempeyek ikan bilis

Mini popia

Ini la makanan feveret aku kalau pg rumah orang selain ketupat nasi,sate ,rendang,kuah kacang..adeh..posa pun belum dah teringat makanan raya..apa daa.

so dibawah ni resepi nak buat tempeyek ek
Bahan – bahan 

600 gram tepung beras
500 gram kacang tanah
1 biji kelapa
4 ulas bawang putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan manis- ditumbuk kasar
ikan bilis
sedikit garam
minyak untuk menggoreng


Cara penyediaan:


1.Campurkan tepung beras dengan santan. Tahap kecairannya seperti menggoreng pisang.
2. Masukkan bahan tumbuk serta sedikit serbuk kunyit.
3. Panaskan sudip atau acuan dalam minyak panas.
4. Sudukan sedikit adunan keatas sudip/acuan.Taburkan kacang yang telah dibasuh dan dikeringkan serta ikan bilis.
5. Goyangkan dalam minyak panas hingga tanggal daripada sudip. Goreng hingga garing .


sedapnya la aku rasa..aku tak buat lagipun..aku nak buat ke atau mintak mak mertua aku jekk..kalau aku buat rugi tepung tu..kenkdg jadi kenkdg tak jadi..haha

ok selamat berpuasa kepada semua yang sudi menjengah blog serba sederhana ini dan semoga kita mempersiapkan diri kita untuk menghadapi bulan puasa penuh berkat ini.Bersihkan minda perkukuhkan iman..hiasi peribadi.
Salam ukhwah untuk semua.





2 comments:

hanizeyecandy said...

my favorite ni... jangan lupa bawak ke NRE ye.... yum yum

CIKU said...

insyaAllah kalau buat..kalau tak buat..mak su buat..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.