Tuesday, July 19, 2011

Korea perjalanan pertama

Alhamdulillah. Akhirnya aku sampai di bumi Korea dalam 7 jam perjalanan. Lama lagi masa pg yemen dulu..8 jam . Ramai gak orang malaysia kat incheon airport . Ada 3 ex student (new zealand, rusia n us ) from malaysia yang aku sempat berkenalan.hehe.jumpa orang malaysia kat sana so tegurla..soklan2 sama. Malaysia kat area mana?guna travel agent ke tak dtg sini?berapa lama dan bla bla bla...hehe. Dalam flight jumpa segerombolan grup KYS animator from sabah semua pakai baju sama.Sembang2 ruparupanya dia lecturer bawak student KYS ke korea, depa ada pertandingan animator creators apa ntah..haha.tapi tabik kat depa.siap wakil malaysia tu multimedia..semua sponsored by air asia . Esok macam nak pg tgk depanya animation yang dibawa untuk mewakili negara tu kat coex mall kalau sempatla. InsyaAllah.
Masa kat incheon airport tu ada pakcik korea macam muka chef wan lak aku tgk..dia tegur kami.."makan anginnn ye"..hehe..lawak lak ckp melayu..aku igtkan chef wan betul tadi..aku senyum  je la.

Okla , seperti dijanjikan kami jumpa pije student korea (ore kelate) dah rope budak korea lak ..trend korea.apa apa jela. Dia bawakkan tempat makan muslim so aku makan mee dan nasi grg udang.Lauknya aku lupa lak tanya nama apa tapi kucai goreng ngan carrot mcm masakan aku jek..haha.nnt sempat aku load pic .So tomorrow kami akan ke jeju island by easter jet dan balik dari jeju naik cruise dan bermalam kat cruise tu ke busan pastu terus ke seoul semula. So pagi ni..kami akan ke Nami island winter sonata dan
Changye stream tu dgn saifullah our friend kat korea (student malaysia org johor kat korea)..hehe.teruja ni..tak sabo lak...haha. Subuh pukul 3.42..awai tu.
Travelling kami ni lebih bertumpu kepada melihat sekitar keindahan alam semulajadi dan sejarah korea.last day baru shopping simple.
Harap sihat la semuanya dan dilindungi Allah.

Oo..lupa lak..cuaca..summer time ni..28 darjah so tak sejuk.xyah bawak baju sejuk.



bukan gambar sebenar.hehe


4 comments:

Ann said...

wa..beshnye g Korea...plz review byk2 tau;)
enjoy the trip

Anonymous said...

Selamat bercuti kak chik..jgn lupa bawa ole2 n mamat korea sorang ek untuk sy..hihihi

ila azila said...

dari sana pun update blog..caya lah kak.. jgn lupa collect maklumat sebyk mungkin..nnt ada rezeki bawa plak geng sahiba g jejalan sana..akak jadi tourist guide..heheheh

Ir. Jamal said...

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

Jamal singgah sini sambil bawa buah tangan untuk korang..:-)

CARA MUDAH DAPATKAN 500 UV SEHARI

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...