Saturday, November 9, 2013

Bersantai islamic di Putrajaya

Salam Maal Hijrah,



Buat julung kalinya, Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan kerjasama TV AlHijrah akan menganjurkan Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya (PIIACuF 2013) yang akan bermula 1 November ini. Festival yang akan berlangsung selama 10 hari ini diadakan di Dataran Putrajaya, Presint 3.

Membawakan tema “Dari Andalusia ke Putrajaya”, tujuan utama  penganjuran PIIACuF 2013 ini adalah untuk memberi gambaran kepada pengunjung mengenai kehebatan dan kegemilangan Tamadun Islam Andalusia, Sepanyol. 

Festival yang akan bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.Menariknya, festival  ini akan menggabungkan pelbagai aktiviti bertaraf antarabangsa untuk dinikmati antaranya persidangan seni bina Islam dan alam bina, pameran kesenian Islam, lelongan yang memaparkan 60 buah lukisan dan pemasangan , tayangan filem, Forum Islam Antarabangsa Putrajaya dan banyak lagi. Selain Malaysia dan Sepanyol, penganjuran kali ini turut melibatkan penyertaan dari Indonesia, Mesir, Iran dan  Maghribi .

Sebuah konsert berkonsepkan “The Journey Of Nur” akan diadakan sebagai acara kemuncak festival ini pada 9 November nanti yang akan menampilkan pelbagai genre muzik Islam. Kehadiran penyanyi antarabangsa, Maher Zain dan Zain Bikha dilihat bakal menjadi tarikan utama pada malam konsert tersebut. Selain mereka, artis dari seberang, Opick serta wakil Malaysia, Inteam dan Raihan, Reaf, M. Nasir dan juga Ramli Sarip juga akan bersama menjayakan persembahan pada malam itu .

Masuk adalah percuma. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook PIIACuF 2013 , Twitter PIIACuf 2013,  laman sesawang www.piiacuf.com atau www.ppj.gov.my .
Artikel di petik dari www.nasyidkini.com. 
Ciku baru nak gerak ke sana..insyaAllah..Dr zakir Naik juga berada di sana pada malam ini.

Sumber munawarah fb (terhad sehingga 10 nov 2013 sahaja)
Sale berterusan di fb munawarah dari 25 Oktober 2013 - 5 Disember 2013 

klik FB Munawarah Muharram Sale
>>>><<<<<<

2 comments:

Hanis Azla said...

As-salam CIKU..

Alhamdulillah.. satu program yg menarik.. salam kenal juga ya.. terima kasih kerana berkunjung ke blog saya.. harap2 perkongsian yg serba sedikit tu dapat kita manfaatkan bersama.. insyaAllah..

Anonymous said...

Terima kasih atas makluman yang bagus..:)

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...