Tuesday, July 31, 2012

Hidangan puzzle

Salam,
Hari ni nak citer pasal keja ciku..Ciku jarang jarang buat design sebab tak kreatif  tapi tetiba ketua itu mintak design sebuah buku  yang berbentuk yang bertemakan ICT untuk pegawai pegawai atasan..ciku cam cuak kejap..ciku pk kalau design untuk golongan itu mesti formal /serius/straight/color standard ..susah lak rasa..adoila. Camana ni , design yang ciplak ciplak sebelum2 ni sume dah rosak terkubur bersama external hdd ciku..huhu.


Apapun main puzzle word dulu ye..hihi.pk pk nak masak apa berbuka ni..pk pk nak g travel mana lepas raya ni..pk pk nak color tema apa raya ni..pk pk nak g terawikh kat masjid mana malam ni..hihi..pk ciku pk..hihi..adoila.
comelkan puzzle..makan bole..

Monday, July 30, 2012

Biskut hershey's

Salam

3 balang kecil...1 lagi..anak anak ciku tgh makan

Malam ni ciku ngan hubby terlajak rajin buat biskut raya.kami start dlm kul 10 .30 mlm.huhu.
So disebabkan mata dh terlalu ngantuk ni,ciku terus je ye.resepi ni ciku amik dr katalog tesco thn lepas.hihi.

Bhn bhn
150gm mentega
150gm gula perang
1biji telur ayam
200gm tepung gandum
20gm serbuk koko hershey's
1sudu teh soda bilarbonat
1sudu teh esen vanilla
50gm cip coklat hershey's
50gm badam cincang

Kaedah

Pukul mentega n gula hingga kembang
Masukkan esen,tepung gandum,soda,serbuk
koko yg telah diayak bersama sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.
Akhir sekali masukkan badam dan cip coklat hersheys dan gaul rata.
Bentukkan dgn sudu ikut suka bentukla...dan susun atas dulang
Sedia untuk dibako dlm ketuhar pd suhu 180'c sampai msk.

Settle dh 3 balang.ni kena sorokkan kalau dak anak anak ciku mkn abis.huhu.
Wat biskut ni sambil tgk olimpik ngan my lovely mr hubby.

Wednesday, July 25, 2012

Tulip di Maxwell bukit larut

Salam,


Tajuk je..ciku belum pergi lagi sana..dalam listing Malaysia.
Ciku nak citer pasal tulip di Malaysia sebelum pegi Amsterdam tengok tulip (Impian je..kalau ada  rezeki). Ciku dah lama nak pegi bukit larut yang di gahkan dengan tulip tu..adoi sure cantik. Buat yang tak tau , Bukit larut terletak di Kawasan Tanah Tinggi , Perak. Suhunya boleh mencecah 10 darjah Celcius pada waktu malam.Sejuk gamat tu.Ciku teringin nak pegang tulip dan nak tengok teksturnya dari dekat..hihi.

Memang dah lama teringin nak pegi tapi tapi tapi ciku ni jenis pening jalan berlengkok lengkok.Poning tak boleh ngamnya.Adoi mau kuar muntah hijau nanti.hihi.Dikatakan ada lebih 70 lengkok selekoh tajam di lereng bukit untuk sampai ke atas tu. Perjalanan ke atas dalam 30 minit (adoi lama tu..kalau jalan lengkok lengkok). Dulu, perjalanan ke Balik Pulau tu pun ciku poning..adoila.

Okla nak stori the greatest jika berkesempatan , tak ingat ciku baca kat mana..ramai pelancong asing kata bukit larut tu sama macam kat Switzerland musim bunga (ontahla ciku belum pernah sampai situpun).
Dari puncak paling atas boleh menyaksikan kebiruan lautan selat melaka.adoi teruja ciku nak g .Dulu ciku memang serem nak pergi merapoh dulu tu tapi bila tengok kat internet gambar gambar bermain ngan ikan kelah ..ciku gagahkan diri gak pergi merapoh dan naik land rover ke hutan simpan tu.cantik gilos. Kali ni cam teringin nak pergi ke bukit larut lak tapi cuma takut poning je.

Ciku ada studi sikit tentang penginapan dan tambang ke bukit maxwell ni..kereta takleh bawak sampai atas so park je kat bawah.Kita kena naik Land Rover yang Pejabat Taman Peranginan Bukit Larut sediakan tambangnya adalah RM6 bagi dewasa dan RM3 bagi kanak kanak (bawah 10 tahun) untuk perjalanan pegi balik.murah tu.hiks.
Jadual Perjalanan Land Rover :- 8Pagi - 5 Petang (setiap jam).Muatan untuk 8 orang dewasa. Kalau nak lebih detail boleh call Pegawai disana di talian 05-8077241/243.

Itu serba sedikit info tentang bukit larut.lenlain tak pasti.hiks..kena g buat jejak dulu ke sana.InsyaAllah.Opss..info terkini..bunga tulip hanya pada bulan disember hingga April .


Tuesday, July 24, 2012

Senyap

Mee kari Umai D'Lake Cafe Putrajaya

Salam,
Ciku nak citer pasal mee kari umai ni..pergh sedap lazat.hihi..dah lama lak tak pegi makan kat umai semenjak servis agak slow tu.Selain nasi lemak sotong tu ..ciku suka makan mee kari dan mee goreng mamak .Ada member kata tak berapa sedap..tapi terpulang masing masing punya citarasa.


                                                      mee kari credit untuk blog   alwzbemybaby 
Ciku suka gak sebab pekat karinya sedap...suka suka suka..Kenkadang ciku pegi makan mee kari time tengahari kenkadang malam..memang suka sangat.Bebaru ni ciku g makan kat seremban bawah jambatan..mee kari gak..depa kata sedap so ciku pegi la merasai kelazatannya..memang sedap gak tapi sedap lagi mee kari umai..hihi.okla asik citer mee kari je..huhu.
Kalau nak resepi dari ciku tapi ni stail ciku la..bukan umai.hiihi

Bahan bahan:
Mee kuning
Ayam potong kecil ikut suka
Tauhu cina potong 2 (ni yang ciku suka sgt)
Fish ball 
Santan
Air
air asam jawa
Serbuk kari
Tumisan:
Bawang putih/merah
Halia
segala rempah ratus cam bunga lawang/kayu manis

Hiasan:
sawi
limau Kasturi
cili hijau/merah
telur

Cara nak masak kuah.
Tumis sume bahan tumis ngan serbuk kari hingga keemasan..pastu masukkan ayam kacau kacau pastu masuk santan ,air asam jawa..main mainla ngan air..hihi.last masuk fish ball/tauhu dan garam dan gula  secukup rasa.Ciku tak suka ajinomoto so tak letakla ye.
perlu diingatkan kaedah ini boleh berubah mengikut kesesuaian masingmasing.
So mee dan sawi jangan lupa celur lak..last boleh makan dan hidangkan dengan hiasan tadi.
Kalau tetiba ciku rasa malas nak kuar ke umai..ciku masakla sendiri.

Submit your incredible story now

Salam semua,
Cuak tak tajuk gitu timing bulan puasa ni.hihi.ciku dah lama tak buka nuffnang so hari ni buka la..then tengok ada pop up Nestle tu..rasanya ramai dah tahu..ciku je terlewat train.hihi.Xpela ye nak kongsi gak.Last date 30 Nov 2012.

Nestle100 Years Registration
So sesapa berminat bolehla karang stori mori kat situ tentang pengalaman bersama nestle sempena 100 tahun nestle.Ada 4 cara camana nak melontarkan stori mori tu..sama ada melalui text , twitter , Video dan Photo.Kalau ada photo lelama bersama Nestle tu yang mahal tu...kalau masih tak pasti apa itu produk Nestle(Mustahil tak tau)..Milo,maggie,kit kat,bliss,Nestum,nespray dan banyak lagi aa...Ciku paling suka Bliss dan Kit kat.

Kat web tu anda akan diajar step by step camana nak buat sume tu.memang mudah je..The best is dapat hadiah..kaalu diorang rasa stori mori korang best..dapatla hadiah..hihi..kalau tak..just dapat kongsi bersama jela pengalaman tu ngan orang lain..ye tak..Nnt lepas dah siap tu boleh search kat tab atas tu ada icon search..kot kot nak baca semula apa yang ditulis sendirikan..jomla beramai ramai berstori mori .

Bawah ni ciku tepek pizzanya..opss..prizenya..nampak no lapo..adoi..puasa puasa.


Friday, July 20, 2012

Rezeki..Grand Lexis PD

Salam,
Hari tu ciku dan famili "bermerperrehatkan " minda..(sorik memutarbelitkan bahasa..hihi) di grand lexis..best tapi best kat sabah dulu lagi..karambunai..pasir pantai yang cantik dan memutih.hihi..rezeki dapat g grand lexis lak..alhamdulillah dan terimakasih kat boss sebab suh ganti dia punya tempat so merasa la hotel ni ..hihi.



Grand lexis ni bertempat kat sebelah lexis  area legend water challet.sebelah lagi hotel Glory Beach resort ..sebelah lagi ntahla..haha. Sampai je sini..mudah je nak cari tempat ni amik jalan nak ke lukut dekat sikit kalau dari putrajaya ni..takyahla guna garmin..hihi..anak anak ciku dah teruja nak mandi kolam yang ada dalam bilik tu..tapi agak bahaya kalau anak kecik sebab takut masuk sendiri kolam tanpa pengawasan..so di ingatkan "BAHAYA TANPA PENGAWASAN ORANG DEWASA"..anak anak ciku bangunpun awal ..sanggup sebab nak mandi pool tu..depan katil je kolam..tapi separate ngan sliding door dan dari tingkap bilik air pun boleh masuk ke kolam..takut gak bebudak ni panjat terjun terus ..haha. Apapun ciku paling suka ada archery (memanah) tapi ciku takde le pandai pun..panah ajela memana pun..haha.cantik sebab ada kolam kat dalam villa ni..villa ke??hihi..cam bukan je.apa apa ajela.



Sumber pakcik google
Nak lebih tahu bolehla dapat maklumat lanjut disini ye. http://www.grandlexisportdickson.com

Ok semua semua semua...SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK . Semoga sesamala kita dapat mengimarahkan bulan yang mulia ini..takyahla banyak sgt tengok citer korea, main game hidden object..asik teringat nak makan apa..hihi..tu sume cikunya peel.

Thursday, July 12, 2012

Mencari sarimah di Tanjung Bidara

Salam,
Bukan sarimah pelakon atau penyanyi atau pengacara tu ye..hihi..ini sarimah bukakn sebarang sarimah..ini Puan sarimah penguasaha tapai ..hihi..main jek..jgn mare ye.
Sebenarnya hari tu ciku sempat terjah melaka berdua so kami plan pegi cari tapai  pulut sarimah location alamatnya ialah :

Hasil gambar dari kosmo ye..


Tapai Pulut Sarimah
Perusahaan Makanan dan Pengawetan Istimewa
Kg Air Hitam Pantai Tanjung Bidara
78300 Masjid Tanah
Melaka

06-3853041, 06-3853043

Kami silap masuk tol ..adoila..melaka  ada 2 tol..tol alor gajah ngan tol ayer keroh...so lambat la sikit sampai ..kami dah tepon kedai tu ..pesan kami sampai amik tapai dalam pukul 6 petang. Keluar dari kluang kul 3.00 kot. Dah 4 hari order tapai..ruparupanya kena order 2 minggu sebelum..huhu. Ramainya orang beli tapai nih..adoih..
Kami amik landmark tanjung bidara beach resort..haha..bukan nak tido sana pun..just landmark je ke tapai pulut sarimah ni..yang dikatakan femes malbeles ni..walaupun ciku tak makan tapai pun..haha..sibukk jek cari tapai.
Sampai je kat tempat ni tepi jalan , ciku tengok cam pekerja tak ramai..tmpt cantik..pastu tengok list orang yg order ramainya (pekerja tu yg cakap) ..siap sultanah johor ,maidin,singapore ..dll..wahh..sakan ni..member order punyala banyak 60 kotak kot..ciku diam tengok je..dalam kepala mcm nak beli tapi tak makan..familipun takmakan..lastlast nya ciku beli gak 1 kotak..ada 10 bungkus..rm6.00 untuk santapan buah tangan membermember dan jiran..hihi.(makan sikit sorang ye).

Esok tu comment dari member2 dan jiran..sedap gilos tapai tu..ciku still tak makan tapai gak..haha.

Apam Beras

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته,

Pepagi ni ciku teringin lak nak makan apam beras so tepek dulu resepi orang ni dapat dari member , nnt free bleh buat untuk minum petang ngan keluarga..hihi..insyaAllah
tungguuuu..


Apam Beras (Umi Zakwan Zaidi)


1 cawan nasi
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil mauripan
kelapa parut dgn sedikit garam


Cara-cara
1. Blend nasi dan air sehingga hancur.  Setelah hancur, campurkan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
2. Campurkan pula tepung gandum, tepung beras dan mauripan, blend lagi hingga sebati. Perap selama 1 jam (baca dalam google kena 3 jam baru senyum).
3. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.  Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.
4. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak juga dimakan begitu saja.

Wednesday, July 11, 2012

Wanita Bermusafir Tanpa Mahram

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته,
Sebenarnya ciku bebaru ni terpanggil untuk  berkongsi artikel mengenai hal ini. Ciku ada baca buku Dr Muhammad Ali Hasyimi mengenai hal keperibadian seorang muslimah dari sudut alQuran dan al sunnah dalam konteks musafir wanita. Tetapi pembacaan sesuatu hal tidak boleh dari satu rujukan sahaja.
Walaupun , ciku keluar negara semuanya bersama suami dan keluarga kecuali sekali bersama rakan rakan wanita yang dipercayai ke vietnam atas izin suami. Ciku tidak pernah membayangkan bercuti /melancong sebagai 'budaya tahunan' dan bukanlah semata mata untuk tujuan melancong semata semata. Ciku ingin sangat melihat bagaimana keindahan dan kebesaran Allah tentang dunia diluar sana dan salah satunya tentang merasai musim selain yang ada di Malaysia. Musim salji(snow), Musim bunga(spring), Musim panas(summer) melampau, Musim luruh (autumn) yang cantik. Cuma kenkadang ciku terfikir kalau keluar atas tuntutan kerja walaupun dalam malaysia dalam tempoh jangkamasa yang panjang dan sebab sebab lain yang tidak memudaratkan...

Walau apapun, hal mengenai hadis ini luas dan perlu banyak rujukan .Ciku belum berani untuk mengupaskan tajuk ini di blog ciku ini . Apapun ciku lampirkan sedikit pembacaan ciku.

Dipetik dari blog abidfana ( Hanya untuk bacaan dan perlu diselidik dan kajian juga sebelum mengambilnya)

Hukum wanita bermusafir tanpa mahram adalah antara soalan yang kerap diajukan kepada para asatizah. Hadith sahih telah melarangnya, seperti yang disabda oleh Nabi Muhammad SAW:
لَا تُسَافِرْ الْمَرْأَةُ إِلَّا مَعَ ذِي مَحْرَمٍ وَلَا يَدْخُلُ عَلَيْهَا رَجُلٌ إِلَّا وَمَعَهَا مَحْرَمٌ فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أَخْرُجَ فِي جَيْشِ كَذَا وَكَذَا وَامْرَأَتِي تُرِيدُ الْحَجَّ فَقَالَ اخْرُجْ مَعَهَا
Jangan seorang wanita bermusafir melainkan bersama dengan mahram. Dan jangan bersendirian seorang lelaki dengan seorang wanita melainkan bersama wanita itu mahramnya.” Tiba-tiba seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku akan keluar untuk berperang, dan isteri-ku pula hendak pergi menunaikan haji.” Lalu Rasulullah S.A.W. menjawab: “Pergilah kamu bersama isteri-mu (menunaikan haji).” (Muttafaqun alaihi).
Dalam sepotong hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang lain, nabi Muhammad SAW dilaporkan bersabda:
“لا يحل لامرأة تؤمن بالله واليوم الآخر أن تسافر سفرًا يكون ثلاثة أيام فصاعدًا إلا ومعها أبوها أو أخوها أو زوجها أو ابنها أو ذو محرم منه
Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk keluar tiga hari ke atas melainkan bersama-samanya bapanya atau saudara kandung lelakinya atau suaminya atau anak lelakinya atau mana-mana mahramnya. (di dalam riwayat lain, ada dinyatakan satu hari satu malam, dan dua hari dua malam)
Kedua-dua hadith di atas ialah sebahagian daripada beberapa hadith yang melarang wanita daripada keluar berjalan tanpa mahram. Akan tetapi, ada juga pandangan yang menyatakan sekiranya terjamin keselamatan dan fitnah kepada si perempuan sepanjang perjalanannya, maka ianya dibenarkan. Itupun sekiranya perjalanan itu merupakan perjalanan yang perlu sahaja, bukan perjalanan tanpa tujuan.
Dibawah ada sedikit petikan dari halaqah.net
Pendapat yang sama diberikan beliau ketika ditanya tentang wanita ke luar negara bagi mencari ilmu. Katanya, mesti bersama mahram. Jika terpaksa, mesti ditemani, sekurang-kurangnya ada wanita bersama yang dipercayai.
Namun agak menarik perkara ini diwacanakan semula. Jika berpegang kepada pendapat seperti itu, boleh dikatakan seluruh ibu bapa beragama Islam di Malaysia dewasa ini berdosa. Manakan tidak, boleh dikatakan setiap rumah di Malaysia ada sahaja anak perempuan mereka belajar atau bekerja di luar negara atau di luar daerah tempat tinggal, atau suami melepaskan isteri ke out-station. Boleh rujuk sambungan stori kat sini ye halaqah.net . 

Apapun bagi ciku , tujuan mesti betul dan terjamin keselamatan dan jauh dari fitnah sebab hal yang besar adalah wanita yang berjalan tanpa mahram biasanya diiringi dengan bahaya dan kesukaran untuk berhadapan sendiri tanpa mahram menjaganya. Sebarang persoalan mengenai tajuk hari ini, sebaiknya lebih baik ditanya pada yang arif dalam soal agama untuk tajuk musafir ke luar negara.InsyaAllah jawapan lebih bernas akan diterima.wallahualam..

Monday, July 9, 2012

Rengit jualan barang terpakai

Salam,

Akhirnya dengan satu cerita dari kawan ciku dan ciku tengok tengok kat sesetengah blog pasal barang second hand di rengit ni..sampaila akhirnya juga si ciku dan member ke sini.
ciku tengok kat blog ni..salah satu blog ye..hihi..blog rengit terpakai
Sebenarnya ciku ada hal di area kluang so amik kesempatan la berjalan jalan..plannya nak g terjah kluang railway stesen tapi ada member citer "sesuatu" then tak jadi..lastnya kami g tengok rengit .Kami tanya pakcik kantin landmark untuk ke rengit tu so paling mudah guna garmin wat carian ke pasar basah rengit ..ahaha.
Dari Kluang - start g Hway JB/machap pastu tgk sign board simpang renggam pastu ke benut dah sampai rengit.. Cari KFC rengit , ada simpang kiri signboard besar Komplek niaga Rengit color kuning memang menyerlah color kuning tu.pastu terus aje..dah jumpa..terus sampai hujung tu..berderet deret kedai second hand ni..First time pegi tu takde la terkejut sgt sebab dah baca kat blog .."jangan terkejut orang orang asli menjual barangan terpakai di rumah sendiri dan tidak tersusun". Memangla banyak barangan terpakai daripada sekecilkecil barang hinggala sebesarbesarnya..barangan elektrik ,mainan,perabot..siap kena bawak lori tu..hihi..ciku takla.
Ciku tak dapat amik gambar kat situ sebab tak bawak camera dan telefon..adoila..so sesapa nak tengok brg brg yang dijual disini boleh je buat carian di blog lain pasal rengit..hihi.

Apapun dibawah adalah barang yang ciku beli..

Meja mainan RM20 . 

Anak anak pelik , balik dari membeli terus basuh bersih bersih baru main..hihi.tak pernah sebelum ni umi ciku beli mainan kena basuh dulu baru main.hihi.apa apapun dari tak beli apa apa ..beli la jugakkan bila dah sampai rengit.



Esok tu ciku ngan hubby kena keluar g alamanda gak beli mainan..meja mainan tu tak cukup corum lak untuk anakanak ciku yang 3 orang itu..hihi.Ada satu lagi ciku beli vacum jenama sanyo masih berkeadaan baik berharga rm40.Takut gak balik nnt hubby kata membazir sebab vacum dah ada kat rumah..kenapa mau ditambah sih..ahha..biasala dah sampai rengit ..kena gak tunjuk barang elektik yang dibeli..haha.
Itula pengalaman di rengit. Ciku tak nak pegi dah situ..sebab apa..sebab aaaa..hihi..adala.

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...