Wednesday, December 28, 2011

Bottle tree in Goong


Ciku baru tgk epi 11 ..nak tgk sebab ada same heroin tu.tapi jalan ceritanya slow amat..tgk hero tu aduss slownya la..suka lagi  2nd hero , yul  ngan  heroin , Shin Chae-Kyeong ..slow sangat prince tu..takkan prince korea gitu karektornya kot..slow sgt pergerakan semua..aduss . Pastu pulak ending nnt musti Shin Chae-Kyeong ngan prince lembek tu.hehe..kalau ngan yul ok gakkan..hehe...apa apa ajela ..cerita jek..beria lak si ciku ni..tapi part pokok bottle tu cantik la..kat mana ek tempat tu kat seoul ke jeju ek ke kat jepun..hehe..botanical garden..cantikla.
Citer ni kira cam citer barbie la..hehe



Bottle tree...nice view from pakcik google.

Tuesday, December 20, 2011

Admire

Salam to all,
Hari ni ciku nak citer pasal admire.bahasa melayu kata apa ek??
Korang pernah admire kat sesapa tak?atau sesapa pernah admire kat korang tak?hehe

Contoh orang admire kat kita:-
Eh eh..ada orang bagi ko hadiah la..saper bagi tu?jom tgk..si si sibuk nak tahu..haha.pernah ada pengalaman gitu.Eh eh ada kad la bawah meja ko..jom kita tgk..si si sibuk nak tau gak..apatah lagi si empunya diri..musti tercari cari saper le gamaknya yg admire kat kita..bukan ciku ye..ni contoh contoh je.Tiba hari raya, hari hari istimewa ..hari sukaneka ke..apa apa ajela..besday ke..musti ada sesuatu..saper bagi ek...memula musti rasa cam perasankan.pastu rasa musti kengkawan sendiri yang buat ni..bila lelama tak tau gak saper gerangan yang admire kat kita..rasa takut lak..pernah tak korang rasa gitu??camana tetiba ada KFC atau sejambak bunga atas meja studi korang..takut tak??hiks..lenkali bagila cek ke..ehhe..mata duitan lak.ehhe

Contoh kita admire kat orang:-
mana dia ni?naper tak nampak dia lalu lorong ni?patutnya time ni dia lalu sini..haha..melampau lak imaginasi ciku..sampai ke lorong laluan dan time orang tu lalu ..tau..hehe.
ataupun ..hari hari tgk kat fb pic dia tgk ulang ulang kat folder picnya..hehe..dasyatnya gitu ataupun selalu tulis nama dia atas kertas atau taip kat keyboard wat carian..(gilo apo).
sebab kita admire sebab kita takut nak tegur atau takut ditolak sebab kita rasa kita tak sanggup nak berdepan...lelama melepas..

Ada gak orang yang admire kat orang tu sebab keperibadiannya,keintelektualnya,kesopanannya,ilmunya,perkasa,sukan,cantik,manis,comel..sume majoriti sebab fizikal..ye ke?ntahla terpulangla masingmasing.
****Apapun admire kat keperibadian rasullullah nabi muhamamd (SAW)  kekasih Allah yang senantiasa menjadi contoh***

Thursday, December 15, 2011

Lie to me

Lie To Me  is a South Korean drama starring Yoon Eun-hye from GoongCoffee PrinceMy Fair Lady and Kang Ji-hwan from Coffee House.(semua dah tgk kecuali goong tp dah ada..nnt free tgkla..hehe)
The series talks about a girl called Gong Ah-jung played by Yoon who lies that she is married to Hyun Ki-joon played by Kang (President world hotel) .
Ciku mmg suka heroin ni..dari citer my fair lady pastu coffee prince pastu ada variety show dia ngan kim jong kok.Comelkan muka dia ngan perangai dia gitu..kalut kalut comel..hehe.
Memula cam takut nak tgk citer ni sb tajuknya..hehe(ntah apa ntah)..tp penangan heroin tu..nak tgk gakla lagipun cerita je..macam kesian lak kat tunang ki joon sebab kena tinggal masa nak kawin tu alasan adik ki joon pun suka dia pastu bagi masa 3 years..pastu kena tinggal lak ngan ki joon sb ah jung..tapi kesian gak kat ah jung sebab first love dia , best friend dia amik.ntahla ni semua stori bg penyedap cerita jek..ciku tukang tgk jek..ada gak nak nangis tp mmg suka ah jung ngan ki joon..best..sorang cool sorang kalut. tak sabo nak goong lak pasni.hiks.

Tuesday, December 13, 2011

Bubur durian

assalamualaikum dan salam sejahtera


 
Hari ni ciku nak kongsi resepi bubur durian ..ala ala biasa je..rasa orang tahu je buat bubur ni..hehe.Semalam ..lepas pergi kuala klawang dusun member ..dia bg punyala byk durian ..so ciku apa lagi disebabkan agak pening ngan bau durian so ciku prefer masak lagi durian tu..hehe.Husband ngan anak anak memangla sesuka sgt makan durian.

so petang tu ciku p beli roti ngan gula melaka(kabung)..yang bahan lenlain sume ada dah.
direct to bahan dan kaedahnya yek..hehe ..cam eksperimen time sekolah sekolah lak.

  • 3 biji isi buah durian yang dah diasingkan biji tapi ciku suka masak ngan bijibiji sekali..hhehe..campur campur la

  • 2 plastik santan (rm2.50* 2)

  • 2 ketul gula melaka

  • secukup rasa brown sugar

  • secukup rasa garam

  • air

  • 2 helai daun pandan


  • Masak je dulu santan tu ngan daun pandan , pastu masukkan si isi durian  semua semua tu..hiks.kaco jek..pastu masukla gula melaka yg dah dicairkan serta brown sugar dan garam tu secukup rasa..berpada pada ye makan manis dan masin tu..hehe.
    Potong roti 4 (saja je potong gitu...cam comel jek masuk mulut nnt..hiks)..pastu buat le teh o..makan petang bersama famili ciku.Tapi minum petang ni..ciku goreng karipap gak yang mak buat segera .Ciku memangla peminat karipap..bukan k pop ye..hehe.
    ok selamat mencuba. 

    Monday, December 12, 2011

    Melebarkan sayap

    Subhanallah , sangat cantik..ada rezeki boleh terokai bumi Allah yang luas ini.


    Terasa kerdil berhadapan dengan NYA
    Penuh goyahnya diri ini di usia yang hampir malap
    Bertanya pada diri seorang aku
    apa ilmuku tentang hadis hadis nabi?
    apa ilmuku tentang tokoh tokoh islam?
    apa ilmuku tentang peperangan kebangkitan islam?
    apa ilmuku jika hanya melihat dan memperhatikan dunia tanpa membantu dan mengimarahkannya?
    apa ilmuku jika setakat membaca al Quran tidak faham maksud dan tajwid bacaannya?
    apa ilmuku tentang agungnya bahasa al Quran?
    sedih dengan diri..di mana MASAku seorang islam tanpa melebarkan sayap ilmu islam?
    ilmu dunia dan akhirat yang pasti dalam redhaNYA

    Monday, December 5, 2011

    Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?

    Hari ni ciku baca tentang kesihatan sambil sambil duk tgk cofee prince..dah nak masuk setahun ciku tak buat health screening . Memang hari tu cek kolesterol masih diparas normal tapi takut gak..tapi takut takutpun..makan tak jaga gak..aityak.Rasa semakin berat dan lemah je ni..asyik duk menepek jek depan pc..hehe..pemberatpun naikle.

    Okla ye , saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang.

    anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.

    Kalau sesapa da pegi screening test tu leh gak refer sini:-


    Table Of Cholesterol Values
    mg/dL:
    mmol/L:
    Total cholesterol
    desirable
    < 200
    < 5.1
    borderline high
    200 - 239
    5.1 - 6.1
    high
    > 239
    > 6.1
    LDL cholesterol - the "bad" cholesterol
    optimal
    < 100
    < 2.6
    near/above optimum
    100 - 129
    2.6 - 3.3
    borderline high
    130 - 159
    3.3 - 4.1
    high
    160 - 189
    4.1 - 4.8
    very high
    > 189
    4.8
    HDL cholesterol - the "good" cholesterol
    low (undesirable!)*
    < 40
    < 1.0
    high (desirable!)
    > 60
    > 1.5
    Serum triglycerides (fat levels)
    normal
    < 150
    1.7
    borderline high
    150 - 199
    1.7 - 2.2
    high
    200 - 499
    2-2 - 5.6
    very high
    > 499
    > 5.6

    Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung. 

    Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.


    Kolesterol HDL
    HDL, atau dikenali sebagai kolesterol baik, membantu mengurangkan
    kolesterol di dalam darah dan menghantarnya ke hati untuk dilupuskan. Kadar HDL yang tinggi mengurangkan risiko gejala aterosklerosis dan penyakit jantung.


    Kolesterol LDL
    LDL, atau dikenali sebagai kolesterol tidak baik, menyebabkan pemendakan kolesterol di dalam salur darah di mana ia membantu kepada pembentukan aterosklerosis. Kadar LDL yang tinggi meningkatan risiko untuk mendapat penyakit arteri koronari (salur darah jantung).

    Nisbah Jumlah Kolesterol/ Kolesterol HDL
    Salah satu cara untuk menilai risiko adalah dengan menggunakan nisbah jumlah kolesterol/ kolesterol HDL. Nilai yang rendah menunjukkan risiko yang dihadapi juga adalah rendah.

    Trigliserida
    Trigliserida adalah sejenis lemak yang terdapat pada tisu lemak di dalam badan manusia dan ianya merupakan sumber tenaga utama. Peningkatan trigliserida juga menyumbang kepada penyakit arteri koronari (salur darah jantung).

    Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika dikatakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam 
    New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.

    Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi. 

    Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.

    Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.

    Pening lak ciku baca risalah ni ..apapun


    Lepas ni nak nekad makan oat ngan jus buah buahan sb nak gak makan fastfood..hehe..insyaAllah kalau ada usaha nak sihat pasti Allah akan bantu.Esok kena pegi beli oat wat bekfas pepagi.Tetiba aje..hehe

    Sunday, December 4, 2011

    JOm ke Redang island lagi

    Ni sebonarnya citer lama , rasanya 2004..masa anak sorang ..kami ssgtla sonok masa nak ke redang island ni..aku wat carian ssgtla cantik so tak sabo nak pegi time tu ..nak stori mori pun citer lama tapi best igt semula..kami jumpa ikan nemo kat redang..byk ssgt lagi ikan yang ciku pun tak tau nama..leh main main pegang pegang..anak ciku masa ni yg sulong baru 2 tahun.kami pegi under taman laut so makan minum di tanggung penginapan sumenya di bawah taman laut.Masa pegi ni..husband dah 3 x pegi(masa bujang)..ciku baru sekali jek dan plan nak pegi lagi redang..banding redang ngan krabi..rasanya redangnya ikan lagi friendly..hehe.Tapi kat sini ada m4nyet ngan cicak besar..aityak takutnya la..tapi sebab pengaruh nak main ikan ngan mandi laut di redang sgt kuat so abaikan aje cicak besar tu..hehe
    Dari jeti marang ke redang.Sebelum tu kami naik bas ke marang..
    berapa jam ek..ntah lupa dah..heehe


    terlajak seronok ni..bawah tu byk ikan tu..best best


    peace from us for redang


    tu anak ciku..kami berdua tak reti berenangpun time ni..hehe
    Ciku's with friend




    bagi ikan makan..air ssgtla jernihnya


    ni ciku dah duk atas jambatan..amik gambar kengkawan yang lain


    nampak tak ada ikan besar tu..dekat je ngan orang orang tadi swimming..byk giler ikan.


    antara grup kami yang pegi redang..best the best..harap harap dapat pegi lagi menerokai redang.sgt luarbiasa cantiknya.

    mandi manda lagi bersama ikan ikan.


    Saturday, December 3, 2011

    Tour to shiraz and esfahan,iran



    Salah satu negara islam yang ciku nak jelajah gak ni..Ada rezeki ciku pegi early next year .Yang osaka,jepun  tu lambat lagi end of next year..pun kalau takde apa apa aral melintang. Untuk tour ke shiraz n esfahan..antara negara islam tercantik.Tapi aku tak berani nak backpackers ke iran so just cari info sesikit ajela..hehe..flight etihad airways to dubai  pastu shiraz . ..apapun insyaAllah kalau jadi..last year pegi yemen tu best ..tgk sejarah islam.so this year plan to shiraz n esfahan..
    ni yang ciku dapat sikit info tapi ciku tak pegi ngan tour tu..heehe..just nak info je


    Shiraz Historical Tour
    iran traveling center


    Alhamdulillah ada member ngan sepupu nak pergi sekali so kami pergi ramai gakla ni dan ada member sefamily gak duk sana so takde le takut sgt. InsyaAllah ada rezeki sampaila ciku ke satu lagi bumi Allah dan merasai salah satu dari 4 musim itu.

    Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

    Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...