Monday, December 5, 2011

Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?

Hari ni ciku baca tentang kesihatan sambil sambil duk tgk cofee prince..dah nak masuk setahun ciku tak buat health screening . Memang hari tu cek kolesterol masih diparas normal tapi takut gak..tapi takut takutpun..makan tak jaga gak..aityak.Rasa semakin berat dan lemah je ni..asyik duk menepek jek depan pc..hehe..pemberatpun naikle.

Okla ye , saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang.

anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.

Kalau sesapa da pegi screening test tu leh gak refer sini:-


Table Of Cholesterol Values
mg/dL:
mmol/L:
Total cholesterol
desirable
< 200
< 5.1
borderline high
200 - 239
5.1 - 6.1
high
> 239
> 6.1
LDL cholesterol - the "bad" cholesterol
optimal
< 100
< 2.6
near/above optimum
100 - 129
2.6 - 3.3
borderline high
130 - 159
3.3 - 4.1
high
160 - 189
4.1 - 4.8
very high
> 189
4.8
HDL cholesterol - the "good" cholesterol
low (undesirable!)*
< 40
< 1.0
high (desirable!)
> 60
> 1.5
Serum triglycerides (fat levels)
normal
< 150
1.7
borderline high
150 - 199
1.7 - 2.2
high
200 - 499
2-2 - 5.6
very high
> 499
> 5.6

Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung. 

Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.


Kolesterol HDL
HDL, atau dikenali sebagai kolesterol baik, membantu mengurangkan
kolesterol di dalam darah dan menghantarnya ke hati untuk dilupuskan. Kadar HDL yang tinggi mengurangkan risiko gejala aterosklerosis dan penyakit jantung.


Kolesterol LDL
LDL, atau dikenali sebagai kolesterol tidak baik, menyebabkan pemendakan kolesterol di dalam salur darah di mana ia membantu kepada pembentukan aterosklerosis. Kadar LDL yang tinggi meningkatan risiko untuk mendapat penyakit arteri koronari (salur darah jantung).

Nisbah Jumlah Kolesterol/ Kolesterol HDL
Salah satu cara untuk menilai risiko adalah dengan menggunakan nisbah jumlah kolesterol/ kolesterol HDL. Nilai yang rendah menunjukkan risiko yang dihadapi juga adalah rendah.

Trigliserida
Trigliserida adalah sejenis lemak yang terdapat pada tisu lemak di dalam badan manusia dan ianya merupakan sumber tenaga utama. Peningkatan trigliserida juga menyumbang kepada penyakit arteri koronari (salur darah jantung).

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika dikatakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam 
New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.

Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi. 

Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.

Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.

Pening lak ciku baca risalah ni ..apapun


Lepas ni nak nekad makan oat ngan jus buah buahan sb nak gak makan fastfood..hehe..insyaAllah kalau ada usaha nak sihat pasti Allah akan bantu.Esok kena pegi beli oat wat bekfas pepagi.Tetiba aje..hehe

No comments:

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...