Monday, May 30, 2011

BE - buffered earning pertama










Buka je internet pagi ni..tgk tgk dapat BE ..first time ni..macam nak tergolek tadi..Baru le percaya kewujudan BE sebab baru dapatkan selama 4 bulan ber"blogging" ni.
Akunya laptop berproblemo lak ..dah 3 hari..so susah sket nak key in entry..ni pun tgh tunggu master repair.hopefully settle secepat yang boleh.." ciku,ko jangan paksa orang!! " agak agak dia akan sound aku camtu la..kalau aku paksa dia cepat repair laptop aku ni..hehe.."my IMAGINATION" je

Apapun tq to nuffnang ..tak sabar nak kuarkan duit  hasil berblogging ni..sekurang kurangnya ada income lain selain duit gaji..hoho.
wokeh to be continue the other day..daaa

Monday, May 23, 2011

Zizan maharaja lawak tegur aku.

Satu hari tu aku g travel ke satu negara..tetiba jumpa si zizan MRL .dia sorang jek bukan dengan ju ye..aish..terkedu jap..tak tau apa rasa..tetiba lak dia tegur aku..lagi aku terkedu. Dia kata " awak orang malaysia kan?" aik..naper muka aku cam pan asian ke..dalam hati jek cakap gitu. ..mulut aku jawab..aah encik..aik terencik encik lak..adeh la..
pastu dia kata bila sampai sini?
baru sampai ke?byk lak soklan dia..dia je byk tanya aku..aku lak duk jawab jawab jek..naper ek..aku rasa cam aku lak femes dr dia..mcm aku lak artis..dia reporter.hehe.
ok okla ye zizan ..saya ada show ni..saya kena pg dulu..aik sejak bila lak aku ada show ni..aku artis ke?aku penyanyi ke ek?aik..
tetiba laki aku kata..ciku ciku ( nama aku)..bangunla cepat..dah lewat ni.kang punch merah lagi. Adehla aku mimpi zizan lagi..haha..
maafla ye kepada sesiapa yang sanggup baca citer aku ni sampai abis.

Friday, May 20, 2011

Result Health check up

Dalam kul 10.00 pagi ,doktor Fazura call hpon aku..result dah ada..bleh datang amik..huhu..keja aku banyak so aku tunda jap ..sampaila kul 11.30..tapi aku terus ke opis kawan aku jap..amik udara..takutkan naktgk result..aku ni nampak je berani tp memang berani..ye ke..haha..

Dah berlamaan lak aku kat opis..lirik mata aku duk tgk gak kat jam n hpon ni..ok bleh lagi..sempat ni..sampai kul 12.10 aku pun kuar dari opismate menuju ke klinik yang dijanjikan.

Tunggu la pulak..takpela..aku dtg lambatkan.kenala q tp takdele lama sgt..panjangnya mukadimmah aku ni..aku nak g amik duan lagi ni..aityak sempat ke ni.

Masuk bilik doktor je..doktor senyum kata ok semua..normal..kolesterol baik n jahat ok , hati, kidney, hemoglobin, sel darah merah n putih sume ok. Uric asid je yang agak border tapi still normal..Alhamdulillah.Kandungan protein ,albumin,Globulin n total blirubin sume ok.Diabetis takde..kira total result is ok..alhamdulillah..cuma aku duk tanya gak doktor pasal uric asid tu apa??dia duk rungkaikan punyala panjang..ni kena charge ni..dia ckp byk tu..hehe..uric asid kena jaga makan ..cth daging merah(lembu, kambing -kena kurangkan) pastu ikan bilis dan kacang tanah..alamak tu sume aku suka tu kecuali kambing aa..baru semalam makan nasi putih daging merah.hehe.
Apapun doktor kata kesihatan aku ditahap normal untuk usia aku..good..alhamdulillah.
Tak sabar nak suh orang tersayang lak g cek.

Wednesday, May 18, 2011

Doktor kata Overweight!





Hari ni dengan rasa keberanian yang ada aku pun g buat full medical check up pagi tadi.Asik tertangguh jek.Kalau tak cek nnt lagi tak tau sama ada kita sihat atau sebenarnya kita sakit tapi kita tak perasan sebab aku nih jenis radak jek apa makanan..(yg halal k)..so hari ni kena puasa pagi ye sebelum g checkup tu. Stepnya...doktor tu tanya bila period kita last sebab aku perempuankan..kalau laki takyahla. doktor akan tanya ada anak berapa ? normal ke operation? pastu amik timbang berat dan tinggi..aku nya result BMI ..normal tapi border nak ke obesity..aku tau ni lama dah..still dalam kump overweight..kena turunkan berat dalam 2kg kalau nak jadi idea unggul tu. Pastu amik tekanan darah..pun normal..cek rahim..perut..normal. Pastu tanya sejarah penyakit keluarga..kira doktor nak cek samaada mewarisi ke ..bukan cam citer senjakala tu ye..seraammm

pastu doktor amik urine dan darah..darah tu byk tul..takpe aku kan berani..haha..siap tutup mata.genggam kuat tu tangan tu..haha.result is coming friday ni..takut lak.
dari result tu kita akan dapat tahu kolesterol baik dan bahaya tu..diabetis , hati problem ke tak dll lagi la.
Aku takut result hati ni..aityak..berserah..tawakal.Toksin dalam hati.
Kat bawah tu sedikit rujukan untuk akula ni..hehe
  • Peningkatan paras kolesterol akan berlaku apabila kita mengambil makanan berkolesterol tinggi.
  • Pengambilan lemak trans akan meningkatkan kolesterol berbahaya (LDL) dan merendahkan kolesterol baik (HDL), seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung.
  • Lemak tepu banyak dijumpai dalam makanan berasaskan haiwan seperti lembu, kambing, lemak ayam, mentega, susu, keju dan produk tenusu yang lain. Oleh yang demikian, hadkan pengambilan makanan tersebut.
  • Bagi mereka yang mempunyai masalah kolesterol tinggi, pengambilan red yeast rice (beras yis merah) dan minyak ikan boleh membantu.
  • Red yeast rice diperolehi daripada penapaian beras dengan yis merah (Monascus purpures).
  • Red yeast rice mengandungi statin semula jadi yang menghalang penghasilan kolesterol dalam hati (sekitar 80 peratus kolesterol dihasilkan oleh hati) dengan merencatkan aktiviti enzim hydroxymethylglutaryl coenzyme A (HMG-CoA) reductase.
  • Minyak ikan laut pula kaya dengan asid lemak omega-3 dan bermanfaat untuk merendahkan paras trigliserida.
  • Selain itu, minyak ikan juga bermanfaat untuk:
1. Mengurangkan risiko aritmia yang boleh membawa kepada kematian mengejut
2. Mengurangkan risiko trombosis yang membawa kepada serangan jantung dan strok
3. Mengurangkan trigliserida dan paras kolesterol
4. Mengurangkan kadar pertumbuhan plak aterosklerotik
5. Merendahkan tekanan darah
6. Mengurangkan tindak balas keradangan 

  • Hasil penyelidikan juga mendapati gabungan minyak ikan dan Red Yeast Rice ini berkesan untuk menangani peningkatan kolesterol dan kesannya menyamai ubat rawatan kolester
  • Apabila kita makan, makanan akan diagihkan ke seluruh tubuh termasuk hati

    Hati berfungsi sebagai organ yang menguraikan bahan toksik. Ini bermakna hampir kesemua bahan toksik dibawa ke hati dan hati akan menguraikannya sebelum ia boleh disingkir keluar dari tubuh kita. Selain itu hati juga berperanan mensintesiskan asid amino iaitu bahan protein yang mampu membantu baik pulih tubuh kita. Kulit, rambut, membrane dan sel-sel tubuh sentiasa berganti baru dan proses ini mampu dilakukan dengan adanya hati yang membekalkan asid amino yang mustahak. Apabia enzim dan hormon rosak maka lemak tidak dapat terurai dan sebaliknya melekat pada hati. Ini menjadikan masalah fatty liver atau hati berlemak. Fatty liver mencetuskan kerosakan hati. Sel-sel lemak berkumpul menyaluti organ. Ini membuatkan perut tampak besar dan sukar untuk kempis.

    **orait selamat menjalani rawatan gak yek**





Tuesday, May 17, 2011

Nasi Kuzi Johor


Aku tetiba teringin sangat nak makan nasi ala ala hujan panas tu..lauknya..aku suka ssgt daging masak hitam tu..asik tak jadi jek buat..hooho..musti terlebih manis la terlembek la.
so hari ni lunch tadi aku masak nasi kuzi lak.
nasi ni macam nasi beriani jek..step nya

1) Beras cuci seperti biasa la ye.
2) Kalau biasa aku buat nasi minyak..segala rempah ratus tu aku masak ngan minyak sapi dulu..tp yang nasi kuzi ni ..tak yah , semua rempah ratus dan minyak sapi tu letak je dalam air mendidih (air tu letak dalam beras lepas dah didih tu)
3) Letak susu cair .
4) Letak bawang goreng ( nak letak selepas masak nasi pun boleh), kismis ngan gajus gak..ala macam nasi minyak tu le.

5) Pastu tenggek atas api..tipula..aku masak dalam rice cooker je.

6) Bila dah nak masak tu..baru letak pewarna ikut korang la nak color apa..tak yah byk..pastu letak daun pudina dan akhir sekali ..ye betul...sos kuzi (beli jek kat kedai kedai)-rasa masam masam sket.
Sukatan sebenar aku tak tau sebab aku selalu main rasa rasa jek..hehe.

Lauknya ..sambal sotong mesti ada(faveret keluarag kami)...hehe. popodom , kari ikan merah (sebab permintaan hubby) dan daging hitam yang terlebih manis tu (puas alter)..haha..tu sume masak dalam kuantiti sikit je..okla memang kena banyak belajar lagi ni dari otai expecially daging masak hitam tu yang macam kedai mamak..takkan aku nak belajar ngan mamak kedai lak..aityak.




Wednesday, May 11, 2011

Batu Karang Hempedu

Dari laman kesihatan untuk peringatan diriku jugak..
memula aku baca soklan si anonymous ni pastu aku nak tau lebih lanjut 







Anonymous said...







saya lelaki berumur 26 tahun. pertama kali, saya rasa ianya seperti gastrik. ketika itu umur saya 23 tahun. pelbagai ubat gastrik telah saya ambil. namum tiada kurangnya. akhir sekali saya ke pakar. melakukan scope dan ultra sound. akhirnya baru saya tahu yg sakit selama ini bukanya gatrik. tapi batu karang hempedu. memang ya, sakit nya pada perut terlalu senak. seperti ditendang orang. sakit badan belakang. dan badan menjadi lemah. cara utk mengelakkan kesakitan, saya mengurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berlemak. kepada anda diluar sana ingin mengurangkan kesakitan, cuba lah berpantang. daripada menanggung kesakitan.

Artikel dibawah ditulis Oleh: Shafinaz Sheikh Maznan, Utusan Malaysia
Dr. Abd. Hamid Mat Sain
Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan

Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.

Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.

Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.

Bagaimanapun, menurut Dr. Abd. Hamid Mat Sain, jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang.

"Proses ini akan mengambil masa selama beberapa tahun. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.

"Anda mungkin mempunyai seketul atau beratus-ratus ketul batu karang hempedu di dalam tubuh anda," kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan itu.

Seperti kebanyakan orang yang pernah menghidap penyakit batu karang hempedu, anda juga boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa sebarang simptom atau memerlukan rawatan perubatan.

Jika anda seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.


Simptom-simptom


  • Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.
  • Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen, kata Dr. Abd. Hamid.

    "Ini mungkin menandakan serangan penyakit batu karang hempedu akan berlaku. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam.

    Selalunya, rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, akan menular ke belakang atau bahu kanan," jelasnya.

    Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan bulan atau bertahun-tahun lamanya.
  • Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.

    Apabila ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Tambah Dr. Abd. Hamid, ada ketikanya, batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa). Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas.

    "Terdapat beberapa kes di mana ketulan batu karang mungkin tersumbat dan menyekat duktus, mengakibatkan komplikasi yang dikenali sebagai pankreatitis. Besar kemungkinan anda akan mengalami kesakitan dan demam disebabkan pembengkakan di kawasan tersebut. Jika tidak dirawat segera, ia boleh mengancam nyawa," katanya.

    Beberapa tanda dan simptom duktus hempedu yang tersumbat termasuklah kulit yang kekuningan dan kawasan mata menjadi putih (jaundis), air kencing berwarna gelap, demam panas dan sejuk.

    "Jika anda mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu - sakit di bahagian abdomen, warna kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis), air kencing yang gelap, dan demam panas dan sejuk - sila dapatkan penjagaan kecemasan.

    "Perlu juga diingatkan bahawa ada waktunya, anda akan mengalami jaundis dan perubahan pada warna air kencing dan najis tanpa kesakitan atau senak yang teruk. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda perasan perubahan warna itu," terang Dr. Abd. Hamid.

Faktor-faktor Risiko

Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak dapat dihalang pembentukannya. Faktor-faktor lain mungkin meningkatkan risiko penyakit ini seperti:

  • Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
  • Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.
  • Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.
  • Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.

Jenis-jenis batu karang hempedu


  • Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
  • Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
  • Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.

Diagnosis

Dr. Abd. Hamid memberitahu, kebanyakan batu karang hempedu lebih-lebih lagi yang tidak menunjukkan tanda-tanda atau simptom-simptom, dikesan sewaktu ujian dijalankan - termasuk ujian ultrasound atau imbasan tomografi berkomputer - yang dilakukan atas sebab-sebab lain.

"Jika anda mempunyai tanda-tanda atau simptom-simptom penyakit batu karang hempedu, doktor anda akan mengesyaki anda mempunyai penyakit tersebut berdasarkan latar belakang perubatan keluarga anda dan pemeriksaan fizikal.

"Sewaktu pemeriksaan tersebut, doktor anda akan memeriksa jaundis di kulit atau keputihan di mata anda dan abdomen anda akan diperiksa secara palpasi untuk melihat sama ada ia akan terasa sakit apabila disentuh."

Jika doktor anda mengesyaki anda menghidapi penyakit batu karang hempedu, anda mungkin terpaksa melakukan ujian darah untuk memeriksa tanda-tanda jangkitan, tahap enzim pankreatik atau hati yang tidak normal, atau bilirubin yang berlebihan.

Rawatan

Doktor-doktor sering kali menemui 'batu-batu senyap' ini sewaktu pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya, pesakit disarankan untuk 'tunggu dan lihat' daripada merawat.

Walau bagaimanapun, jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom, terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan.

Pembedahan


  • Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.

    Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
  • Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.

Tuesday, May 10, 2011

Mushroom Soup

Mushroom Soup
Resepi:Minami133@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 6 org )

1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
garam secukup rasa
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum


Cara-cara

Potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.

credit untuk Hasue ..terimakasih ye..balik nnt insyaAllah ciku buat.bahan diatas sume dah ada tu..hiks

Sunday, May 8, 2011

Pau Istimewa buat mak di hari ibu

Hari ini.mak ngan ayah ngan kaklong ngan adik bongsu dtg rumah so aku duk plan plan nak masak apa la.
lastnya aku buat pau dan beli kek blueberry kecik je.

Pau tu ada pelbagai perasa (kaya,ikan bilis dan coklat)..
Sebenarnya aku suka makan pau rendang daging tp ntah tak terbuat lak..sebab musabab..rendang daging aku tak penah buat lagi..takut tak  menjadi lak untuk mak dan ayah tersayang.
Ayah tak berapa sihat..asik muntah muntah jek..kaklong wat bubur nasi utk ayah. semoga ayah makin sihat kelak.

okla citer pau tadi..lebih kurang 40++ la aku dapat buat tadi..aku sedekah sikit kat jiran2 sebelah rumah..so aku dan rumah jenjiran makan pau jela hari ni..haha..aku suka gak makan pau kaya.

Resepi pau!!alahai sama je macam resepi orang lain.
makpun suka pau yang kami buat tadi..Alhamdulillah..anak anak akupun sume tolong buat bersama sama(main je lebih depa tu..haha).Tu la airtangan semua termasuk my lovely hubby dan sebab tu la dipanggil pau Istimewa untuk mak normi. Untuk mak mertua maimun juga kami ucapkan selamat hari ibu..semoga semua ibu ibu/mak mak/ umi , mama dan siapa saja ..moga hidup dalam aman dan senantiasa sihat .
Tanpa mereka ( mak dan ayah) siapala kita.

Friday, May 6, 2011

firzara-collection-first-giveaway-jomjoin

Firzara-collection tanya..ciku jawab ye..
a) Adakah anda suka shopping online? dan nyatakan sebabnya.
Macam soklan SPM lak..suka shopping online ke??ermm..suka sebab tak yah jalan jalan

b) Saya suka blogshop yang menjual………
Ciku suka tgk blog semua jualan tp especially is "barangan hiasan rumah yang comel comel"
c) Saya suka shopping di Firzara Collection kerana…… (perkataan Firzara Collection pada permulaan harus disertakan dengan link blogshop ini)
Firzara Collection sebab saya suka dan suka suka..hiks..sebab harganya berpatutan dan berbaloiii..

okeh siap akhirnya Ciku jawab soklan

Sunday, May 1, 2011

Nostalgia Sekolah

Masa sekolah dulu sgt best ..aku suka pakai uniform sekolah tu expecially sekolah menengah..bj kurung n tudung ..cam sopan jek..haha.
masa sekolah rendah aku ada banyak sekolah..
aku senaraikan yek dan sedikit coretan nostalgia..tak sume yek..ada rahsia.
aku start
1) darjah 1 - 1Hijau ..sekolah kat sekolah rendah tentera darat sg besi KL.

nama cikgu yg aku masih igt is..cikgu mislia pakai kereta hijau kecik cam mr bean tu..hiks. Aku pergi sekolah ngan kaklong pegang pegang tangan lintas longkang..hiks.dia jaga aku..thanks along.


2) darjah 2 - 2 merah ada 2 kelas je time tu..kuning ngan merah. nama sekolahnya sekolah rendah leftenan adnan sg ramal kajang, selangor.(masa aku tgh menaip ni..anak aku kata adnan sempit tu ke umi..aityak). time ni aku penah jatuh tergolek dalam kolam masjid kat sini..masjid sg ramal tu..ahaha..nakalnya aku.

3) darjah 3 - 3 merah gak sama sekolah cam atas.aku igt time ni aku masuk peraduan melukis ..bkn aku yg lukis semua lukisan tetiba cikgu pilih aku wakil sekolah..huhu..kakak aku yg lukis..aku tukang color jek..haha..takpela wakil je la sekolah untuk melukis..tak tido malam aku time tu ..takut..aku pilih tajuk lukisan yg tekap tekap ngan ubi kentang potong cecorak tu..pastu colorkan dan tepek wat cam cop kat kertas lukisan..haha...tanpa disangka aku menang gak..dptla hadiah dan sijil..ehehe..tu kategori melukis ke??hiks..kategori mengecop bolehla.

4) darjah 4 - 4 Putih..kira suci la ...time ni aku sekolah kat sekolah rendah pasir panjang PD, Negeri sembilan. aku rindu lak nak g terjah sekolah ni.kawan kawan yg aku masih igt..linda,emylia..lagi sorang saper ek..kami baik 4 orang..dilantik jadi penyiasat kat sekolah..hehe.kat sini first time aku diuji bakat masuk nyanyi..tu pun cikgu yg suruh masuk ..tak disangka aku terpilih mewakili sekolah zon sekolah dan menjadi juara..haha..lawak lak.time tu maybe juri tak dgr suara orang lain kot..apapun bermula dr situla aku dikenalpasti untuk membuat persembahan exp:- nyanyian ..uish dasat dasat.aku igt lagi cikgu wong ..cikgu yg ajar aku math..hiks takde kena mengena dgn nyanyian tu..cikgu ni yg memula membuatkan aku suka subjek math ni.thanks cikgu.nak ingat sini..nyanyian nasyid sahaja.hehe.tu sebab ciku suka lagu nasyid terutama berunsurkan arab.

5) darjah 5 - 5 pintar -uish pintar sungguh ni..hehe.aku sekolah kat sekolah rendah bt 8, kuantan pahang. 3 thn lepas kot aku g terjah sekolah ni..dah tukar nama jadi nama lain..tk igt nama apa ntah.time ni aku masih dipilih untuk mewakili sekolah dgn nyanyian dan dpt naib juara seri lak tu..kelakarkan ada 2 kumpulan seri dapat no 2. Macam macam daa....abis kain songket ayah aku pakai..pakaian pun markah tau..bkn nyanyian jek.kira time tu lawa gila la pakai songket..haaha..tu nyanyian nasyid gak yek.

6) darjah 6 -6 pintar gak..aik nama sama  tp lain sekolah..nama sekolah :- sekolah rendah kebangsaan pengkalan tentera bt 10, kuantan. Time ni aku masuk poem lak..hafal jek ..aku bukan pahampun..hiks. Time sekolah ni aku suka main sukan roundas( betul ke eja gitu)..sgt suka ..la ni suh pukul kayu tu confirm tak kena bola..haha.Aku baik ngan sorang budak ni nama dia aya (suraya)..tetiba jumpa kat fb bebaru ni tapi akrab persahabatan kami tak mcm dolo dolo..da lain dah..umur dah meningkat masa mencemburui je..hehe.


Sgt merindui zaman sekolah rendah ..ni belum citer zaman remaja di sekolah menengah dan di asrama puteri tu.hehe..u ols da best..hidup di asrama sekolah da best.malu malu alah..hahaha..tp kini suda tukarla..
lepas kawin suda tukar jadi lain la kenkdg jd singapun boleh ..hiks


Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...