Wednesday, May 18, 2011

Doktor kata Overweight!





Hari ni dengan rasa keberanian yang ada aku pun g buat full medical check up pagi tadi.Asik tertangguh jek.Kalau tak cek nnt lagi tak tau sama ada kita sihat atau sebenarnya kita sakit tapi kita tak perasan sebab aku nih jenis radak jek apa makanan..(yg halal k)..so hari ni kena puasa pagi ye sebelum g checkup tu. Stepnya...doktor tu tanya bila period kita last sebab aku perempuankan..kalau laki takyahla. doktor akan tanya ada anak berapa ? normal ke operation? pastu amik timbang berat dan tinggi..aku nya result BMI ..normal tapi border nak ke obesity..aku tau ni lama dah..still dalam kump overweight..kena turunkan berat dalam 2kg kalau nak jadi idea unggul tu. Pastu amik tekanan darah..pun normal..cek rahim..perut..normal. Pastu tanya sejarah penyakit keluarga..kira doktor nak cek samaada mewarisi ke ..bukan cam citer senjakala tu ye..seraammm

pastu doktor amik urine dan darah..darah tu byk tul..takpe aku kan berani..haha..siap tutup mata.genggam kuat tu tangan tu..haha.result is coming friday ni..takut lak.
dari result tu kita akan dapat tahu kolesterol baik dan bahaya tu..diabetis , hati problem ke tak dll lagi la.
Aku takut result hati ni..aityak..berserah..tawakal.Toksin dalam hati.
Kat bawah tu sedikit rujukan untuk akula ni..hehe
  • Peningkatan paras kolesterol akan berlaku apabila kita mengambil makanan berkolesterol tinggi.
  • Pengambilan lemak trans akan meningkatkan kolesterol berbahaya (LDL) dan merendahkan kolesterol baik (HDL), seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung.
  • Lemak tepu banyak dijumpai dalam makanan berasaskan haiwan seperti lembu, kambing, lemak ayam, mentega, susu, keju dan produk tenusu yang lain. Oleh yang demikian, hadkan pengambilan makanan tersebut.
  • Bagi mereka yang mempunyai masalah kolesterol tinggi, pengambilan red yeast rice (beras yis merah) dan minyak ikan boleh membantu.
  • Red yeast rice diperolehi daripada penapaian beras dengan yis merah (Monascus purpures).
  • Red yeast rice mengandungi statin semula jadi yang menghalang penghasilan kolesterol dalam hati (sekitar 80 peratus kolesterol dihasilkan oleh hati) dengan merencatkan aktiviti enzim hydroxymethylglutaryl coenzyme A (HMG-CoA) reductase.
  • Minyak ikan laut pula kaya dengan asid lemak omega-3 dan bermanfaat untuk merendahkan paras trigliserida.
  • Selain itu, minyak ikan juga bermanfaat untuk:
1. Mengurangkan risiko aritmia yang boleh membawa kepada kematian mengejut
2. Mengurangkan risiko trombosis yang membawa kepada serangan jantung dan strok
3. Mengurangkan trigliserida dan paras kolesterol
4. Mengurangkan kadar pertumbuhan plak aterosklerotik
5. Merendahkan tekanan darah
6. Mengurangkan tindak balas keradangan 

  • Hasil penyelidikan juga mendapati gabungan minyak ikan dan Red Yeast Rice ini berkesan untuk menangani peningkatan kolesterol dan kesannya menyamai ubat rawatan kolester
  • Apabila kita makan, makanan akan diagihkan ke seluruh tubuh termasuk hati

    Hati berfungsi sebagai organ yang menguraikan bahan toksik. Ini bermakna hampir kesemua bahan toksik dibawa ke hati dan hati akan menguraikannya sebelum ia boleh disingkir keluar dari tubuh kita. Selain itu hati juga berperanan mensintesiskan asid amino iaitu bahan protein yang mampu membantu baik pulih tubuh kita. Kulit, rambut, membrane dan sel-sel tubuh sentiasa berganti baru dan proses ini mampu dilakukan dengan adanya hati yang membekalkan asid amino yang mustahak. Apabia enzim dan hormon rosak maka lemak tidak dapat terurai dan sebaliknya melekat pada hati. Ini menjadikan masalah fatty liver atau hati berlemak. Fatty liver mencetuskan kerosakan hati. Sel-sel lemak berkumpul menyaluti organ. Ini membuatkan perut tampak besar dan sukar untuk kempis.

    **orait selamat menjalani rawatan gak yek**





4 comments:

Kelab Kembar Malaysia said...

good info! tq! makan oat boleh kurangkan kolestrol gak kan?!

CIKU said...

aah..ciku baru 2 hari makan oats..(cereal drinks)

Pamie said...

oats tu sedap tak banding ayam goreng?

CIKU said...

haha..oats tu tak sedap tapi oats yg pink ni sedap lak..4 in 1.Ayam mcD sedap la..tapi kena wat jadual makan mcD..ye ke??haha.

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...