Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Jerejak island Rainforest Resort Penang

Salam ,

Gambar kami di jerejak 
Raya ke 5 bebaru ni ciku bercuti di Jerejak island rainforest Resort  ,penang.Ciku sebenarnya beraya di Alor Star masa raya ke tiga tu pastu ciku singgah masuk penang raya ke 5 tido di jerejak island ni..takut gak sebenarnya sebab macam macam stori tapi insyaAllah sume ok.Boleh refer http://www.jerejakresort.com/ atau
http://www.ancasahotels.com/jerejak.php . Ciku terus call hotel booking untuk date tu masa raya kedua.

Nak stori sikit kami makan nasi royal area pekan rabu alor setar pepagi raya ke 4 tu..beratur panjang..huhu.Malam tu kami g cari kuey teow Iman alor setar ..lagi ramai orang.bungkus je bawak balik.

Orite sambung stori di Jerejak island rainforest Resort ,penang.
Alhamdulillah kami berehat di sini selama 2 hari 1 malam.Pakej bilik katil Queen RM120 dan boat untuk dewasa 2 orang rm10 each unlimited.Kanak kanak free .10 minit jarak dari jetty boat jerejak ke jerejak island so total rm140. Ada pakej room only rm80 tapi ciku tak amik sebab tak taupun..haha.Parking kereta disediakan di location sebelum naik boat tu.Tempat menunggu boatpun agak cantik.Ciku memang dah siap bawak baju kami dan anak anak dalam beg sandang je yang hanya untuk dipakai selama 2 hari je ke hotel .Yang lain simpan dalam kereta .Ringan sikit..hihi.

Memula nak pegi raya ke 3 tapi penuh so kami tukar plan .Kami dimaklumkan tiada makanan disediakan kerana jerejak bertukar pengurusan dibawah direct ancasa resort.Sebelum ni sub..ntah apa la tapi ok je sebab boat unlimited dan jadual boat banyak sehingga pukul 10.30 malam.Ciku masa check in dah lewat dalam pukul 6 petang so kami siap siap beli bekalan nasi dan lain lain. Kami pusing pusing area hotel , kolam dan pantai je pastu masuk rest tido.Ramai gak orang bercuti kat sini time raya ..hihi.Ada orang melayu,cina,omputih dan arab.

Esok pepagi apa lagi aktiviti mandi kolam la..anak anak dah tak sabo sabo dari semalam.Ciku g cari sarapan nasi lemak dan bihun goreng .Semalam dah order ngan penyelia boat tu.So mudahkan..hihi.Kami makan dekat area kolam gak pastu sambung mandi kolam.Settle tu ,kami g area climbing dan repelling tu .Anak anak dan hubby main panjat panjat tali dan imbangan badan..tak tau la apa nama game tu area paintball (sunyi tempat paintball tu dan tak terurus).Ciku cam nak try shooting dan archery tapi tapi tempat tu cam hidup segan mati tak mau je..hopefully afterthis ok la tempat aktiviti ni bila pengurusan bertukar .

Lepas Check out tu ,kami sekeluarga p cari nasi beryani kapitan kat georgetown yang dikatakan sedap tu ,adik pesan.Kami diberitahu mee udang ayu kat teluk kumbarpun sedap tapi sebab dah kenyang..hihi.lenkali g penang leh singggah lagi.Kami bukan makan di beryani kapitan tu , ciku suka g makan kat Restoran Pen mutiara di Wisma Nelayan LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) Batu maung pulau pinang.Menu kari kepala ikan .hihi.Last selepas menziarahi kawan sekolah di penang kami terus naik jambatan baru penang ke ipoh.Jalan lengang je. Stop Kuala Kangsar sebab nak g tengok real masjid Ubbudiah , kuala kangsar dan Istana tanpa paku warna hitam kuning yang unik dan cantik tu.Kami stop solat sekali situ dan amik gambo.

Sampai ipoh , kampungku ciku terus pengsan kepenatan .hihi.Esok balik KL .alhamdulillah tak jem.Syukur sampai dengan selamatnya dan masak mee kari kerang sebab ada sedara mara KL nak datang petang tu.meh meh..no hal.Hidang sekali rendang pedas daging , mak masak yang lazat tersedap ni..bekalan ke KL..hihi

Gambo masih dalam simpanan.boleh je wat carian pakcik google ye memana yang ciku bold tu.



6 comments:

Ann said...

penuh betul aktiviti...

dah alang2 lalu..baik singgah mn tmpt2 yg best tu kan..

xde gmbr kt jererak ke ciku??ade jugak plan nk g tp tuela byk org komen yg xsedap dibace...huhuh..

CIKU said...

Ada gambo tapi kat hp hubby..belum ada kesempatan lagi nak load.memula takut gak tapi masa kat jetty boat tu ramai je orang tunggu sesama dan ramai je yang bawak famili so ok la.kami tak masuk jungle treking or aktiviti di hutan just jalan pusing pusing resort je.ok je untuk 2 hari.

Jari Manis said...

Ni da kategori jalan-jalan cari makan hikss..

Ala..kalau aa gambar lagi meriah :-)

Kalau JM tempek gambar dari google kat blog JM tu habislah kena kutuk katanya asyik copy paste nak jadikan wikipedia huhuhu

Naramas Aman said...

Saya dah 2-3 kali ke Jerejak tu atas tanggungan majikan sebab kami selalu buat team building di sini.

Nampaknya pada hari Raya Ciku dari Kedah, Penang, Kuala Kangsar, Ipoh tapi saya pula dari Penang, Kedah, Kuala Kangsar dan Ipoh, lepas tu balik semula dari Ipoh, Kuala Kangsar dan Penang. Kita mungkin berselisih di atas jalan.

CIKU said...

JM - Memang ciku selalu jenjalan tema nya jalan jalan cari makan sekali..hihi.
ayat wikipedia tu sensitif tu..hihi

CIKU said...

Kak Nara - kita sama lak destinasi .Kalau tahu ciku boleh singgah lama sikit kat kuala kangsar merasai ketupat periuk kera tu..hihi..:)