Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Sesejuknya di Tokyo Disneyland

Salam,


Itu orang betul ye..dan ini bukan cam mini miniland tu..ni real besar..ciku boleh masuk dalam gua tu.Rock Castle kot namanya..hiihi
Almaklum baru terasa nak stori tentang tokyo disneyland ni..hihi.Dulu ciku pernah pegi Everland Seoul korea pastu Universal Studio Singapore bersama  anak anak dan Abu Dhabi World Ferrari.Ni first time masuk Tokyo Disneyland .(Tetiba nak stori gak kat blog Jepun ni..haha)

Orite stori entry "Tokyo Disneyland" ..tempat ni bukan feberet ciku tapi TL nak pegi sebab dia kecik kecik dulu tak penah sampai..haha..apa daa main je..ciku pun takpenah gak.so ikut ajela..entrance 6200 yen sorang.Kami kena pilih sama ada nak masuk Tokyo Disneyland atau USJ Osaka.

Hari ni berpecah , 2 orang member lagi pegi yokohama jumpa kawan jepun depa.Kami akan jumpa depa gak tapi malam di yokohama station gak untuk dinner dan chat sahaja.

Kaedah nak ke Tokyo Disneyland ni , hotel kami di area Ikebukuro station .
2  train ye line JR Yamanote (Ikebukuro - tokyo ) dan JR Musashino Line(Tokyo - Maihama) lebih kurang 40 minit kot.


Map from Japan i-guide
Ni Attraction yang ada di dalam  6 Zone kat situ tak termasuk World Bazaar. Ciku masuk sume sekali zone ..zone je la ..hihi .Hujan lak sampai kat Disneyland ni..kami tengok majority depa ni jalan laju dan siap lari lari nak kejar masuk Disney apa ntah semua jalan laju je..so ciku pun lari sesama depa cam best je..haha.

Kat sini ada banyak je kaunter nak beli tiket walaupun beratur panjang tapi cepat so takde le lama sangat menunggu dalam 25 minit kot.kami di Disneyland dari pukul 9 sampai pukul 1 sahaja tu pun abis dah pusing sume Disneyland ni..jenuh dah aih..amik gambo..nak main majority game nya 200++minit.. takdo la ciku nak nunggu game lama gitu.

Tommorrowland Zone

·   Monsters, Inc. Ride & Go Seek!
·   Star Tours:
The Adventures Continue
·      Space Mountain
·     Buzz Lightyear’s Astro Blasters
·      Captain EO
·      StarJets
·      Grand Circuit Raceway

Toon Town Zone

·      Roger Rabbit’s Car Toon Spin
·      Minnie’s House
·      Chip’n Dale’s Treehouse
·      Gadget’s Go Coaster
·      Donald’s Boat
·      Goofy's Paint 'n' Play House
·      Toon Park
FantasyLand

·      Peter Pan’s Flight
·      Snow White's Adventures
·      Cinderella's Fairy Tale Hall
·      Mickey’s PhilharMagic
·      Pinocchio’s Daring Journey
·      Dumbo The Flying Elephant
·      Castle Carrousel
·      Haunted Mansion
·      It’s A Small World
·      Alice’s Tea Party
·      Pooh’s Hunny Hunt
Critter Country

·      Splash Moutain
·      Beaver Brothers Explorer Canoes
Westernland

·      Westernland Shootin’ Gallery
·      Country Bear Theater
·      Mark Twain Riverboat
·      Big Thunder Mountain
·      Tom Sawyer Island Rafts
Adventureland

·      Pirates of the Caribbean
·      Jungle Cruise
·      Western River Railroad
·      Swiss Family Treehouse
·      The Enchanted Tiki Room:
·      Stitch Presents “Aloha E Komo Mai

Cuaca sesangat sejuk ..ciku menggigil walaupun dah pakai coat tebal tu..huhu.Plus angin dan baru lepas hujan..huhu.Sejuk tak terkata.Ni la penyebab entry ni namanya Sesejuk di Tokyo Disneyland.Ntah berapa kali g toilet..hihi.

Lapo..of coz daa..kami makan roti gardenia coklat je kat sana..boleh je bawak masuk dalam..sorok sorok je sikit dalam beg.Masa kat gate entrance tu ciku tengok majoriti orang sana bukak siap siap beg sandang tu untuk depa cek dan kita senyum sampai telinga..ciku tiru ajela gitu tapi senyum ala kadar je..terus dia cek kejap je dan kata ok..padahal ada bawak air mineral dan roti gardenia dalam tu.hihi.tq tq.

Nak lebih detail better tengok website ni ye 
http://www.tokyodisneyresort.jp/en/tdl/index.html

Orite meh tengok gambo gambo ciku di Tokyo Disneyland ni





Ada banyak je gambo lain kat gallery ni tapi ni yang ciku suka





Ada dah sakura sikit sikit














Ni antara gambar di Tokyo Disneyland yang ciku boleh kongsikan.Kami naik kapal besar tu..best.Ciku tak main roller coaster atau apa apa yang boleh di 'ride'kan.hihi.


Gambo bawah ni lak..tambahan di Nippori Fabric Town selepas g Disneyland Tokyo tu


Antara gambo yang ciku berani amik dalam kedai ni plus agak penat dan malas suda..hihi.
Kami ke Nippori Fabrik town stop nippori station (boleh cek di rajah japan i-guide atas tu ye) selepas ke Tokyo Disneyland ni dan kemudian ke kanazawa,Yokohama jumpa japanese friend kat rumah dia.

Member japanese tu tunggu di yokohama station dalam pukul 4.30 petang so kena betulbetul adjust masa di nippori fabric Town tu..ciku nak ke Kedai kain Tomato (bukan jual tomato ye..sini jual japanese cotton ) dan Kedai edwin jeans sahaja.Ciku borong kat sini..hihi..dalam 4 pasang cotton untuk ciku dan anak dan kain quilt lapik meja untuk size meja 6 orang dan jugak cotton kosong wat baju melayu. Harga ada yang 100 yen - 580Yen semeter .

Okeh abis.Rerasa nak baca stori pasal entry jepun ciku mehla ye clik url dibawah tu.:)


7 comments:

Jari Manis said...

JM tak pergi ke Disneyland ni..next trip akan cover sini :-)

Cheq Sue said...

wahhh...bestnya, baru tengok gambar. kalau pi sendiri lagi syok kan...

CIKU said...

JM dan Cheq Sue -aah best ever g japan

NoorNazuha said...

Dah lama nak ke sini...belum ada rezeki.....:(

Naramas Aman said...

Menariknya...cantik...
Disneyland Castle tu besar tak? Rekabentuk castle tu nampak berlainan sedikit dengan yang pernah saya tengok di USA.

CIKU said...

Noornazuha - ada rezeki insyaAllah sampai tu..:)

Kak naramas: ni first time ciku g disneyland..castle tu besar gak..hihi..:)

Time Traveller said...

Itu la... mesti fikir nak ke USJ tau ke Disneyland bila di jepun huhuuu.. :D