Keguguran menyebabkan kematian

Salam,



2 Hari lalu di tgh malam , ciku dapat berita kawan sebaya ciku keguguran dan dikejarkan ke hospital. Mengandung 4 bulan , baby meninggal di hospital..3 jam kemudian kawan ciku juga meninggal dunia.Kami bergegas ke hospital dan sedih tidak dibenarkan melihat jenazah.

Kala itu jam tepat 10.30 malam , ramai orang di sekeliling rumah mayat tersebut.Ciku yang masih menahan airmata dari berjurai di depan keluarga kawan yang meninggal cuba untuk tidak mengalirkan airmata lebih lebih lagi di depan 3 anak beliau tetapi akhirnya mengalir juga dan sukar untuk berhenti apabila berjumpa kawan kawan lama yang sama sama belajar di IPT yang sama.Kami berpelukan dan cuba untuk  terima berita yang mengejutkan ini.

Setelah hospital melakukan postmortem yang mengambil masa agak lama , akhirnya beliau dikebumikan pada tarikh yang juga tarikh annivessary perkahwinan beliau pada  keesokkan harinya.

Moga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini dan percayalah Allah memberikan sesuatu yang tidak terjangka dalam apa jua kejadian termasuk kematian.Kami sekeluarga mendoakan agar roh beliau ditempatkan bersama sama orang orang yang beriman.amin.

2 comments:

Ann said...

allahuakbar..besar sungguh ujian itu..

alfatihah..moga arwah ditmptkan dlm golongn yg beriman..smg anak2 dan suamiya kuat.

Jari Manis said...

Menakutkan je kan maybe ada effect lain jgk tu. Salam takziah dan al fatihah buat arwah. Allah lebih sygkan beliau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.