Salam,
Nak stori pasal mee rebus ciku buat semalam ni..masa open house raya bebaru ni ciku masak mee rebus udang..biasanya mee rebus daging tp tukar jadi udang lak..hihi sebab udang cepat sikit masak dan membangkitkan selera anak anak ..ye ker..hihi..ontahla.
So semalam ciku suruh anak ciku sekolah rendah tu panggil rakan rakan sekolah dan anak anak jiran makan ramairamai. Berselera bebudak tu makan tak pasti la sedap atau memang lapo..hihi..so nak kongsi mee udang ciku sikit untuk 2 bungkus mee. Masa open house hari tu 8 bungkus mee..gilos banyak..haha.nasib baik opah bagi periuk besar kenduri dia.hihi.Alhamdulillah.
Kaedah masak ciku (simple dan tak pedas):-
2 bungkus mee kuning di celur .
Udang saiz besar
Udang saiz kecil.
2 peket Prawn ball
Keledek 1 biji rebus lenyek halus
Bawang merah hiris separuh dan blender
1) Panaskan minyak dalam periuk .Tumis bawang merah,putih dan halia hingga wangi .tumis sehingga pecah minyak dan color perang.
2) Rebus dan blender udang kecil . masukkan dalam periuk tu gak.
3) Masukkan ubi keledek yang dah halus tu .
4) Masukkan udang besar gak.(ciku buangkan kulit sebab senang bebudak nak makan.huhu.(kulit tu rebus dan tapis masuk dalam kuah)paham ke..adoila ayatmu ciku.
5) 2 peket prawn tu sebab bebudak ni memang suka makan ball tu.hihi
6) Sos tomato dan sos cili
7) Pecah siap telur 4 biji dalam kuah tu
7) Main garam gula
Hidang dengan sawi rebus dan bawang grg serta limau kasturi dan cili besar hijaudan telur rebus.(taugeh tak letak lak sebab tak suka)..hihi.daripada membazir baik takyah letak..boleh gitu..hiihi.
Menu air ais..oren sunquick aje.
Settle boleh makan sampai malam sambil kunyah cheezey wadges KFC..hihi.
Thursday, September 27, 2012
Wednesday, September 26, 2012
Mewahnya Bandar Seri Begawan
Salam,
Coklat free dalam hotel |
Baru sempat nak update blog trip Brunei.Ciku teruja nak pergi brunei untuk melihat kedamaian dan suasana di brunei melalui pembacaan dan pencarian info ciku sebelum sebelum ni..hihi..kalau tak pergi ..tak tau. Katanya ada aura bila masuk brunei.
Unforgettable |
Hari ke 2 , terjah Brunei , keluar awal Miri lepas sarapan terus masuk brunei dalam pukul 11 pagi sampai. Tempat pertama check in hotel dulu sebab anak anak dah penat..pusing lalat ..kalau kami berdua je..terus terusan bergerak sampai malam kot.hihi. So lepas daftar kat hotel Empire brunei tu..boleh tengok link sini ye.. The Empire Hotel , kami terjumpa dengan penceramah dari india dekat lobby iaitu Sheikh Zakir Naik anak buah ke anak murid kepada Sheikh Ahmed Hoosen Deedat Al-Hafiz - pakar debat umum tentang masalah keagamaan islam dan agama-agama lain ). Memang terasa beruntung tapi duk kalut kalut tu tak sempat amik pic bersama. Sheikh Dr Zakir Naik akan beri lecture di Universiti Brunei Darussalam pada 18/9/2012 (ciku dah balikpun ke Malaysia) . Tapi kat Malaysia end of Sept ni , kalau tak silap ada talk dia round tour hingga hujung oktober.
Lobby Empire |
Seharian kami peruntukkan masa di kawasan area hotel empire tu..macam macam ada di empire rugi kalau tak cuba semua bila dah sampai sini termasuk berkayak 2 orang ..hihi. Chef empire tu salah seorangnya orang perak ,Malaysia..hihi
Nasi katok lauk ayam ngan sambal kuning. |
ni restoran yang kami terjah makan di brunei kalau nak makan kat hotel tu aje mau tak jalan langsung nnt.hihi. |
Bangun je depa lapo..nasib baik ada bawak bekalan biskut biskut pelbagai ni dari Malaysia.. Pihak hotel ada beri gift coklat sekotak besar siap bereben tapi pure coklat hitam tu yang pahit tu..ciku tak suka...coklat biasa pun ciku tak suka gak..haha.So hubby ngan duan je makan.(gambar atas sekali tu).
Hari ke ketiga..kami terus keluar jalan jalan hotel lepas tu survey jalan ke jerudong park.jerudong park tu berdekatan je dengan empire hotel tapi bila masuk dalam tu..ada banyak majlis kawin kat macam macam dewan..kami duk tengok orang dalam kereta mewah mewah tu majoriti bertudung litup bermanik manik bagai..so kami teruskan nampak ada banyak kandang kuda..ciku snap gambo tapi sume tak jadi..hihi..ciku tak reti amik gambo rupanya ..haha.Last baru perasan tersilap jalan..last tanya orang situ.kami memang dah masuk jerudong park tapi dah jauh sangat sampai ke dalam rumah staff ..so rupanya jerudong park kat area depan depan tu je.haha.Yang kami pergi tu ruamh staff jerudong park.adoila.
PIntu masuk masjid Omar Ali Saifuddien |
Kain kain di brunei |
Nasib baik survey jalan awal so Jerudong park buka malam. Kami teruskan perjalanan ke masjid Omar Ali Saifuddien terletak di tengah tengah bandar Seri Begawan bersebelahan dengan Royal Regalia Museum (tak masuk).Ada banyak banner ,kain rentang semua ada majlis perkahwinan diraja akan dilakukan dalam beberapa hari lagi di brunei.Banyak gakla amik gambo kapal unik tepi masjid tu pastu bila ciku masuk dalam tu..menarik dalamnya tapi tempat solat wanita mcm kecik je.Rekabentuk dalaman cantik . Dekat area situ gak ada Taman Omar Ali Saifuddien ada jam besar color hijau tengah tengah tu..cantik..namanya Jam peringatan diperbuat dari simen adalah satu tugu di brunei. ada 4 penjuru .
Pusat Arts & Handicrafs dan jam peringatan brunei |
Ni la dia Bubungan 12 belas |
Kampung ayer |
Banyak kedai tulisan jawi |
Ada yang pelik kat papan tanda ni |
Masjid jame' hasanah bolkiah |
Last malam tu kami terus ke jerudong park sekali lagi..main apa apa game yang ada situ..memang tak se gah sunway , mungkin tak sehebat abu dhabi ferrari world ataupun USS tapi best sebab time azan sume tempat game ni stop selama 30 minit ..dan solat berjamaah di sediakan ..boleh dengar kat speaker speaker sana sini..kami main bumper car for kids pastu for adult gak..pastu game yang bawak kereta kecil dalam kolam dan lain lain lagi la.tk ingat dah ..almost 32 game sume..amik pakej famili.Bila dah abis tu ..ciku dan famili penat gilos nak balik dah..alih alih ada orang korea bagi kat kami tiket lagi untuk 3 game sb depa nak balik dah tp game card depa tu belum abis..hihi..tq tq..so kami terus pg sambung main bumper car for kids semula.hihi.sakan.Lagu yang dialunkan masa kami main tu lagu maher zain..hihi..tak penah gue rasa perasan ginih kat Malaysia.hihi.
ni ciku main gak ..ciku bawak slow je..adoila. |
ada banyak gerai kat depan jerudong park tu..kami pilih gerai ni. |
Hari keempat ..esok lepas bekfas gerak balik malaysia.Jalan sesak lak nak ke airport pagi tu target sampai ke airport dah lari ,pastu masa nak hantar kereta sewa tu..orang kaunter tu takde hampir 30minit tunggu kot sb deposit bnd 500 nak amik balik.adoila..at last kami cek in bagasi dulu pastu ciku bawak masuk anak anak ciku melalui imigresen tu dan tunggu kat dalam berempat menunggu hubby lak.Takut gak time tu sebab kalau husband terlepas kapal terbang ke Malaysia ..ciku le sensorang dah la duit mesia takde dalam purse..hihi..plan tukar kat KLCC nnt je duit brunei yangada ni untuk balik rumah.gitu sekali pk..haha.padahal ATM berlambak kat mesia .Tetiba dengar pengumuman flight delay 3 jam..jangan main main..3 jam delay tu hihi so kami duk rehat dgn penumpang ke Malaysia yang lain.Tak lama lepas tu hubby masuk bawak fridge magnet untuk rakan rakan dan sedara mara.Alhamdulillah..Air Asia bagi makan ayam goreng jolibee macam KFC le kat Malaysia.oke le rezeki..sedap.
Alhamdulillah dapat sampai gak brunei.
Wednesday, September 19, 2012
MIRI , Sarawak
Salam ,
Terbang ke bandar seri begawan pada hari Malaysia..ramai yang kata tiada apa di sana..1 hari udah cukup untuk jalanan.(aik cam bahasa indon lak) .Flight pepagi.sampai je terus hantar bagasi dan solat subuh di LCCT tu then terkocoh kocoh naik kapal ngan keluarga ciku.bebudak ni pun bangun awal pukul 4.30 pagi dah gerak..hihi..sakan.
Penerbangan dalam 2 jam lebih sikit je..dalam kapal ciku sempat berkenalan dgn seorang lecturer math Uitm permatang pauh datang dari keda..dia solat subuh dalam kapal terbang tu sebelah ciku.Dia dengan satu famili besar dia ke brunei tapi satu hari sahaja..esok udah balik.ada urusan di Malaysia katanya.apa apa aje la.oh ye..lupa lak..nnt dalam flight..pramugari tu bagi kertas isi visa dalam kapal..visa masuk brunei katanya..ontah ada la dia terangkan nnt.
So sambung citer ,perjalanan kami pergi selama 4 hari 3 malam. Ciku dah siap booking online makanan dalam flight..almaklum anak anak musti lapo..bahkan mak yah nya juga lapo..hihi..apa bahasa ntah ciku kali ni..adoila.
Plan pusing pusing dan tido di Miri dulu pastu baru masuk brunei semula.
Sampai je ke airport bandar seri begawan..memang sebelum ni ciku ada baca kat forum dan blog kata..brunei kecik je takde apa apa tapi takpela tak tengok tak tau..ye tak..hihi..Kami terus ke tempat sewa kereta AVIS kena jalan agak jauh jugala lepas amik bagasi sume tu . Kami dah book online gak sewa kereta ni..harga lebih kurang langkawi tapi dalam duit ringgit brunei.cuma deposit mahal..Bnd500 .tapi takpe nnt leh amik semula.
Opis tourism brunei lak tutup lagi pagi tu..ingat nak amik map ..ciku nampak ada bas area airport tu..taxi pun ada..kalau kalau ada sesapa nak naik bus or taxi . Pasal map tu kami mintak je kat tempat sewa kereta so takde masalah...jalanrayapun ok je..tak sesak takde bunyi hon honpun..hihi.
Kami tanya untuk confirmation kat tempat sewa kereta tu cara untuk masuk ke Miri..so dia isikan borang maklumat kereta sewa tu siap siap untuk kami so mudah untuk dibawa masuk semula ke Miri, Malaysia.
Kami terus pusing pusing sekejap je di bandar brunei , makan kat kedai kedai area tamu kiangeh tu bukan dalam tamu kiangeh( pasar ) tu ye...lepas tu hubby dan anak sulong ciku sempat solat jumaat di masjid Masjid Omar Ali Saifuddien . Kami parking kat tepi tepi jalanraya depan masjid tu aje. Ciku duk dalam kereta ngan 2 lagi anak ciku..tengok tengok orang orang brunei pergi masjid lengkap berpakaian baju melayu bersampin ala ala raya gitu di Malaysia.Masa sana awal hampir 1 jam lebih dari malaysia. Pukul 12.05 dah zohor.
Habis solat jumaat kami teruskan perjalanan ke miri tengok signboard ke kuala belait dan seria , sg tujuh kalau tak silap..tak susah..insyaAllah sume ok. masa kat pusat kawalan imigresen nak masuk miri tu dia cek pasport dan borang pasal kereta sewa tu.settle ..dah masuk miri..memang nampak beza miri ngan brunei. Masa di brunei tu walaupun sekejap melalui kedai kedai situ banyak tulisan jawi dan rasa aman tenang je aura masuk brunei.Masuk je miri sama je rasa aura kat malaysia..dah nama pun malaysia..hihi..sama ajela aura nya..hihi.
Dah sampai MIRI
Okeh kami terus cek in hotel mega dah siap booking agoda gak. amik yang promotion room tu 2 katil. leaps tu p mandi kolam bawak anak anak yang dah memang tak sabo nak mandi kolam ni..asik umi jom jomjomla aje. Untuk makluman , Hotel ni berhadapan dengan masjid tertua miri color kelabu plus hijau sikit gitu..tak ingat nama tapi berusia hampir 57 tahun.
Dah sampai MIRI
Okeh kami terus cek in hotel mega dah siap booking agoda gak. amik yang promotion room tu 2 katil. leaps tu p mandi kolam bawak anak anak yang dah memang tak sabo nak mandi kolam ni..asik umi jom jomjomla aje. Untuk makluman , Hotel ni berhadapan dengan masjid tertua miri color kelabu plus hijau sikit gitu..tak ingat nama tapi berusia hampir 57 tahun.
Kami tidak melepaskan peluang solat maghrib di masjid ini. so malamnya kami pusing pusing bandar miri..nak tengok miri city waktu malam . Makanan banyak je jual ada food court.
Balik hotel pengsan tido semua.
Balik hotel pengsan tido semua.
Esoknya pusing miri ke handicraft miri ..beli frigde magnet as well le..pastu ke muzium petroleum miri dan the grand old lady. First muzium petroleum di miri sarawak sesuai dengan perindustrian minyak di miri dan dibina oleh 2 major company minyak dimalaysia petronas dan sarawak shell berhad. Disebabkan nampak ada pameran dinasour cam kat pusat sains negara tu so bebudak ni bising nak pegi gak padahal kat Kl dah pernah pegi dah ..dulu kat kuantan ada buat dinotrek pun dah pegi..bebudak gitula..ikut ajela. Tapi sampai je sana..muzium tu tutup sebab tengah selenggara..huhu.
Kami singgah jenguk sebentar kampung kampung atas bukit tu kampung haji waheed kot namanya..huhu..
So kami terus ke tempat yang dikatakan ada giant kuda laut tu di miri , marina bay..hihi..cantik betul pantai , ombak kuat membelah batu batu tu..ada banyak pokok bunga kertas area situ dan bangunan kayu cuma macam tak di jaga je dah.tapi memang tenang duk situ..gurau senda ngan anak anak dan keluarga.Masa kami g situ ada pengantin amik gambo gak..view memang cantik. Marina bay , miri cantik ciptaan Allah SWT..selesai semua sudah di miri..kami terus bergerak ke brunei semula. To be continue ke brunei lak nnt.
So kami terus ke tempat yang dikatakan ada giant kuda laut tu di miri , marina bay..hihi..cantik betul pantai , ombak kuat membelah batu batu tu..ada banyak pokok bunga kertas area situ dan bangunan kayu cuma macam tak di jaga je dah.tapi memang tenang duk situ..gurau senda ngan anak anak dan keluarga.Masa kami g situ ada pengantin amik gambo gak..view memang cantik. Marina bay , miri cantik ciptaan Allah SWT..selesai semua sudah di miri..kami terus bergerak ke brunei semula. To be continue ke brunei lak nnt.
Mega Hotel
Miri Lot 907,
Miri Lot 907,
Jalan Merbau,
98000 Miri,
Sarawak
Tel:(6) 085-432432 Fax:(6) 085-433433
Email: info@megahotel.com.my
Website: http://megahotel.com.my
Biasanya ciku dan famili lebih suka kepada travel sightseeing tengok keindahan dam structure building.kalau boleh kami ingin menunjukkan kepada anak anak tentang keindahan ciptaan allah semulajadi sambil beriadah bersama sama. Rasanya majoriti tempat berkisarkan keindahan alam.plan nk bwk g nz tp mahal gilos lak.Ayat ayat poyo je..haha.Okeh bye.
Monday, September 10, 2012
Tak sihat
Salam
Ciku baru perasan berat ciku mendadak naik 7kg setahun..adoi wat apen to me?? semenjak tukar opis baru tu..ciku kerap makan nasi lemak sotong dan teh tarik untuk sarapan pagi belum citer makan lunch ngan malam tu..ciku dah kurang jogging..dulu lepas keja musti g jogging area rumah..ciku dah tak pg swimming ..suma takde exercise langsung..wat apen to me...arghhh!!!..
Bila berat naik..ciku rasa malas je..kenkadang bangun dari tempat duduk ni pun malas..arghhh!!!wat apen to me..adoila..huhu..ciku tak g spa ngurut ngurut kat makcik enot dah..hihi..
Dimanakah ciku yang dahulu..habis baik exercisepun ciku sapu rumah ngan naik tangga turun tangga rumah.hihi.
Perkara pertama ciku kena ubahmsuti ubah ..tabiat makan tu..aduhh.. pastu try start semula jogging seminggu sekali..swimming tu..ciku bukan la swimming bagai..ciku suka berendam je dalam kolam tenggelam timbul aje..hihi..harap aktiviti diri sendiri dapat ciku perbaiki demi kesihatan ciku dan kebahagiaan keluarga..chayok ciku..
Ciku baru perasan berat ciku mendadak naik 7kg setahun..adoi wat apen to me?? semenjak tukar opis baru tu..ciku kerap makan nasi lemak sotong dan teh tarik untuk sarapan pagi belum citer makan lunch ngan malam tu..ciku dah kurang jogging..dulu lepas keja musti g jogging area rumah..ciku dah tak pg swimming ..suma takde exercise langsung..wat apen to me...arghhh!!!..
Bila berat naik..ciku rasa malas je..kenkadang bangun dari tempat duduk ni pun malas..arghhh!!!wat apen to me..adoila..huhu..ciku tak g spa ngurut ngurut kat makcik enot dah..hihi..
Dimanakah ciku yang dahulu..habis baik exercisepun ciku sapu rumah ngan naik tangga turun tangga rumah.hihi.
Perkara pertama ciku kena ubahmsuti ubah ..tabiat makan tu..aduhh.. pastu try start semula jogging seminggu sekali..swimming tu..ciku bukan la swimming bagai..ciku suka berendam je dalam kolam tenggelam timbul aje..hihi..harap aktiviti diri sendiri dapat ciku perbaiki demi kesihatan ciku dan kebahagiaan keluarga..chayok ciku..
Tuesday, September 4, 2012
Minami & Sena jepun
Salam n Hi pada semua ,
Tu bukan Sena pokok sena kedah ye..hihi. Masa ciku tengah menaip ni ciku tengah dengar lagu without words( nyanyian jang keun suk dalam drama korea you're beautiful )..duk ulang ulang dgn lagu ( Still/As ever - Anjell ) dan promise . Best lak dengar banyak kali.Teringat zaman dolo dolo duk dengar lagu jepun ngan cina padahal tak paham setabuk pong..hihi. Saja suka suka.
Hari ni ciku tetiba teringat citer long vacation ..antara drama jepun yang ciku ssgt suka sebab takuya kimura dan jalan citernya..ntah best la..beautiful life pun antara citer yang ciku suka gilos . Nak kena cari semula ni..kena bukak peti besi sume cari mana letak ntah citer ni..lama dah tengok rasanya masa IPT dulu kot. uit lamanya.
Seingat ciku citer ni start heroin tu lari pakai baju pengantin ke rumah sena rakan serumah dengan kekasih si minami yang tinggalkan dia masa hari perkahwinan..perbezaan umur antara hero dan heroin ni agak jauh. Rasanya takuya si sena tu jadi pianist dalam drama ni..pemain piano.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Travel melihat keindahan alam Calgary Canada
Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...
-
Salam, Alhamdulillah selesai dengan jayanya trip ke sapporo pada 29/1-3/2 walaupun singkat tapi best , simple dan padat. Kalau boleh ...
-
Salam , FM negara /negeri yang ciku dan hubby pernah terjah dan agak serabut ..banyak dah jatuh pecah dan magnet tercabut..hihi.ni pic...
-
Aku tetiba terpanggil untuk tengok cerita ni..berlatarbelakangkan pengkajian banda acheh yang dilanda tsunami seketika dulu. ...