Tuesday, July 31, 2012

Hidangan puzzle

Salam,
Hari ni nak citer pasal keja ciku..Ciku jarang jarang buat design sebab tak kreatif  tapi tetiba ketua itu mintak design sebuah buku  yang berbentuk yang bertemakan ICT untuk pegawai pegawai atasan..ciku cam cuak kejap..ciku pk kalau design untuk golongan itu mesti formal /serius/straight/color standard ..susah lak rasa..adoila. Camana ni , design yang ciplak ciplak sebelum2 ni sume dah rosak terkubur bersama external hdd ciku..huhu.


Apapun main puzzle word dulu ye..hihi.pk pk nak masak apa berbuka ni..pk pk nak g travel mana lepas raya ni..pk pk nak color tema apa raya ni..pk pk nak g terawikh kat masjid mana malam ni..hihi..pk ciku pk..hihi..adoila.
comelkan puzzle..makan bole..

Monday, July 30, 2012

Biskut hershey's

Salam

3 balang kecil...1 lagi..anak anak ciku tgh makan

Malam ni ciku ngan hubby terlajak rajin buat biskut raya.kami start dlm kul 10 .30 mlm.huhu.
So disebabkan mata dh terlalu ngantuk ni,ciku terus je ye.resepi ni ciku amik dr katalog tesco thn lepas.hihi.

Bhn bhn
150gm mentega
150gm gula perang
1biji telur ayam
200gm tepung gandum
20gm serbuk koko hershey's
1sudu teh soda bilarbonat
1sudu teh esen vanilla
50gm cip coklat hershey's
50gm badam cincang

Kaedah

Pukul mentega n gula hingga kembang
Masukkan esen,tepung gandum,soda,serbuk
koko yg telah diayak bersama sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.
Akhir sekali masukkan badam dan cip coklat hersheys dan gaul rata.
Bentukkan dgn sudu ikut suka bentukla...dan susun atas dulang
Sedia untuk dibako dlm ketuhar pd suhu 180'c sampai msk.

Settle dh 3 balang.ni kena sorokkan kalau dak anak anak ciku mkn abis.huhu.
Wat biskut ni sambil tgk olimpik ngan my lovely mr hubby.

Wednesday, July 25, 2012

Tulip di Maxwell bukit larut

Salam,


Tajuk je..ciku belum pergi lagi sana..dalam listing Malaysia.
Ciku nak citer pasal tulip di Malaysia sebelum pegi Amsterdam tengok tulip (Impian je..kalau ada  rezeki). Ciku dah lama nak pegi bukit larut yang di gahkan dengan tulip tu..adoi sure cantik. Buat yang tak tau , Bukit larut terletak di Kawasan Tanah Tinggi , Perak. Suhunya boleh mencecah 10 darjah Celcius pada waktu malam.Sejuk gamat tu.Ciku teringin nak pegang tulip dan nak tengok teksturnya dari dekat..hihi.

Memang dah lama teringin nak pegi tapi tapi tapi ciku ni jenis pening jalan berlengkok lengkok.Poning tak boleh ngamnya.Adoi mau kuar muntah hijau nanti.hihi.Dikatakan ada lebih 70 lengkok selekoh tajam di lereng bukit untuk sampai ke atas tu. Perjalanan ke atas dalam 30 minit (adoi lama tu..kalau jalan lengkok lengkok). Dulu, perjalanan ke Balik Pulau tu pun ciku poning..adoila.

Okla nak stori the greatest jika berkesempatan , tak ingat ciku baca kat mana..ramai pelancong asing kata bukit larut tu sama macam kat Switzerland musim bunga (ontahla ciku belum pernah sampai situpun).
Dari puncak paling atas boleh menyaksikan kebiruan lautan selat melaka.adoi teruja ciku nak g .Dulu ciku memang serem nak pergi merapoh dulu tu tapi bila tengok kat internet gambar gambar bermain ngan ikan kelah ..ciku gagahkan diri gak pergi merapoh dan naik land rover ke hutan simpan tu.cantik gilos. Kali ni cam teringin nak pergi ke bukit larut lak tapi cuma takut poning je.

Ciku ada studi sikit tentang penginapan dan tambang ke bukit maxwell ni..kereta takleh bawak sampai atas so park je kat bawah.Kita kena naik Land Rover yang Pejabat Taman Peranginan Bukit Larut sediakan tambangnya adalah RM6 bagi dewasa dan RM3 bagi kanak kanak (bawah 10 tahun) untuk perjalanan pegi balik.murah tu.hiks.
Jadual Perjalanan Land Rover :- 8Pagi - 5 Petang (setiap jam).Muatan untuk 8 orang dewasa. Kalau nak lebih detail boleh call Pegawai disana di talian 05-8077241/243.

Itu serba sedikit info tentang bukit larut.lenlain tak pasti.hiks..kena g buat jejak dulu ke sana.InsyaAllah.Opss..info terkini..bunga tulip hanya pada bulan disember hingga April .


Tuesday, July 24, 2012

Senyap

Mee kari Umai D'Lake Cafe Putrajaya

Salam,
Ciku nak citer pasal mee kari umai ni..pergh sedap lazat.hihi..dah lama lak tak pegi makan kat umai semenjak servis agak slow tu.Selain nasi lemak sotong tu ..ciku suka makan mee kari dan mee goreng mamak .Ada member kata tak berapa sedap..tapi terpulang masing masing punya citarasa.


                                                      mee kari credit untuk blog   alwzbemybaby 
Ciku suka gak sebab pekat karinya sedap...suka suka suka..Kenkadang ciku pegi makan mee kari time tengahari kenkadang malam..memang suka sangat.Bebaru ni ciku g makan kat seremban bawah jambatan..mee kari gak..depa kata sedap so ciku pegi la merasai kelazatannya..memang sedap gak tapi sedap lagi mee kari umai..hihi.okla asik citer mee kari je..huhu.
Kalau nak resepi dari ciku tapi ni stail ciku la..bukan umai.hiihi

Bahan bahan:
Mee kuning
Ayam potong kecil ikut suka
Tauhu cina potong 2 (ni yang ciku suka sgt)
Fish ball 
Santan
Air
air asam jawa
Serbuk kari
Tumisan:
Bawang putih/merah
Halia
segala rempah ratus cam bunga lawang/kayu manis

Hiasan:
sawi
limau Kasturi
cili hijau/merah
telur

Cara nak masak kuah.
Tumis sume bahan tumis ngan serbuk kari hingga keemasan..pastu masukkan ayam kacau kacau pastu masuk santan ,air asam jawa..main mainla ngan air..hihi.last masuk fish ball/tauhu dan garam dan gula  secukup rasa.Ciku tak suka ajinomoto so tak letakla ye.
perlu diingatkan kaedah ini boleh berubah mengikut kesesuaian masingmasing.
So mee dan sawi jangan lupa celur lak..last boleh makan dan hidangkan dengan hiasan tadi.
Kalau tetiba ciku rasa malas nak kuar ke umai..ciku masakla sendiri.

Submit your incredible story now

Salam semua,
Cuak tak tajuk gitu timing bulan puasa ni.hihi.ciku dah lama tak buka nuffnang so hari ni buka la..then tengok ada pop up Nestle tu..rasanya ramai dah tahu..ciku je terlewat train.hihi.Xpela ye nak kongsi gak.Last date 30 Nov 2012.

Nestle100 Years Registration
So sesapa berminat bolehla karang stori mori kat situ tentang pengalaman bersama nestle sempena 100 tahun nestle.Ada 4 cara camana nak melontarkan stori mori tu..sama ada melalui text , twitter , Video dan Photo.Kalau ada photo lelama bersama Nestle tu yang mahal tu...kalau masih tak pasti apa itu produk Nestle(Mustahil tak tau)..Milo,maggie,kit kat,bliss,Nestum,nespray dan banyak lagi aa...Ciku paling suka Bliss dan Kit kat.

Kat web tu anda akan diajar step by step camana nak buat sume tu.memang mudah je..The best is dapat hadiah..kaalu diorang rasa stori mori korang best..dapatla hadiah..hihi..kalau tak..just dapat kongsi bersama jela pengalaman tu ngan orang lain..ye tak..Nnt lepas dah siap tu boleh search kat tab atas tu ada icon search..kot kot nak baca semula apa yang ditulis sendirikan..jomla beramai ramai berstori mori .

Bawah ni ciku tepek pizzanya..opss..prizenya..nampak no lapo..adoi..puasa puasa.


Friday, July 20, 2012

Rezeki..Grand Lexis PD

Salam,
Hari tu ciku dan famili "bermerperrehatkan " minda..(sorik memutarbelitkan bahasa..hihi) di grand lexis..best tapi best kat sabah dulu lagi..karambunai..pasir pantai yang cantik dan memutih.hihi..rezeki dapat g grand lexis lak..alhamdulillah dan terimakasih kat boss sebab suh ganti dia punya tempat so merasa la hotel ni ..hihi.



Grand lexis ni bertempat kat sebelah lexis  area legend water challet.sebelah lagi hotel Glory Beach resort ..sebelah lagi ntahla..haha. Sampai je sini..mudah je nak cari tempat ni amik jalan nak ke lukut dekat sikit kalau dari putrajaya ni..takyahla guna garmin..hihi..anak anak ciku dah teruja nak mandi kolam yang ada dalam bilik tu..tapi agak bahaya kalau anak kecik sebab takut masuk sendiri kolam tanpa pengawasan..so di ingatkan "BAHAYA TANPA PENGAWASAN ORANG DEWASA"..anak anak ciku bangunpun awal ..sanggup sebab nak mandi pool tu..depan katil je kolam..tapi separate ngan sliding door dan dari tingkap bilik air pun boleh masuk ke kolam..takut gak bebudak ni panjat terjun terus ..haha. Apapun ciku paling suka ada archery (memanah) tapi ciku takde le pandai pun..panah ajela memana pun..haha.cantik sebab ada kolam kat dalam villa ni..villa ke??hihi..cam bukan je.apa apa ajela.



Sumber pakcik google
Nak lebih tahu bolehla dapat maklumat lanjut disini ye. http://www.grandlexisportdickson.com

Ok semua semua semua...SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK . Semoga sesamala kita dapat mengimarahkan bulan yang mulia ini..takyahla banyak sgt tengok citer korea, main game hidden object..asik teringat nak makan apa..hihi..tu sume cikunya peel.

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...