Trip singkat 2 Hari di Kota Bandung

Salam,

Alhamdulillah. Ini kali pertama ciku ke bandung dan kali ke lima ke Indonesia. Solo, Jogjakarta, Acheh dan Makassar.

Hari pertama : Flight AA dari Malaysia pukul 7.30 pagi kot.Kami solat di KLIA 2 dan sampai ke Bandung Husein Sastranegara International Airport dalam 2jam suku kot perjalanan.Ciku berlima ( perempuan ) ke bandung .

Kami sarapan kuih tradisional dibawa oleh pak supir , Pak Udun by MPV car.Semua diuruskan oleh kawan ciku.So far sarapan tu sedapla yang penting halal..hihi .Masa yang agak singkat kerana kami ada urusan dalam pukul 12.30 thari di kantor semula so kami hanya akan dibawa ke kawasan berdekatan dan dibawa jalan ke gedung sate iaitu bangunan kerajaan yang berwarna putih masih cantik dan dibina semasa pemerintahan belanda di indonesia.Memula ingatkan nak bawak g makan sate..hihi.Digelar gedung sate kerana menara di tengah tengah atas bangunan seperti cucukan sate..bulat bulat dan tajam dihujungnya lebih kurang seperti pagoda.

Dah amik gambo kat situ,kami dibawa ke cihampelas walk tempat menyopping (membeli belah). Ciku tak beli apa pun kat sini..hihi..jenjalan je amik gambo dan hirup udara.Kengkawan majoriti sopping tshirt dan jeans.Ciku sibuk amik gambo je..banyak  struktur bangunan cantikcantik dan unik..hihi.

Selesai kami makan di D Palm Sundanese Restaurant bandung.Terletak di Jl. Lombok no. 45 Bandung.Restaurantnya cantik design gabungan trasional dan modern .Ciku rasa makanannya sedap .Ada pelbagai lauk dihidang tapi ciku paling suka sambal ijo dan ayam masak apa ntah dan tauhu (terliur lagi sekarang ni..memang sedap). Air depa kata kalau datang sini..better order air alpokat tapi ciku tak order gak..hihi.

Settle makan kami check in Hotel Holiday Inn Bandung,jalan Dago .Banyak je hotel dan rumah rehat lain.Ni sume kawan yang buat ciku just follow only lagipun memang ada urusan di sana. hihi.

Lepas solat Zohor dan jamak asar ,kami dibawa ke pasar baru dan makluman semua pasar baru adalah sebuah bangunan kompleks bertingkat 11 termasuk parking dan basement.Paksupir parking di lantai 5 kat area kedai sir cinta jualan kain pasang dan kain pelikat pelbagai corak.Kami jalan sendiri dalam pasar baru tu dengan Dessy rakan pak supir dan beli le apa apa yang patut.hihi.Ada toko jeans,toko sepatu,toko kain lace, beg,barang sukan,kain cotton,kain chiffon,kelengkapan umrah haji dan macam macam lagi.Banyak gilos.Macam dah rasa nak sesak napas dalam tu..banyak betul barang.hihi.

Kat dalam kompleks ni jugak ada orang jual keychain dan beg telekung tulis bandung tu yang mereka jual jalan jalan dan tiada tapak kedai.Harga ciku tak pasti. Masa Kompleks pasar baru ni tutup adalah pukul 5 petang.ber "aircond " dalam pukul 4 lebih tu banyak dah kedai kedai tutup dan ciku rasa macam aircond tu centralize.Apa yang ciku beli hari pertama..hihi Ciku beli telekung 2 pasang ..telekung saiz s untuk anak ciku harga 60000 rupiah dan telekung ciku 180000 rupiah dan juga terbeli kain lace 80,000 rupiah 2 meter .hihi.Settle sume hari pertama di bandung.
Cihampelas Walk Bandung dan Gedung sate 
Makanan yang dimakan selama 2 hari di bandung ,restoran DPalm Sundanese dan Restoran Simpang Raya dan makanan sarapan tradisional serta di Kartika Sari
Factory outlet dan lain lain
Masjid Agung Bandung dan Pasar baru 
Hari kedua :Sarapan di hotel kemudian kami jalan kaki ke kartika sari dan gerak ke Factory outlet dari hotel dengan pak supir. Yang ciku ingat nama outlet tu,terminal tas, passion, secret, heritage, oasis, raja perut dan ntah apa lagi.hihi.Kemudian kami makan di restoran g simpang raya dalam sebelum pukul 12 kerana pak supir nak g solat jumaat.Sebelum tu kami dibawa melihat masjid agung bandung.Ciku suka tengok ada replika dari buluh di tengah jalan bandung tu dan replika patung patung banyak jugak nampaknya.

Selepas solat jamak zohor asar  ,trip ke pasar baru semula.Kali ni ciku ke sana dan memang agak banyak yang di sopping.Kain pelikat berkotak kotak - 5000 benang jenama gajah duduk dan atlas dan sejadah 4 helai (orang pesan dan dia tak dpt sopping hari kedua ni).Kain lace beli lagi dan kain lapik lace tu dalam 25000 rupiah semeter.Ciku beli dalam 6 meter kain lapik lace tu.hihi dan kain untuk tempah baju melayu anakanak dan TL.Ni tak ingat harga sebab duit orang bukan duit ciku..hihi.ohh..ciku beli keychain diperbuat dari kulit sapi dan buluh.Total Harga semua 30 keychain dalam 60000 . Kartika sari ciku beli biskut Bagelan perisa mocha dan butter dalam 90000 rupiah.Ciku beli kek brownies 50000 rupiah satu aje.

Pukul 5 tu abis berbelanja di pasar baru ,kami ke kartika sari lagi di jalan kebun kot namanya dan ada tempat untuk makan sekali di situ..ciku makan mi bakso dan dim sum..hihi.Harga tak ingat..member belanja.Pastu kami ke factory outlet semula dan ciku beli baju tshirt untuk kenangan tulisan bandung dalam ntah berapa pasang..hihi.Memang trip kali ni shopping aje.

Tukaran duit dalam rm3.07 = 10000 rupiah
Total belanja hari pertama : 320 000 rupiah ~rm100.00
Total belanja hari kedua : 350000 rupiah ~rm120.00

Dalam pukul 5.30 pagi kami gerak ke airport semula untuk balik ke Malaysia.Settle shopping di pasar baru dan factory outlet.Memang hajat nak ke tangkuban perahu dan kawah putih tapi jaraknya dalam 40 minit jika tidak macet (sesak jalan) dan trip kami ini singkat sahaja .Alhamdulillah udah sampe bandung.hihi.

3 comments:

Jea Mohamad said...

Penah buat trip gini jugak. tapi hari kedua pagi2 lagi dah kena fly out. Itu yg jadi kejadian kena tipu dek peniaga di pasar baru tapi tak boleh dah nak pegi serang balik..hehe

teringat2 makanan sunda yang sedap itewww...

CIKU said...

wow..lagi pantas nye trip..hihi

Farikica said...

Kna pergi tu ciku..kawah putih dn tangkuban.. lg satu, spa kt bandung pon best ☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.