Resepi Pop Corn

Assalamualaikum,



Abaikan yang hangus..hihi
Mi hailam daging versi ciku .Ni makan sesama pop corn tu le malam tadi
Oughhh..Jagung..ciku kurang gemar..pelikkan..hihi.tapi Popcorn ciku suke so memalam tadi ciku dan anak anak try for the first time buat pop corn ni..terbaca resepi kat blog ni so macam senang je..apa lagi ciku and anak anak bertungkus lumus ..hihi..ciku cp resepi ni.Bahan bahan semua tu ciku memang dah ada termasuk biji jagung kering tu..dulu dulu penah beli tak ingat masak apa kah..hihi..OO..yang best sekali time bertih tu meletup letup ciku pun turut melatah..adoila.Buat dalam periuk je tutup trasparent so nampak dalam.


RESEPI POPCORN KARAMEL
Sumber Asal : Page FB 'Mamak Haji' 

Bahan-Bahan :
 1/ 2 cawan biji jagung kering. 
 1/4 cawan atau 4 sudu besar minyak masak. 

Bahan-Bahan Untuk Karamel:
125 gm butter 
1 cawan gula pasir.

 Cara Penyediaan : 

1. Siapkan satu tray dilapik dengan kertas aluminium atau kertas minyak baking. (ni tak buatpun-tak lapik dengan tu)

 2. Dapatkan satu periuk agak dalam yang ada penutup yang baik. 

 3. Masukkan minyak masak dan panaskan dalam api sederhana. Minyak perlu betul-betul panas sebelum masukkan biji jagung. Bagi menentukkan minyak betul-betul panas, masukkan dua biji jagung, kalau biji jagung itu berputar dan menjadi bertih, menunjukkan minyak dah panas. Jaga yea..bertih boleh letup dan naik ke atas. *Orang latah dilarang buat resipi ini atau duk jauh sikit. 

 4. Masukkan 1/2 cawan biji jagung. Bila dengar jagung meletup-letup, goncang perlahan periuk untuk biji jagung yang atas turun kebawah. 

 5. Bila bunyi meletup-letup dah berhenti buka tudung dan masukkan semua bertih jagung itu ke dalam sebuah bekas untuk adunkan karamel. Kutip buang biji jagung yang tidak menjadi bertih. 

Penyediaan Karamel:

 1. Adunkan butter atau marjerin dengan gula didalam kuali. Hidupkan api dapur sederhana. Masak dalam 5-7 minit. Kacau sekali sekala sehingga butter atau marjerin cair dengan gula. 

 2. Bawa adunan gula dan butter ini keadaan mendidih. Bila mendidih jangan pulak kacau adunan ini. Biar mendidih sampai warna keemasan, jangan lama nanti kramel anda akan rasa pahit. Agak dalam 10 minit dah cukup. 

 3. Keluarkan dari api dapur, tuang dalam bertih yang berada dalam bekas tadi. Adunkan sebati karamel dengan bertih sehingga salut betul-betul. 

Joms makan####

4 comments:

Farikica said...

Sya pon suka popcorn. Pling suka yg di gsc

CIKU said...

suka suka popcorn yang kotak biru tu..apa ntah namanya perasa caramel

Jari Manis said...

pesal rajin masak sgt ni ;p

CIKU said...

hihi..blog ni majoriti pasal masak makanan simple untuk anakanak dan cari tempat makan.Travel tu kenkdg je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.