Salam,
Lama betul tak update blog..hihi.terus aje ye.
Pulau sabang terletak di aceh..kena naik ferry..ferry laju atau ferry slow..hihi..
Price nya : ferry laju tu ( 45min - 1 jam , Rp 60,000-economy 70,000-business 80,000-VIP ) yang dinamakan ferry 'pulo rondo' dan Express Bahari dari Ulee Lheue pier (Banda Aceh) pukul 8.00 pagi. Kami naik pulo rondo tu..cepat sikit..hihi.almaklum bawak anak anak ni. kapal lagi satu tu bawak orangnya ramai dan boleh bawak kenderaan.
Pulau ini sangat terkenal akan kecantikannya .Bagi divers lagi bagus..tp ciku bukan divers cuma ciku suka suasana gitu..damai je.hihi.
Sampai sabang kami terus ke Tinjau Alam by kereta (org sana yg bawak ye) amik gambo gambo..cantik ssgt..bermalam di hotel area pante kasih..cantik hotelnya..comel kecil je tapi menarik tepi laut.color hijau.Kami amik 2 bilik berasingan .Makan siang area situ jugak..sejuk amat sebab tepi laut kan..hihi.
Lepas tu kami terus ke tugu Kilometer 0(Km nol) dahulu..dikatakan jaraknya dalam 15KM dari pusat kota sabang dengan perjalanan darat.Tugu ini merupakan titik awal perhitungan luas wilayah Indonesia dari Sabang sampai Meuroke. Dalam perjalanan menuju ke Tugu Kilometer Nol, kita akan melewati Pantai Gapang, pantai Iboih dan pantai atau pulau Rubiah. Uish nak ke KM 0 ni sesangat poning..jalannya berlengkok lengkok..lebih kuran gmacam nak ke balik pulau tu..adoi pening ciku..last last ciku suruh pemandu tu bukak tingkap ..2 x stop sb nak muntah..haha. stop kat surau area kampung situ. At last habis kami suem muntah bukan ciku aje..hihi..pengalaman..anak anak ciku ok lak. Sampai je sini..depa bg makan buah buahan bg segar katanya..hihi..ciku panjat gak tangga tu dalam poning2 tu..rugi tak panjat kalau dah sampaikan.turun semulap astu dapat sijil dari kerajaan aceh..percaya tak??hihi..ciku pun tak caye ..tp memang dapat la..ada nama dan no kita ni org yang ke berapa sampai KM 0 sabang island.
On the way balik dari KM 0 tu kami ke pantai gapang naik sampan lak..dikatakan ada lumba lumba..ciku tak nampak lak ataupun ciku poning kot time tu..hihi.Semangat lebih sebab nak tengok ikan ikan cantik dan alam semulajadi laut n hutan situ cantik..
Kat sini ada banyak gerai gerai kecil..souvenior pun ada ah..kami terus sewa boat untuk menyeberangi Pulau Rubiah .ni kat pantai iboih..cantikla..tak teragak cantiknya..hihi..tapi jambatan tu uzur dah ..lautnya memang cantik.Sampan tu first time ciku naik ..ada teknik bukak tutup oleh anak anak kapal tu .sampan tu dalam 10 orang muat kot. bebudak yg jaga kapal tu tarik kotak kayu dan kita boleh nampak ikan ikan dan batu karang dalam laut sementara sampan tu bergerak..ushh..cantik cuma ciku kenkadang pening..hihi..pening ke KM nol tu tak abis lagi..huhu..
Sampai Pulau rubiah tu,kami rehat mandi mandi..makan makan..tido kat atas pasir pantai tu..hihi..masa tu dah rasa macam orang acheh je..muka orang acheh macam orang melayu je..lebih kurang sama je.tapi ciku tak banyak cakap ..diam jek..kalau cakap memang tau la orang luar..hihi..kami ke sumur tiga..amik photo sahaja..
Settle kat pantai amik gambo gambo dalam 2 jam kot..kami naik semula sampan dan balik ke hotel..mandi/tido/makan malam ..makan ikan bakar ngan nasi putih pastu ulam ulam..sedap..simple jek..
Kenkadang ciku pun lupa kat mana ciku pegi..iboih/pulau rubiah/pantai gapang/sumur tiga tapi sumenya di sabang island.hihi.maaf jika ada kekhilafan di sini.Apapun memang best dan menawan pantai sabang.Alhamdulillah dapat merasai satu lagi keindahan alam di acheh.
Ciku rasa cam nak amik kursus divers lak takpun kursus photography ..haha..angan angan ajela..
Kat acheh sume disettlekan oleh member hubby yang duduk di acheh..mereka pernah datang ke Malaysia satu masa dulu so sebelum balik..ciku sekeluarga pergi le makan makan sambil menziarahi sahabat di acheh itu.alhamdulillah dapat ketemu juga.
No comments:
Post a Comment