Gi Dubai jap







Salam, januari , ciku berkesempatan ke abu dhabi dan dubai bersama suami dan rakan suami.Kami pergi bertiga so ceritanya kami dari KLIA terus ke abu dhabi ngan etihad airways pastu terus naik bus etihad ke dubai.Dalam 6 ke 7 jam kot dari mesia ke abu dhabi. dari abu dhabi ke dubai kejap je..dalam 45 minit kot. Weather dalam 17 degree kat dubai sama macam abu dhabi..lebih kurangla..

Kat dubai kami tido hotel london crown .Booking guna agoda.com..price ok ok la.sampai kat airport dubai tu..Kami amik teksi terus ke hotel..2 kali teksi salah hantar ..adoi..tak glamer la kot hotel ni..hehe. Kami pilih hotel ni sebab paling dekat dengan dubai metro (RTA) mcm LRT kat malaysia. 

Esok pepagi terus terokai bandar dubai..Beli tiket one day tiket - valid in all zones , 
  • Cards can be used on metro, buses and water bus
  • Cards also validate Park and Ride car parks
  • Fares are automatically deducted from card
boleh refer kat wesite ni untuk tiket  http://dubaimetro.eu/tickets-card

Refer station nak pegi memana dalam dubai by train(RTA)
Memula kami terus ke metro dubai dari  Khalid Al waleed station terus ke dubai health care city centre..(cam tempat orang sakit je..byk spital..saja je nak ikut line hijau tu) pastu terus ke oud metro station untuk breakfast ..tetiba nampak samosa..sedap lak tu.

Pastu amik metro ke Etisalat station (line merah) , pergi Airport duty free zone sebab nak survey jarak dan masa sebab nnt nak naik iran air kat situ. survey survey..hihi.


Stop lak kat palm deira ..nothing there just pasir tepi laut..nice view. Ingatkan padang pasir..hiks.pastu patah balik ke khalid Al Waleed station dan terus ke Al Rigga Station sebab member kata ada satu tempat makan sedap kat situ..bait al mandy..so kami p cari..kat area palm deira city..tapi kat luar ..kena lintas jalan area muraqabah street..best the best ever nasi mandy tu. Amik 2 pinggan je kongsi 3 orang sb banyak bertimbun tmusti cuba itu nasi mandy di dubai ni..makan makan.

Patah balik ke khaleed al waleed then terus ke Burj Khalifa n dubai mall.Pastinya amik gambo bebanyak.aku tengok structure building kat dubai ni unik dan agak pelik..banyak tul duit depa nak bina mcm mcm kat sini .
Dalam hati nak g tengok palm jumeirah atlantis tempat unik amazing structure ..so kami naik dubai metro ke dubai marina area nasimee beach..pastu naik teksi ke palm jumeirah..cantik dari atas naik monorel lak..lupa lak harga monorail tu tp leh je survey kat google.

Balik dari palm jumeirah naik teksi dan stop kat dubai metro nakheel station pastu terus ke khalid al waleed ..then jalan kaki balik hotel..seharian di dubai.
Kesimpulannya..dubai tempat penuh ngan building amazing structure dan kaya dgn tempat mall dan tempat shopping. Apapun samosa dan nasi mandy yemen di bait al mandy sana memang worth it.

Alhamdulillah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.