Monday, February 7, 2011

Quest tresure hunt pesona 2009

Salam,
kami dapat call jemputan suh  masuk quest pesona tak..free minyak di beri rm50..so apalagi test power le masuk..my hubby n member dah biasa masuk..aku first time le.
memula mmg taknak sb biasala aku nih bukan nya jenis yang aktif maktif ni ..kang nak g toilet le nak makan le ..aku lak jenis makan ikut time..huhu..tapi member kata jom la jom la jomla..so aku g gak la.

soklan nya best gak ..cam menguji minda IQ..nasib baik aku ada main main game IQ kat FB( ye ker..game FV ada le ..haha) tu so ada la gak the answer there tp majoriti pihak lelaki le jawab..aku ngan elin tetiba lapo so g terjah KFC..grup lain duk tgk kitorang makan rilex jek..haha.

Perjalanan quest nih dari proton ke sepang pastu ke nilai 3 pastu last kat pullmon.sepanjang perjalanan tu ada pitstop.aku ngan elin nasib baik ada bawak bekal so makan dlam keta je sambil sambil melilau cari jawapan..asik mendongak jek kepala..pening gak tp enjoy..
masa seisi memecut ke pullmon tu uish laju giler bawak keta ..not me but my hubby..siap ikut jalan pintas lagi  sb nak kena sampai kat pullmon sebelum kul 4.00 petang..yess..terus sampai hantar jawapan then kami terus bergegas solat zohor kat pulmonn Putrajaya..adeh kalutnya.
pastu baru le makan yang disaji oleh si hotel pullmon tu.MAKAN FREE.

Tgh tunggu keputusan tu ..kami duk kata mana le nama grup kami tak panggil panggil pun..aityak..dah top 5 pun tak panggil lagi..tetiba yes..Kami Top 3..dapat le RM1000.
ALHAMDULILLAH










Lost World Tambun - IPOH

Mandi manda ..ni kali ke dua aku g sini..date lupa daa..
almaklum ini blog majoriti pic basi dah..
ramai gak yang g sekali plus sepupu sepapat , biras biras mak ayah ..adik beradik. kira makan tu kena bajet la..makan je apa yang dikira kuantiti banyak harga bajet tp kualitas mesti dijaga kalau tak sakit perut lak..hehe
Antara famili famili yang g sana..aku cubala cari

Aksi wawa dan 2 anakku duan dan raudhah

Duan di angkat oleh pakteh kena simbah air.seronok gamat depa nih

nih kesayanganku duk angkat gajah la pulok..apa daa

uish ramainya..kalau yang kenal tu kira sedara mara aku la tu..
.time ni la sume amik cuti balik ipoh tu yang meriah gamat ni.


untuk sesiapa yang berminat 
aku sertakan sikit yek info

Operating Hours
Monday - Friday 11 am - 6 pm
Saturday & Sunday 10 am - 6 pm
School &
Public Holidays
10 am - 6 pm
Park CLOSED every Tuesday except during Malaysian school and public holidays.
Park Rates
Adult RM38.00 per person
Children (below 12 years old) RM32.00 per person
Children below
90cm in height
Free of Charge



Ops Piramid - 2000 tak balik

SEBAHAGIAN daripada 150 pelajar Malaysia yang   dibawa keluar dari Mesir menerusi Operasi Piramid selamat tiba bergambar  bersama keluarga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)    jam 1 petang     dengan menaiki pesawat Saudi Airlines,   semalam.

2011/02/07 ,

Petikan dari Berita harian


SEBAHAGIAN daripada 150 pelajar Malaysia yang dibawa keluar dari Mesir menerusi Operasi Piramid selamat tiba bergambar bersama keluarga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 1 petang dengan menaiki pesawat Saudi Airlines, semalam.

Operasi Piramid diteruskan walaupun keadaan di Mesir semakin pulih: Kohilan

Kebanyakan pelajar yang enggan pulang tinggal di kawasan zon selamat seperti di Tanta, Mansurah dan Damanhur yang jaraknya beratus-ratus kilometer dari tempat rusuhan sekitar bandar raya Kaherah dan Iskandariah. 


Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, berkata pelajar berkenaan mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran kerana akan menghadapi peperiksaan penting tidak lama lagi serta khuatir sukar mendapat rumah sewa baru jika pulang ke tanah air dan perlu menyediakan wang mencukupi untuk kembali semula.

“Kita sudah minta mereka balik dan menyediakan segala kemudahan diperlukan termasuk membiayai kos perjalanan, tapi mereka tetap tidak mahu pulang.
Keputusan membawa pulang bukannya wajib. Jika keadaan kritikal pada tahap merah memang kita paksa mereka keluar, tetapi sekarang tahapnya sudah jatuh antara oren ke kuning, jadi kita tidak boleh paksa mereka.

“Jika mereka nak terus duduk di sana, kita benarkan dengan syarat isi borang pengesahan daripada keluarga atau diri sendiri. Pada masa sama, keadaan keselamatan mereka akan terus dipantau pegawai kita kerana pusat operasi terus dibuka sehingga pergolakan selesai,” katanya kepada Berita Harian semalam.
Kohilan yang baru pulang dari Kaherah pagi semalam berkata, pemantauan sehingga semalam, mendapati keadaan di negara itu sudah mula pulih dengan aktiviti ekonomi mulai rancak beroperasi berikutan kesediaan Presiden Mesir, Hosni Mubarak berundur daripada kerajaan dan memberi laluan kepada barisan pentadbiran baru.

“Keadaan semakin tenang, kedai sudah mulakan perniagaan, pasar pun sudah beroperasi dan begitu juga bank yang ditutup sejak lapan hari lalu.

Bagaimanapun, sukar diramal dan keadaan mungkin kembali tegang jika rakyat tidak suka dengan kepemimpinan kerajaan baru,” katanya sambil menambah jika ia berlaku, misi bantuan menyelamat pelajar yang tidak mahu pulang akan digerakkan semula.

Katanya, sehingga semalam, kerajaan berjaya membawa keluar lebih 7,000 pelajar dan rakyat Malaysia ke Jeddah, Arab Saudi.

Misi menyelamat dilakukan dalam tempoh empat hari bermula Rabu lalu membabitkan hampir 300 sukarelawan daripada 70 agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.

“Hari ini saja, kita akan cuba pindahkan 2,000 pelajar ke Jeddah menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Jika tak dapat pindah semua, operasi akan disambung sampai esok. Yang setuju nak balik dan daftar dengan kita lebih 9,000 daripada jumlah keseluruhan rakyat berdaftar di Mesir seramai lebih 11,000 orang.

“Esok (hari ini), kita akan tumpukan misi membawa mereka pulang dari Jeddah ke tanah air yang penerbangan pertama dijangka sampai jam 9.30 pagi esok menerusi MAS (Malaysia Airlines),” katanya.

Dua penerbangan ditaja anakanda Raja Saudi

MIRI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan dua penerbangan ditaja oleh anakanda Raja Arab Saudi, Putera Turki Abdullah Al-Saud, untuk membawa pulang pelajar Malaysia dari Jeddah ke negara ini.

"Saya di sini (Miri) dan belum menerima laporan terkini. Saya cuma mendapat pengesahan penerbangan ditawarkan anakanda Raja Abdullah iaitu Putera Turki, sudah disahkan.

"Dua pesawat beliau tawarkan. Jadi saya akan sampaikan butirannya kepada pihak berkenaan," katanya pada sidang media di Miri, semal



Harap bandar sana'a yemen takde apa apa masalah dan penerbangan kami berjalan lancar ..lagi 10 hari ni.doakan yang terbaik untuk kami deh.

Sunday, February 6, 2011

Professor SWEET

AIK..TETIBA AKU JADI AGEN MENJUAL LAK..HAHA..SAJA PROMOTE MEMBERNYA PRODUK BLOG
dIABETIs ..memulanya aku agak kaget dengan diaBetis..dengan umur aku yang hampir menceca **tut** so kenala berwaspada dengan gula ..produk ni aku baru lagi guna so tak pasti keberkesanannya..untuk kulit gak ni..hari tu anak aku duan kena periuk panas bukan periuk api ye ..kalut jap aku sebab lambat g klinik ..dah kuman dah masuk abis bernanah n berdarah ..so aku bawak g klinik az zahrah bangi..cuci 2 hari pastu sapu ngan air gula ni PROFESSOR SWEET dengan izin Allah..parut hampir hilang..kakak aku beli berbotol botol untuk mak sb mak ada diabetis pelampau .harap2 mujarab la..cuba cuba jgn tak cuba kan..
jual jual ..haha..


Serba sedikit penerangan ::

ProfessorSWEET adalah produk yang berasaskan pati asli manisan tebu yang diformulakan melalui hasil penyelidikan seorang saintis tempatan yang mana hasil kajiannya selama 5 tahun terhadap dextrose telah membawa kejayaan keatas penemuan formula baru terhadap pati tebu yang mempunyai kadar yang minimum kalori, karbohidrat dan bebas lemak berbanding gula tebu biasa.

nak lebih lanjut ..sila ke sini ye



Hosni Mubarak letak jawatan parti

ni bukan mubarak majid atau mubarak travel ye..
sebenarnya apa citer ek...da letak ke belum yek..semalam tak sempat tengok berita..balik dari grik terus tido..pengsan.
tetiba baca berita utusan da letak jawatan..alhamdulillah kalau betul.jap lagi nak tengok berita terkini kt tv tv tv..
dah lama sgt dia memerintahpun .
ni yang aku baca pepagi tentang dia dia dia.

petikan pakcik utusan online
Mubarak letak jawatan parti

06/02/2011 2:16am

KAHERAH 5 Fe. - Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai pemimpin tertinggi parti pemerintah, Parti Demokratik Kebangsaan Mesir, hari ini.

Pengumuman Presiden Mesir itu menyusul selepas setiausaha agung parti itu, Hossam Badrawi dan anaknya, Gamal Mubarak yang juga salah seorang pemimpin tertinggi parti itu mengumumkan meletakkan jawatan. - REUTERS

petikan cik WIKI

Muhammad Hosni Sayyid Mubarak born May 4, 1928) is the fourth and current President of the Arab Republic of Egypt. He was appointed Vice President in 1975, and assumed the Presidency on October 14, 1981, following the assassination of President Anwar El Sadat.

He is the longest-serving Egyptian ruler since Muhammad Ali Pasha. Before he entered politics Mubarak was a career officer in the Egyptian Air Force, serving as its commander from 1972 to 1975.
Beginning on January 25, 2011, a popular uprising called for his resignation as president of Egypt.

On February 1, 2011, Mubarak announced that he will not seek another term in the upcoming presidential election.

On February 5, 2011 Egyptian state media reported that senior members of the ruling National Democratic Party, including President Hosni Mubarak, had resigned from leadership rolls within the party. It was later clarified that Mubarak would stay on as president however

kita tengok nnt dan pastikan kebenarannya

Saturday, February 5, 2011

Aiskrim HAaGEN-dAZS

Aiskrim aiskrim..sedapnya.



Indulge in Haagen-Dazs' Double Happiness Promotion this Chinese New Year with friends & family and enjoy 2 dine-in creations for RM50* & get a complimentary scoop for every purchase of a takeaway double scoop.


BEFORE 10 FEB 2011
HURRY HURRY..HEHE



Take away pun boleh..kalau yang bawak bebudak tu boleh la take away kan..hiks..almaklumla..


Buy a double scoop and get the 3rd scoop FREE.

cuba tgk link nya nnt..
http://www.haagendazs.com/

ATAU KAT FACEBOOK..
http://www.facebook.com/haagendazsmalaysia





MESIR TERKINI


Pesawat TUDM tiba di Mesir

05/02/2011 2:29am


KAHERAH 5 Feb. - Pesawat Charlie C130 milik Tentera Udara Diraha Malaysia (TUDM) mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kaherah di sini, kita-kira jam 6 waktu petang (12 tengah malam waktu Malaysia).
Pesawat yang membawa 180 pegawai termasuk media baru tiba setelah memulakan perjalanan pada Rabu lalu dari Malaysia ekoran pelbagai 'cabaran dan rintangan' di beberapa persinggahan.
Dua pesawat TUDM dijangka memulakan operasi pemindahan pelajar Malaysia serta-merta ke Jeddah di Arab Saudi. Satu lagi pesawat membawa pelajar dari Iskandariah. - Utusan

Pejabat Al Jazeera di Kaherah dibakar

05/02/2011 2:57am

DUBAI 5 Feb. - Stesen televisyen Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar mendakwa pejabatnya di Kaherah telah dibakar dan dimusnahkan oleh 'kumpulan samseng'.
Saluran berita itu yang diarah menghentikan operasinya awal minggu ini di Mesir, menuduh pihak berkuasa Mesir atau kumpulan penyokongnya cuba menghalang rangkaian itu daripada membuat liputan mengenai pergolakan politik di negara tersebut.
"Rangkaian Al Jazeera telah melaporkan bahawa pejabat mereka di Kaherah telah diserang oleh kumpulan samseng. Pejabat itu dibakar bersama-sama dengan kelengkapan di dalamnya," katanya dalam satu kenyataan. - REUTERS


Penduduk Mesir teruskan tunjuk perasaan

05/02/2011 2:31am


KAHERAH 5 Feb. - Tunjuk perasaan bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur masuk hari ke-10 hari ini dan merebak ke bandar-bandar besar lain dengan beribu-ribu penduduk berhimpun selepas sembahyang Jumaat, semalam.
Di Kaherah kira-kira 100,000 penunjuk perasaan antikerajaan yang datang dari beberapa daerah berarak menuju Dataran Tahrir selepas solat Jumaat melalui beberapa jalan raya utama menyebarangi jambatan Kasr el-Nil yang merentangi Sungai Nil sepanjang satu kilometer menuju ke dataran itu.
Sebuah pondok kawalan tentera hanya membenarkan kira-kira tiga penunjuk perasaan melalui jambatan itu pada setiap saat.
Sementara itu di Iskandariah, beribu-ribu penunjuk perasaan berkumpul dan melaungkan ‘Penduduk mahu mengubah sistem pemerintahan itu’ dan ‘Kami tidak mahu berundur, beliau (Mubarak) akan berundur’.
Di Suez pula, beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di bandar raya pelabuhan itu selepas solat Jumaat.
Manakala di bandar raya Ismailia, beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan berhimpun di beberapa jalan utama di mana sebelum perhimpunan yang dikawal ketat tentera itu berlangsuang, kira-kira 100 penunjuk perasaan pro-Mubarak berhimpun di situ dan kemudiannya bersurai.
Di bandar raya Port Said, beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan berhimpun di jalanan, sementara beratus-ratus penunjuk perasaan pro-Mubarak cuba menyusup masuk ke dalam kumpulan itu tetapi dihalang oleh tentera dan kemudiannya kedua-dua kumpulan penunjuk perasaan itu berpecah.
Bandar raya Mansoura pula memperlihatkan beribu-ribu penunjuk perasaan mendesak pengunduran Mubarak dan pentadbirannya, kata seorang anggota pergerakan pembangkang 6 April.
Selain itu kira-kira 5,000 penunjuk perasaan berhimpun di bandar raya Damanhour yang di terletak di Lembah Nil.
Tidak ketinggalan, kira-kira 1,000 penunjuk perasaan antikerajaan dan 1,000 penyokong Mubarak berhimpun di beberapa jalan di bandar raya Qalyubiya.
Manakala di bandar raya El Arish di Semenanjung Sinai, beribu-ribu penunjuk perasaan anti-kerajaan berhimpun, tetapi tiada tanda-tanda menunjukkan kumpulan pro-Mubarak turut sama berhimpun.
Di bandar raya Aswan pula, kira-kira 2,000 penunjuk perasaan antikerajaan mengadakan perhimpunan, sementara beberapa ratus penunjuk perasaan pro-Mubarak cuba menyelinap ke dalam kumpulan antikerajaan, tetapi dihalang oleh sekatan yang dibina oleh penunjuk perasaan antikerajaan. - REUTERS

PETIKAN DARI UTUSAN



Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...