Thursday, February 3, 2011

Krew TV3 Ditahan Perusuh Di Kaherah

Maaf ye..
hari ni 
nak copy paste jek artikel dari TV3



Hari kedua Razali Awang bersama jurukamera, Aji Seregar di Kaherah menyaksikan detik cemas apabila ditahan sekumpulan perusuh bersenjata pisau dan pistol lebih 2 jam.
Sebelum itu, kamera mereka juga nyaris dirampas ketika cuba menemubual pelajar Malaysia di lapangan terbang.
Dia juga memaklumkan terpaksa balik ke lapangan terbang Kaherah kerana jalan di hotel dikepung.
Terkejut jap aku..
ni url yek.. alwiz with url..
samasama la kita doa yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia di KAherah mesiR..

Talian Hubungan Bagi Mengetahui Situasi Di Mesir



Untuk memudahkan orang ramai yang ingin mengetahui tentang situasi Di MESIR..jemput jemput ke sini





BILIK OPERASI KEMENTERIAN LUAR

- 03 8889 2746

- 03 8887 4570

- 019 278 4566

BILIK OPERASI KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI KAHERAH, MESIR

- 00 202 3760 7375

- 00 202 3761 0270


sekian terima kasih

Kolam Air panas di Felda Sungkai - TROLAK

Pada suatu hari tu aku g Matta Fair 2010 kot..pastu bincang punya bincang..discuss punya discuss dpt la tiket murah untuk guna felda residence termasuk sungkai ni..kami pilih sungkai ni sb aku rasa paling best la..nnt aku free aku load mana mana tempat rekreasi bawah felda residence ni k.
ni ada beberapa pic seperti biasa la..tempat kami ber kolam bermandi manda

ini rumah felda residence yang kami menginap..2 hari je ..

anak bujang swimming..uminya nnt la load yek..ehehe

ni rebus telur..kat rumah pun boleh rebus telur kan..tp sini feelnya lain sket..best..terus makan ngan tangan..no sudu mangkuk..

paling best..kolam persendirian.."private pool" only untuk famili kita je..takde orang kacau.
ni kolam air panas..suam dah la..pastu ada kolam sejuk gak..sejuk ssgt cam ais airnya..




Wednesday, February 2, 2011

Bertaut kasih di Broga

hi Sume..
Sebenarnya aktivitas ni last year 2010..tp sj nak kongsi kat sini..almaklum baru berblog so nampak cam basi la entry tapi nak gak letak..
tak igt date tapi sebelum dec 2010..pegi ngan member2 akrab putrajaya..pepagi buta aku gerak..sanggup tinggalkan anak dgn pengasuh nursery tu kul 4 pg..aku g ngan hubby naik broga..SUBUH..jgn lupa..solat kat U Nottingham..dekat jek ngan broga hills tu..ini kali ketiga aku naik bukit or gunung seumur idup.Sekali ngan member 2 kali ngan hubby.
best sggt tak leh bayang betapa BEST nya tgk keindahan alam di waktu pagi di puncak broga..Allhamdulillah tercapai.

aku yang terhege hege belakang sekali tu yang pakai MU beg..mcm le minat bola..langsung idok.tu beg anak laki aku.

puncak berapa ni ek..tak igt tp sume ada 4 puncak..atas sekali akan jumpa papan tanda SELAMAT DATANG KE PUNCAK BROGA " ANDA TELAH TERPILIH UNTUK KE SINI..HEHE..MAIN JEK.

Pic paling aku suka..cun jek duk tgk apa la tu.

seronok gile..syukur pada Allah dapat gak aku sampai ke puncak bersama rakan rakan dan hubby..inila TAUTAN KASIH  title entry

PIC NI PUN AKU SUKA GAK..TIME NI KUL BAPER EK..LUPA GAK..HAHA

NI TEMPAT CERUN UNTUK NAIK KE PUNCAK 4 BROGA HILLS..MENCABAR  DAN AKU TERCABAR ..HAHA.BEST BEST.KENA PEGANG TALI KALAU NAK NAIK ATAS NI..BEST BEST


aik tak perasan font aku dah jadi upper lak..td aku mula ngan lower pastu  upper pastu lower balik..takpela yek.
kira kongsi kenangan jek .
nak naik lagi..boleh gak but kali ni tak sampai puncak pun takpe..tak larat..aku kena senam byk..stamina kurang ni..adehhh Broga

Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011


Bebaru ni aku terbaca entry ni dari blog mana ntah...aku cam musykil gak tp takpe aku sj nak kongsi je ngan sesapa nak terasa nak kongsi..perkongsian ilmu itu kan bagus..lagi byk ilmu lagi bagus.
Pencarian 10 Blog tercantik dari 2dayblogger. Satu pertandingan 10 blog tercantik akan diadakan selepas berakhirnya pertandingan 10 header tercantik.
sebenarnya aku tak paham ..apa sebenarnya ni..camana depa buat undian..alalalala..tak paham tak paham..nnt free aku tanya sesapa yg paham la.

Tuesday, February 1, 2011

Selamat Hari Wilayah

Wilayah Persekutuan ni kalau dari IC..kad pengenalan..14 untuk KL ..dan 16 untuk putrajaya..labuan tak pasti lak..
aku lahir kat hospital Kuala Lumpur..so aku antara yang disambut la tak gitu..hehe.
apa apa pun aku ucap dulu la SELAMAT  CUTI HARI WILAYAH..best best..leh rest.
sesapa yang amik cuti rabu so boleh direct je cuti ..khamis jumaat ni happy chinese new year lak..cuti cuti..rest rest..hiks

****...SMILE...***

Pergolakan di Mesir

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pagi ni lepas je subuh aku start dgn aktiviti kemas mengemas rumah..pastu aku tgk TV3 ..Takutnya tgk sumber youtube pergolakan di Mesir semakin menjadi jadi.harap semua pelajar Malaysia dapat di hantar pulang dan sampai kepangkuan keluarga tersayang di Malaysia begitu juga dgn semua pelancong2 asing yang ada di Mesir..harap semua selamat hendaknya.semua yang berlaku telah diatur Allah(swt).
17 feb ini aku akan menziarah yaman insyaallah bergolak ke yek. harap semua ok..moga kerajaan Malaysia amik inisiatif yang terbaik untuk rakyat Malaysia. 
Pasti rakyat Malaysia di sana dalam ketakutan..penduduk kaherah pun dah amik tindakan kunci diri di rumah..camna dgn stok makanan..polis pun dah takde..bank byk kena rompak..apatah lagi rumah orang..ahli penjara telah dilepaskan..sume menakutkan ..camna dgn pelajar pelajar Malaysia terutama pelajar perempuan .

Harap Presiden Hosni Mubarak berundur. Semoga tersungkurlah presiden yang telah berkuasa lebih 3 dekad itu. kita doakan la sesama semua ini tamat dengan cepat .Amin

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...