Thursday, January 25, 2018

The Nekad Traveler

Salam,

Baca betul betul tajuk tu..

Ada satu petang tu ciku nak tengok movie pendek surat cinta buat starla tapi ter appear movie ni so habis movie pendek cinta untuk starla tu..ciku sambung la tengok citer ni trinity the nekad traveler...sebenarnya dia seorang blogger perempuan yang minatnya aduhh travel aje..hihi dan rakannya mencadangkan dia membuat tajuk blog travel nya gitu supaya ramai yang klik..continue to movie k.

Kisah yang benar nya udah banyak deh negara yang di terjahnya tp ciku sendiri belum berkesempatan membaca blog nya lagi dan didapati dia juga banyak menulis buku sehinggakan ke siri 7.
Tapi di movie tak banyak tempat yang dia tunjukkan.

Sebenarnya ciku banyak gak tengok movie ala ala kayak gini tuh. 'traveller'
Jilbab Traveller: Love Sparks in Korea
Haji Backpacker
99 langit eropa
99 cahaya langit eropa 2
Wa'alaikumussalam Paris
laskar pelangi 2: edensor

tapi ciku paling suka citer sang Pemimpi,laskar pelangi dan Ketika Cinta Bertasbih





Wednesday, January 24, 2018

Tips travel bersama keluarga.

Salam 


Ciku dan TL mula bawa anak di usia 4 bulan ke langkawi naik kapal terbang . Kemudian tampak cam ok kami melangkau lebih jauh ke obersea tapi anak dah 4 tahun time tu dan pernah bawa mak ayah dan juga mertua bersama .

Travel sekurang-kurangnya sekali setahun. Tak kiralah  naik kapal terbang, kereta, bas, berbasikal atau kereta api dan tak kiralah jauh atau dekat atau takpela sekadar riadah santai atau picnic asalkan bersama sama famili.

Orite untuk anak anak ciku biasanya kami akan pastikan 

1) Ubatan seperti gamat,handyplast,vics,bam perut .
2) Baju sejuk sebab dalam flight dan hotel sejuk .
3) Kasut dan socks yang selesa dan plastik spare muntah.
4) Kudapan yang mudah dibawa dan makan ( roti gardenia terus makan aje ..bebudak ni        lapo tak tentu masa)
5) Sediakan pampers yang mencukupi dalam beg sandang dan 2 persalinan baju anak anak      takut flight delay
6) Rancang aktiviti yang menarik untuk anak anak contohnya melawat Zoo atau taman          tema air atau kolam mandi .
7) Kami sediakan mainan untuk mereka leka dan diam dan boleh main sesama. Contoh          lego.(tengok keadaan gak ni..hihi).
8) Biasakan anak pegang tangan kami di epot cuma yang sulong dah beso so dia jalan            pegang bagasi..hihi.
9) Ajar anak anak dari awal jangan minta macam macam di epot sebab barang                      mahal..hoho.
10)Terima je umi abah beli makanan untuk santapan .kalau umi abah tanya nak               makan apa ..baru bleh order macam 2..haha..nampak cam dera ke tu..hihi.

Okla apa apa pun semuanya berteraskan situasi keluarga itu sendiri. Travel sebenarnya dapat menghilangkan stress dan anak anak juga lebih relax dan tenang ( ada la sesikit here n there depa merengek..budak gitula..mak budak ada gak la kenkadang jadi rimau..haha).

Bagi anak-anak ia akan membuatkan mereka lebih aktif secara fizikal dan mental. Takdela duduk dan tengok televisyen je dan bagi kami memang tiada gajet di waktu bercuti ni.

Travel bersama ni juga akan biasanya banyak perkara yang tak diduga akan berlaku. Maka, kita tidak lagi boleh bergantung kepada apa yang kita selalu lakukan dalam rutin harian.

Apabila kita berjaya menyelesaikan sesuatu masalah atau cabaran semasa dalam perjalanan, tentulah kita akan berasa lebih yakin terhadap diri sendiri dan paling penting perkongsian ini menjadikan kita lebih peka dan sensitif terhadap keperluan anak, sekaligus merapatkan hubungan kekeluargaan.InsyaAllah.

Alhamdulillah 
Plan tahun ni ke mana? ..ada dah cuma belum reveal ..hihi.
DAN JANGAN LUPA BIASAKAN ANAK ANAK KE MASJID DAN PERDENGARKAN AYAT AYAT SUCI AL QURAN UNTUK DALAMAN MEREKA DAN KAMI JUGA.INSYAALLAH.
Moga kami sekeluarga menjadi insan cemerlang dunia akhirat .amin

Monday, January 22, 2018

Virgoun – Surat Cinta Untuk Starla

“Virgoun – Surat Cinta Untuk Starla”

ku tuliskan kenangan tentang
caraku menemukan dirimu
tentang apa yang membuatku mudah
berikan hatiku padamu
takkan habis sejuta lagu
untuk menceritakan cantikmu
kan teramat panjang puisi
tuk menyuratkan cinta ini
telah habis sudah cinta ini
tak lagi tersisa untuk dunia
kan telah ku habiskan
sisa cintaku hanya untukmu
aku pernah berpikir tentang
hidupku tanpa ada dirimu
dapatkah lebih indah dari
yang ku jalani sampai kini
aku selalu bermimpi tentang
indah hari tua bersamamu
tetap cantik rambut panjangmu
meskipun nanti tak hitam lagi
bila habis sudah waktu ini, tak lagi berpijak pada dunia
telah aku habiskan sisa hidupku hanya untukmu
dan telah habis sudah cinta ini, tak lagi tersisa untuk dunia
karena telah ku habiskan sisa cintaku hanya untukmu, untukmu, hidup dan matiku
bila musim berganti sampai waktu terhenti
mulai dunia membenci, ku kan tetap di sini
bila habis sudah waktu ini, tak lagi berpijak pada dunia
telah aku habiskan sisa hidupku hanya untukmu
dan telah habis sudah cinta ini, tak lagi tersisa untuk dunia
karena telah ku habiskan sisa cintaku hanya untukmu
karena telah ku habiskan sisa cintaku hanya untukmu

Monday, January 15, 2018

Santai sejuk sambil hirup kari kambing muda di MAEPS Serdang

Salam ,


Kami berkesempatan ke sini ahad lalu dan merasai suasana yang kebetulan sejuk sekarang di Malaysia.Wow macam orang duk obersea lama baru nak balik tanah air..hihi.

Makan nasi dulang je ngan kari kambing muda.(Memang marvelous bleh repeat).Air bleh refill free. Dan 2 biji buah naga boleh pilih dan minta dia potongkan..rm5.00(manis)

Ada petting zoo disini tapi kami tak masuk.(kena bayaran).

Aku survey tentang GOAT2Go Farm ni di FB .Sila rujuk na

nasi dulang ayam kampung seekor dan kari kambing muda..RM 100.00


Macam xcukup untuk kami makan..nnt bleh repeat lg amik yg makan dalam pinggan..rasa dlm belas2 ringgit harganya



Tuesday, January 2, 2018

Fisiologi dan Rawatan sakit Otot di PhysioGo

Salam,

Ok entry tahun baru ni kita stori pasal kesihatan ye.hihi.

Ciku terbaca iklan physioGo ini di Facebook dan website seperti dibawah. Physioterapi perempuan untuk pesakit perempuan begitu juga jika lelaki. Nampak macam ok so ciku start buat temujanji untuk ciku terlebih dahulu .Dan rawatan dengan mencari point sakit di area pinggang dan cara penerangan yang diberi amat bagus so ciku contact semula wakil physioGo tersebut untuk mendapatkan rawatan physio bagi mak ciku yang berusia 66 tahun dan juga pengidap diabetis.

Mak ciku yang jalannya slow selepas jatuh dalam 2 tahun yang lalu.Xray telah dilakukan 2 kali  di hospital swasta dan kerajaan dan tiada patah. Alhamdulillah tapi semenjak setahun yang lalu dia makin sakit bila berjalan tetapi tidak bertongkat dah boleh pakai baju sendiri dan boleh naik tangga rumah 2 tingkat cuma jalan agak slow dan terbatas serta solat secara duduk.

Kos pada bulan Dis 2017 adalah rm110 dan kos transport dari bangi ke putrajaya adalah rm25.(physioterapi datang rumah tapi kalau nak g pusat rawatanpun ada di bandar baru bangi).Settle temujanji ..tarikh yang dijanjikan tiba dan rawatan dilakukan kepada mak apda hujung dis 2017. Rawatan akan lebih fokus kepada otot bahagian pinggang ke bawah sehingga ke hujug kaki kerana pergerakan jalan kaki agak terhad. Mak seronok dan katanya rasa ringan nak berjalan so ciku sambung amik pakej 6 kali rm582 dan akan start pada januari 2018 ini.

Untuk makluman juga Hospital putrajaya juga ada menyediakan Rawatan fisiologi dan free mengikut nasihat doktor. (Ciku pernah bawa arwah ayah yang juga pencen kerajaan untuk jalani physiologi kerana stroke sebelum ni).

Harap semuanya dipermudahkan dan mak kembali boleh jalan seperti biasa.Amin

ihsan : website physioGo
Maklumat lanjut di

2, Jalan 4/11, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Phone :03-89208913 / 013-4871332
Masa :  7 Hari Seminggu 9 pagi-10 malam
http://www.physiogo.com.my/
FB : PhysiogoCentre

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...