Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Fisiologi dan Rawatan sakit Otot di PhysioGo

Salam,

Ok entry tahun baru ni kita stori pasal kesihatan ye.hihi.

Ciku terbaca iklan physioGo ini di Facebook dan website seperti dibawah. Physioterapi perempuan untuk pesakit perempuan begitu juga jika lelaki. Nampak macam ok so ciku start buat temujanji untuk ciku terlebih dahulu .Dan rawatan dengan mencari point sakit di area pinggang dan cara penerangan yang diberi amat bagus so ciku contact semula wakil physioGo tersebut untuk mendapatkan rawatan physio bagi mak ciku yang berusia 66 tahun dan juga pengidap diabetis.

Mak ciku yang jalannya slow selepas jatuh dalam 2 tahun yang lalu.Xray telah dilakukan 2 kali  di hospital swasta dan kerajaan dan tiada patah. Alhamdulillah tapi semenjak setahun yang lalu dia makin sakit bila berjalan tetapi tidak bertongkat dah boleh pakai baju sendiri dan boleh naik tangga rumah 2 tingkat cuma jalan agak slow dan terbatas serta solat secara duduk.

Kos pada bulan Dis 2017 adalah rm110 dan kos transport dari bangi ke putrajaya adalah rm25.(physioterapi datang rumah tapi kalau nak g pusat rawatanpun ada di bandar baru bangi).Settle temujanji ..tarikh yang dijanjikan tiba dan rawatan dilakukan kepada mak apda hujung dis 2017. Rawatan akan lebih fokus kepada otot bahagian pinggang ke bawah sehingga ke hujug kaki kerana pergerakan jalan kaki agak terhad. Mak seronok dan katanya rasa ringan nak berjalan so ciku sambung amik pakej 6 kali rm582 dan akan start pada januari 2018 ini.

Untuk makluman juga Hospital putrajaya juga ada menyediakan Rawatan fisiologi dan free mengikut nasihat doktor. (Ciku pernah bawa arwah ayah yang juga pencen kerajaan untuk jalani physiologi kerana stroke sebelum ni).

Harap semuanya dipermudahkan dan mak kembali boleh jalan seperti biasa.Amin

ihsan : website physioGo
Maklumat lanjut di

2, Jalan 4/11, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Phone :03-89208913 / 013-4871332
Masa :  7 Hari Seminggu 9 pagi-10 malam
http://www.physiogo.com.my/
FB : PhysiogoCentre

No comments: