Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Tips travel bersama keluarga.

Salam 


Ciku dan TL mula bawa anak di usia 4 bulan ke langkawi naik kapal terbang . Kemudian tampak cam ok kami melangkau lebih jauh ke obersea tapi anak dah 4 tahun time tu dan pernah bawa mak ayah dan juga mertua bersama .

Travel sekurang-kurangnya sekali setahun. Tak kiralah  naik kapal terbang, kereta, bas, berbasikal atau kereta api dan tak kiralah jauh atau dekat atau takpela sekadar riadah santai atau picnic asalkan bersama sama famili.

Orite untuk anak anak ciku biasanya kami akan pastikan 

1) Ubatan seperti gamat,handyplast,vics,bam perut .
2) Baju sejuk sebab dalam flight dan hotel sejuk .
3) Kasut dan socks yang selesa dan plastik spare muntah.
4) Kudapan yang mudah dibawa dan makan ( roti gardenia terus makan aje ..bebudak ni        lapo tak tentu masa)
5) Sediakan pampers yang mencukupi dalam beg sandang dan 2 persalinan baju anak anak      takut flight delay
6) Rancang aktiviti yang menarik untuk anak anak contohnya melawat Zoo atau taman          tema air atau kolam mandi .
7) Kami sediakan mainan untuk mereka leka dan diam dan boleh main sesama. Contoh          lego.(tengok keadaan gak ni..hihi).
8) Biasakan anak pegang tangan kami di epot cuma yang sulong dah beso so dia jalan            pegang bagasi..hihi.
9) Ajar anak anak dari awal jangan minta macam macam di epot sebab barang                      mahal..hoho.
10)Terima je umi abah beli makanan untuk santapan .kalau umi abah tanya nak               makan apa ..baru bleh order macam 2..haha..nampak cam dera ke tu..hihi.

Okla apa apa pun semuanya berteraskan situasi keluarga itu sendiri. Travel sebenarnya dapat menghilangkan stress dan anak anak juga lebih relax dan tenang ( ada la sesikit here n there depa merengek..budak gitula..mak budak ada gak la kenkadang jadi rimau..haha).

Bagi anak-anak ia akan membuatkan mereka lebih aktif secara fizikal dan mental. Takdela duduk dan tengok televisyen je dan bagi kami memang tiada gajet di waktu bercuti ni.

Travel bersama ni juga akan biasanya banyak perkara yang tak diduga akan berlaku. Maka, kita tidak lagi boleh bergantung kepada apa yang kita selalu lakukan dalam rutin harian.

Apabila kita berjaya menyelesaikan sesuatu masalah atau cabaran semasa dalam perjalanan, tentulah kita akan berasa lebih yakin terhadap diri sendiri dan paling penting perkongsian ini menjadikan kita lebih peka dan sensitif terhadap keperluan anak, sekaligus merapatkan hubungan kekeluargaan.InsyaAllah.

Alhamdulillah 
Plan tahun ni ke mana? ..ada dah cuma belum reveal ..hihi.
DAN JANGAN LUPA BIASAKAN ANAK ANAK KE MASJID DAN PERDENGARKAN AYAT AYAT SUCI AL QURAN UNTUK DALAMAN MEREKA DAN KAMI JUGA.INSYAALLAH.
Moga kami sekeluarga menjadi insan cemerlang dunia akhirat .amin

3 comments:

Farikica said...

Dh lma x travel bwa ank kecik.. al maklumlah ank dh bsr2..haha.. hampir lupa rsanya travel with little children... anyway, very useful tips ciku... for those yg nk blaja2 travel with children...

CIKU said...

yezza..betui betui..ciku baru dapat baby so ulang semula pengalaman terdahulu..hihi

CIKU said...

farikica - macam teringin nak g Sapporo japan snow ngan anak anak..huhu..bilala dapat pegi ni..hihi