Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Kem Solat cuti sekolah di putrajaya

Salam,




Musim cuti bebaru ni ciku sempat hantar anak anak ke Akademi Barakah ayer8 putrajaya. Kami tertarik dengan selain pengajian yang ditawarkan , boleh memanah dan berenang dan kuantiti pelajar pun dalam 20 orang. Anak anak jadi rapat dengan tenaga pengajar yang kebanyakannya dipanggil ustaz dan ustazah.Bila balik rumah je musti ada stori tentang ustazustaz disitu.

Waktu riadah juga anak anak bermain bola di gelanggang futsal area ayer8 tu. Memang nampak mereka seronok.Alam hafazdan dan pembacaan surah assajadah juga dilakukan selain amali solat dan mengaji.Ada aktiviti treasure hunt mengenai juzuk Al Quran  ,cross word,mewarna dan lain lain. Makan diberi 3 kali dan setiap kali ambil mereka waktu petang nak balik tu..memang mereka selalu dah kenyang .

Masuk seawal 7.30 pagi dan balik pukul 6.00 petang. Harga RM 350 seorang untuk 5 hari. Lokasi di rumah 3 tingkat di ayer8 putrajaya bersebelahan dengan tempat makan situ.

Untuk mengaji sahaja pada setiap sabtu pukul 9.00 pagi - 12.00 thari bayaran rm70 seorang sebulan dengan makan pagi sekali .Tak ingat pula bayaran pendaftaran .Sesapa berminat dan ingin keterangan lanjut boleh rujuk fb Akademi Barakah ayer8 putrajaya .

Orate alhamdulillah settle entry kem cuti sekolah .Bermulalah rutin kehidupan sekolah seperti biasa .

2 comments:

Jari Manis said...

Mmg berbaloi la byr byk tu

CIKU said...

so far rasa ok, kelas pukul( 9.00 -12.30 )- rm70 sebulan tu termasuk makan disediakan.