Monday, November 23, 2015

Famili Day 2015 di Bustel Klebang

Salam,


suasana pagi di bustel

Alhamdulilah selesai sudah  Famili day kami yang rata rata dari Perak, KL dan Kedah .Ciku and famili dah booking Bustel , Melaka ni sebulan yang lalu dan dapat 13 bus maknanya 26 bilik .1 bus ada 2 bilik yang berasingan .Bilik bahagian depan adalah king size dan bahagian belakang 2 single bed yang agak besar.

Semua kami lebih kurang dalam 60  orang termasuk kanak kanak dan bujang .Hari jumaat check in pukul 3 petang dan check out ahad 12.30 . Lantikan AJK telah dibuat sebelum ini iaitu Ajk penginapan, Ajk sukaneka, Ajk hadiah dan Ajk makanan.Lebih kurang gitula..hihi. Ciku and famili amik part Penginapan so kami pilih Bustel , klebang ni dan dipersetujui ramai.Famili day terbahagi kepada 3 grup besar.Team pertama color merah hitam  dan team kedua color pink hitam dan team satu lagi color campuran.hihi.










Ittenary Hari keluarga Nenda Aisyah November 2015

Jumaat
Check in di bilik masing masing
Terima kunci dan goodies ketibaan 
(berupa keychain bustel homemade dan biskut )
Aktiviti Free and Easy

5.00 petang Ciku dan anak anak buah makan laksa dan rojak passembor di cafe bustel dalam bus.unik .
Dinner di bustel berkumpulan.
Di waktu malam main bola sepak , bola tampar dan giant bubble .

Sabtu
 6.30 pagi jogging - sesiapa yang nak je area stadium sebelah bustel (terang  sebab lampu stadium dan memang dah ramai orang yang jogging.) dan jalan  di pesisiran pantai .

 Sarapan sendiri di area stadium  (jalan kaki)

 9.30 pagi acara sukaneka diadakan di antara 2 bus bustel.Redup sket situ.

Acara sukanekan kanak kanak terbahagi pada 3 kategori umur.
Lari bawak belon berkumpulan
Kutip pasangan selipar
Rebut  gula gula
Music chair
Grup paling panjang
Baling belon air

Acara sukaneka dewasa
Musang berjanggung (asingkan ikut jenis)
Baling belon air
Pasangan bawa bola
Golek tayar paling laju (ambil dibustel -jgn lupa letak semula ditempatnya)

12.00 Penyampaian Hadiah sukaneka dan pengagihan soalan IQ untuk kanak kanak dan dewasa.Mesti hantar semula kepada AJK sebelum pukul 6.00 petang.

Lunch sendiri di bustel

 6.30 petang konvoi ke Deli Muara Ikan bakar dalam 30 minit dari bustel (dah    order siap sebelum gerak)

8.00 malam Penyampaian pertukaran hadiah antara keluarga dan sambutan   hari lahir bulan Oktober/November dan acara teka teki dan siapa jawab dapat terus hadiah.

10.00 Acara sembang sembang malam .Grup Lelaki ke cafe bustel berdekatan minum teh tarik.Wanita acara sembang bersama anak anak buah dan sambung tekateki tanpa hadiah..bentang tikar belakang bus. Ada anak anak yang kecil dah tidur .

Ahad      
6.30 pagi jogging - sesiapa yang nak je area stadium sebelah bustel (terang sebab lampu stadium dan memang dah ramai orang yang jogging.) dan jalan di pesisiran pantai 

Sarapan sendiri di area stadium  (jalan kaki)
10.00 pagi -penyampaian hadiah IQ test .Kanak kanak semua dapat hadiah.Dewasa satu je hadiah.Pemenang famili yan guruskan penginapan bustel..hihi.

12.00 check out - Konvoi ke Coconut shake Ori drive thru area caltex dalam 10 minit dari bustel.Ramai gile orang tapi banyak je tempat duduk dan servis cepat.Makanan ada nasi lemak bungkus,kopok lekor,pelbagai kuih dan lain lain.

Lawatan ke muzium kapal selam (sesiapa yang nak join) -area bustel rm3 dewasa(12 tahun keatas) dan rm1 untuk kanak kanak.




Ke destinasi masing masing.Free and easy . Alhamdulillah selesai.
Dibawah adalah url kali pertama ciku ke bustel klebang.
http://tanggadomino.blogspot.my/2015/10/merasai-keunikan-di-bustel-melaka.html   

2 comments:

Farikica said...

Meriah family day ciku...

CIKU said...

hihi,...sesekali jumpe ..gitule..hoho

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...