Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Cuti sekolah di Guilin ,china-part 1

Salam,
Kami ikut pakej Ummah Holiday. Rombongan seramai 18 orang ( 3 keluarga 5 kanak kanak) .Majoriti dari Negeri sembilan.( 6H 5M ) .Tukaran duit 100 yuan  = rm 60 . Bawa duit belanja je ..lenlain agent dah settlekan.Yeah..relax.


Day 1 - Kuala Lumpur -Guilin 

Flight pukul 6.30 pagi so kami diminta berkumpul seawal pukul 3 pagi di KLIA 2.awai tu..huhu.Ikut ajela.subuh di KLIA pastu terus naik flight. Sampai di epot guilin (tulisan china - Guilin Liangjiang International Airport) lebih kurang 10.30 pagi dalam 4jam.Kami diperkenalkan dengan tour guide namanya Alex or Ali . Dia study di beijing dan bekerja di guilin.Englishnya baguss sekali..hihi.Airport toilet takde paip .Kena standby botol mineral sama cam korea.

Endian halal restaurant
Disebabkan musim hujan so ittenary diubah mengikut cuaca.Kami terus dibawa makan di endian halal restaurant sebelah Guilin Chongshan Street Mosque -restoran ni keluarga tibet ..muka depa cam arab arab china gitu.Makan so far ciku rasa sangat sedap.Dalam 7 jenis menu makanannya dan nasinya portion sikit je. Sedap ni pun teringat lagi.Toilet kat sini ada air paip dan ada di masjid gak sebelah je.

Yao Mountain
Settle makan kami dibawa terus ke Yao Mountain by cable car  rasanya cam cable chair kot kaki bergantung .Gayat ciku tapi tengok depan je memula tu lelama baru berani tengok bawah dan sekeliling..anak anak ciku excited sonok bonar.Subhanallah cantik pemandangan sini keindhan alam semulajadi dari pandangan atas cable chair tu .Ciku berulang kali tanya how many minutes we take to going up there??haha..broken english tapi ok je depa paham.25 minit je lebih kurang.Sampai atas tu ada kedai kedai dan kabus menutup gunung ganang.Ada kereta kebal kat bawah sebelum naik cable chair tu ..ooo..lupa lak.cable chair tu tak stop..kita kena angkat tangan lepas kan pemegang tu dan angkat kaki pastu cepat cepat turun kalau dak kita pusing satu pusingan lagi..hihi.Tapi jangan risau ada je 2 orang lelaki akan tarik kita kalau kita tak sempat turun.huhu.Patutnya turun guna slide tu tapi hari yang kami pergi ni ..slide tu tak berfungsi dalam penyelenggaraan so okla..huhu. Balik dari yao mountain kami ke endian halal restaurant tu semula by bus ..dinner dalam pukul 6 petang kot.

Zheng Yang Walking Street
Kemudian terus ke sini sendiri.agent kata free n easy so okla. Hotel ciku dekat dengan walking street ni .Kita paham centralnya ..ke kiri night market , kanannya market bawah tanah jual bedsheet dan lain lain gak tp ni tutup awal malam dan ke belakang central tu adalah hotel ciku iaitu Universal hotel.Jalan kaki je semua tu dekat je.Kami dapat jalan g night market kejap je sebab hujan lebat ..sempat le sambar 1 beg tarik 360 tu. hihi..lepas tu balik rumah.buat milo tido.


Day 2 - Guilin -Yangshuo

Crown cave
Selepas bekfas di Endian halal restaurant , kami teruskan perjalanan ke Crown Cave .Cantik sesangat..naik elevator untuk masuk dalam gua ni dan jalan sikit je pastu naik mini train pulak.best..dan cantik.Tak sangka dalam gua tu camtu.Habis pusing dalam gua tu kami keluar dan tunggu untuk naik cruise menyusuri Li River .Sementara menunggu tu selain amik gambo kami beli buah peach dan laici.Manis sesangat.basuh dulu sebelum makan k.

Li River Cruise
Keluar dari gua kami proceed ke Li river by cruise.Cantik sesangat alam semulajadi ciptaan Allah (SWT).Boeh tengok di belakang duit negara china ada gambar view li river ni. Memula kami duk dibawah dalam cruise lepas tu kami naik atas lak baru puas sikit..hihi.Ada makanan dijual dalam cruise tu tapi kami tak beli dan tak makanpun dalam tu selain buah yang dibeli tadi.

Impression SANJIE LIU
Kemudian kami naik bus semula untuk ke Yangshuo .Ni ciku tertido dalam bus ..rasa cam jauh je.Kami sampai hotel Souvereign di Yangshuo.Jalan kaki ke Yangshuo West Street (sesapa nak je) -ciku tak beli apa apa pun.Lepas tu balik hotel makanan dinner telah disediakan .Malam tu kami ke largest natural landscape performance in the world Impression SANJIE LIU.Best ever..outdoor berbumbungkan langit dan berhadapan dengan sungai dan gunung ganang yang di pancarkan dengan lampu lampu cahaya .Cantik.Ada couple china kat situ suka tegur kami dan diala duk terangkan main stori tu iaitu perhubungan antara nature dan human beings sebab kami tak pahamkan..bahasa cina..hihi.Seat memang telah ditetapkan satu row untuk kami semua so tak perlu rushing. Alhamdulillah cuaca malam tu dingin je tak hujan.Kami diminta berkumpul di luar pintu masuk dan bergerak bersamasama untuk naik bus semula dan balik hotel .tengok movie n minum milo .tido.
Pic xdo .kebanyakannya kami amik video..nanti boleh je tengok kat google.Ramai je yang upload.hihi

Day 3 - Yangshuo -Lipu -Xingan

Silver Cave
Selepas  bekfas kami dibawa terus ke silver cave gua batu kapur semulajadi..Ianya adalah gua yang terbesar di yangshuo. Ditambah dengan lampu warna-warni yang dipasang, menambahkan lagi keindahan dan kekaguman kami melihatnya.Kami asyik bergambo je dalam ni dan jln slow slow sementelah kaki ciku pun belum sembuh sepenuh je tapi boleh je jalan cuma tak selaju biasa je ..hihi.

Cormorant birds and Fishing village
Kemudian kami naik bus semula dan tengok cormorant birds yang unik..cara burung tu menangkap ikan.Burung tu diikat tengkuknye dan cari ikan dan bagi kat tuan nya ..gitula.Bagi kita orang Malaysia nampak cam kejam lor.huhu.Kami dibawa naik rakit dalam 8 orang muat termasuk 3 orang budak dalam tu. Ada tekong tua bawak da nseorang perempuan akan nyanyi lagu ap ntah cam ala ala opera tu.Pastu kita satu grup rakit ni diminta nyanyi satu lagu.Kami pun nyanyi jela "lagu Pengakap/pandu puteri masa sekolah dulu" tajuk lagu goreng pisang..korang tau tak lagu ni..hihi ngan satu lagi lagu "jingli nona jingli nona yok kari kasa" lagu portugal tu..haha..sakan naynyi..orang tu bagi souvenir bulat colorfull tanda bertuah la gitu.apa ntah.seronok depa dengar keluarga ciku nyanyi lagu ntah apa apa je..haha.bebudak ni pun meriah je la nyanyi.

Settle semua tu kami on the way bermalam di Merryland theme park resort hotel (5 star hotel) , Xingan.Kami sampai awal hotel so majoriti rest dalam hotel.Kami je sekeluarga yang berjalan jalan sekitar hotel dan main pingpong dan ala ala xbox tu serta ke kolam mandi.layanzz.Dinner dalam pukul 6 lebih dimasak oleh oleh chef import dari Malaysia.En zali..ciku tak kenal dia ni sebagai tukang masak..hihi. Dia masak kari ayam dan cucur udang dan tomyam..sedap la.Pastu sayur tumis dan apa ntah lagi.sedap .Yang tak bestnya majoriti staff hotel ni tak reti berbahasa inggeris..huhu.konola cakap sambil buat aksi aksi.hihi.


continued..

4 comments:

Jari Manis said...

mahalnya...100yuan RM60...aduh!!! makin tinggi lah budget nak ke China sekarang

Jari Manis said...

Alex? jap jap...cam kenal je nana tu...jejaka hensem tu kan sbb dia jadi tour guide kami semasa naik Cruise di Li River...dalam blog JM ada gambar Alex tu...adakah orang yg sama?

Jari Manis said...

kih kih kih...balik rumah buat milo tido? balik hotel lah

CIKU said...

JM - milo minum kat rumah..hihi..ciku dah tgk blog JM ..bukan orang tu..tour JM tu muda lagi..ni tuo sikit.hihi