Percutian di Premium Pool Villa above the sea -Grand Lexis .

Salam,

Percutian kali ini kami seramai 12 dewasa 8 kanak kanak -kira cam rombongan mak kiah la..hihi.Destinasi kali ini Port Dickson ..almaklum nak balik ipoh perak rasa cam maleh nak tempuh jem so planning ke Grand Lexis lagipun mak ayah pun ada sini.Dokek jo.Ada buggy car bleh amik kita kalau nak kuar masuk hotel dari above the sea tu.

Orite stori pasal check in pukul 4 ,check out kul 12. Masa ciku n hubby nak check in tu punyala ramai ,,panjang gilos orang beratur check in rasa sebab cuti buruh dan wesak day ri tu.Yang lenlain tunggu dalam keto dulu.Ciku n hubby mintak Wheel chair di lobby sebab bawak mak ayah yang dah tak boleh jalan.Settle urusan check in ,bilik tak dapat lagi sebab belum kemas so kami seramai 20 orang tu diberi rest dulu dalam satu bar cam lanun yang agak executive tu.Makan dan minum free (jejari nugget,sandwich ,mee goreng mamak dan air lime /air pandan) ..okla dah tak dapat check in ..Grand lexis layan bebetul so sambil makan dan rest kat situ sesambil nengok muvi "mr peabody and sherman" kot -cartoon.Front desk Grand lexis akan call kalau bilik dah siap..rasanya lebih kurang kul 5.30 baru dapat bilik tapi still ok coz cara layanan masa kami menunggu tu sangat first class.Kami diberi extend check out time pukul 3.00 petang dan tidak perlu bayar .

Makan dan aktiviti
Sebelum pergi kami dah siap nasi bajet dari rumah ,nasi putih ,ayam goreng dan tomyam campur.Kami siap 20 bungkus nasi tu dan bahagi bahagi siap siap untuk setiap famili.lapo bleh makan je tak yah beli beli sangat kat luar.Ciku and hubby buat homemade pizza gak untuk dimakan sebelum ke PD ri tu .Malam sebelum tu kami buat BBQ di rumah ..sesaja nak bagi meriah suasana berkumpul reramai..hihi.Orite sambung citer aktiviti di Grand lexis yang lebih kepada mandi kolam dalam bilik tu je.Pepagi kami berkumpul dan g tengok sunrise di grand lexis -sangat cantik.aktiviti malam ,kami memanah (sunnah Rasullulah) . RM23 untuk 36 arrows.Bekalan lain ,kami bawak roti dan jem dan order maggie goreng ..hihi.Last day nak balik tu,adik dan hubby g beli nasi kukus ayam panggang cowboy place rm 6 sebungkus tapi bleh je kongsi 2 orang .Boleh recheck di website ni .Sedap dan berbaloi.

Cara booking
Ciku dah booking dan bayar online thru hotel dalam 2 weeks earlier pastu masa check in tu bawak kertas confirmation registration yang dah diprint dan sign by kita dari emel kita dan bukti pembayaran tu kena fax ke hotel before check in.Ciku mintak bilik sebelah sebelah .3 rooms premium pool villa above the sea untuk 20 orang.Hotel limit untuk 13 dewasa berumur 12 tahun keatas so settle (tapi rasanya depa tak check if terlajak lebih orang).Ada 2 katil king dan swimming pool inside. Ada kitchen -microwave ,peti ais kotak ,pinggan 2 ,mangkuk bowl sup 2.hairdryer dan lenlain la.
Berminat boleh terjah website di http://www.grandlexispd.com/ .

Orite meh layanz gambo .

Aktiviti Memanah -best ever walaupun markah xdo..hihi
Inside Premium Pool Villa above the sea -Grand Lexis


BBQ malam sebelum sebelum gerak ke PD.Lead by chef anuar
Pizza homemade
Alhamdulillah selesai percutian mak kiah.Tercapai gak nak bercuti beramai ramai.

5 comments:

mrs.smile said...

sekali sekala bercuti dengan family mcm ni mmg seronok!

CIKU said...

hihi..aah meriah bukan selalupun dapat berkumpul reramai bercuti bersama.alhamdulillah

kapok said...

bestnya

stardust said...

I’m happy for you that you had such a wonderful family trip.

Yoko

CIKU said...

Tq yoko and Kapok.Wish to have fun with big family again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.