Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Wall climbing taman cabaran putrajaya

Salam,

Bebaru ni ciku ke sini bersama keluarga bawak anak anak ni beriadah le..hihi.Best asik duk baca kat blog orang je ngan dengar orang stori .Teringin nak pegi tengok lak..nak panjat tu segan la pulak .huhu.Sebelum ke sana , ciku main lumba lari ngan anak .uish ala parkour rasa..hihi.Untuk makluman ciku ni pelari pecut dulu ni..haha.Tetiba citer apa ntah ntah.Okeh berbalik pada topik tajuk blog ni.

Location : Taman Cabaran Putrajaya
Berdekatan PICC presint 5 / presint 20

TL pegi bawah nengok orang panjat panjat tu dan survey harga.
Ok ni senarai harga lebih kurang

Entrance fee : RM6.00 (adult) RM3.00 (student)

Equipment rental
Climbing rope: RM15.00
Harness: RM5.00
Climbing shoes: RM7.00
Chalk bag: RM3.00
Belay device: RM4.00

sewa sume ni boleh share. Jimat kos

Time buka:
10.00 pagi - 8.00 malam : ahad - khamis
10.00 pagi - 10.00 malam : jumaat - sabtu

kalau nak amik trainer boleh tapi tak pasti berapa RM, korang g sana nanti boleh je tanya.Ada macam macam zone gak.

  •  Zone A Expert Bouldering Wall
  •  Zone B Beginners Bouldering Wall
  •  Zone C Expert Lead Wall
  •  Zone D Top oping Wall
  •  Zone E Speed Climbing Wall
  •  Zone F Intermediate Lead Wall

Tapi zone yang kitorang try means anak ciku -kids zone je..Ciku terus je ke Aras 1 , tempat kanak kanak.Entrance Free untuk bebudak bawah umo 10 tahun(mak ayah boleh masuk gak dalam ni ). Berdepan dengan tempat kids climber ni ada sebuah restoran ala santai.Namanya apa ntah ..ciku ngan TL je duk situ sambil tengok para climbers dewasa duk panjat panjat jatuh tu di aras bawah..ada ramai la yang tak jatuh..hihi..saja je.haha.Ni memang berbaloi - sejuk ada aircond..seronok bebudak ni panjat memanjat.Cuma untuk kanak kanak kecik cam 3 tahun tu ada tempat sebelah hijau ni color biru -tak sempat snap lak.Ada toilet dan surau aras 1 ni gak.Memudahkan.

Ciku and Tl makan kat restoran tu ..haha..orang lain ber exercise tapi kami makan pasta carbonara dan nasi goreng climbers special.hiihi.Carbonara Pasta dia for me kureng.
Meh share nengok gambo bebudak climbers ni.










 Orite settle tempat ni.Sesiapa berminat bolehle terjah Taman Cabaran Putrajaya ini.Ciku teringin gak nak buat aktiviti panjat ni atau ala ala parkour lompat lompat tu..haha .

http://www.parkourmalaysia.com/

  •  Indoor Rock Wall Climbing Complex
  •  Skate Park and Thrill Park
  •  Mountain Bike Trails


2 comments:

Keyza Karl said...

jom la panjat skali

Sumijelly said...

uit...seyes tak pernah tau ada mpt climbing kat situ...hahahaha

harus bawa anak2 ni

Sumijelly.com