Gold Coast Morib International Resort

Salam,

Ciku sekeluarga ke Pantai Morib .Bercuti lebih kepada berehat je.Kami check in 19/2/2015 -21/2/2015 bersama satu lagi family member.Ciku dari seremban so lalu LEKAS hway ke arah banting dan masuk morib.Kami gerak lewat dalam pukul 4 kot baru sampai hotel .

Sebelum tu kami stop semenyih beli nasi ayam bungkus berhadapan jalan dewan orang ramai Semenyih .Gile beratur panjang situ..tak ingat nama kedai tu..memang ramai betul orang beratur dan keretapun park tepi tepi tu.Ciku dapat tahu pun dari blog member  gerai nasi ayam ni.

Orite cite kat morib ye.Kami rest dalam hotel je first day tu..tunggu malam baru nak g makan.Cari merata kedai makan tak jumpa..kebanyakannya kedai makan cina.At last kami ke Pantai Morib , ada food court situ dan ada jualan cam bazar.Meriah gak situ.Ciku beli baju bola untuk anak anak.hihi.Kami g makan kat Kings Ikan bakar kedai hujung sekali sebelahnya kedai nelayan seafood. Disebabkan kami kenyang lagi so kami makan sotong bakar seekor , ketam 2 ekor  dan ikan jenahak sweet sour dan kangkung.Tapi sedap punya pasal tambah nasi lak lagi..hihi.cam tak cukup la pulak.Ciku tengok ada banyak gerai jual sotong celup tepung gergasi.RM10.00.Ciku tak belipun sebab terlampau kenyang.

Hari ke dua , kami bekfas di hotel je.Makanan so far ok ok je la.Anak anak dah tak sabo nak masuk mandi kat water theme park tu.Settle makan kami terus masuk main air.Pas masuk dah ada untuk 2 for adult.Untuk bebudak kena tambah.sorang rm20 ikut ketinggian.Meh tengok gambo.

Lepas asar kami plan ke Bagan lalang untuk makan di Restoran HM Bagan Lalang yang femes katanya.hihi.jarak ke sana dalam 30 minit lebih kurang.Sampai je sana..tengok papan tanda restoran tu mula dibuka pukul 6 petang so okla kami sampai dalam pukul 5.50 petang.Terus pilih ikan dan seafood lain dan cop tempat.Ciku tengok ada yang reserved seat so boleh book by phone . Kami amik 2 ekor ikan jenahak masak stim , 2 ekor ikan jenahak sweet sour,ketam butter salted,Butter prawn,sotong bakar , sayur,kerang bakar dan air 2 jug apple asam boi dan tembikai ni sume untuk 12 makan.5 dewasa..hihi..total rm300++.Bagi pendapat ciku rasa makanan kat sini ok ok la.hihi.Tapi memang ramai orang kat sini..kereta makin lama makin ramai parking.huallah ramai betul seperti yang di cerita oleh blogger blogger.

Esoknya kami check out dan terus je balik romah.Selubung tido.Sempoi entry takdo gambo.hihi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.