Murtabak roti vs murtabak biskut

Salam,


Pelik kah tapi rasanya sedap..hihi
Ni bila dah potong pinggan anak ciku makan -cheese silap letak layer bawah sekali pulak.
Hampir habis sekelip mata..ni pun sebab nak snap pic .

Cara nak buat ..mudah sekali 

Inti 
gaul daging kisar atau ayam kisar dengan lada hitam,lada sulah
tumis bawang merah halus dan campur dengan daging kisar tadi
letak garam gula secukup rasa
kemudian tabur daun sup
siap.

Roti Gardenia sebagai Tapak
layurkan mentega sikit kat bekas tu.
1) Roti 16 buku ikut kesusaian.ciku saja je buat tinggi tinggi..hihi
2)Susun 4 roti buat tapak - letak inti yang telah dimasak
3)Susun lagi 4 roti letak cheese
4) Susun lagi 4 roti letak inti
5)Susun lagi 4 roti letak inti dan pecah telur tabur keliling bagi jatuh dan sekata.
6) tabur lagi lada hitam or lada sulah (saja je sebab suka)

Bako dalam oven ..disebabkan oven ciku tu dah nak lupus so ciku bako dalam setiap 20 minit ciku cek ngan garpu..dah keras ke belum..haha.kesian tak..huhu.InsyaAllah akan dicariganti oven tu.

Sebelum ni ciku biasa buat dengan biskut Hup seng yang masin tu..ni try buat ngan roti ..ok sedap gak.hihi. buat kudapan petang atau malam.cepat dan sedap.

Ciku suka makan kat ayer8 selain mat ayam kampung tu ,sharon low sotong butter salted,restoran dTimur -butter prawn,ayam pandan ,tomyam dan lenlain,maggie ketam tak pernah try lagi.hihi..Nanti nak try restoran Godang tu lak.:).

1 comment:

sumie said...

tak pernah dengar murtabak biskut. tp resepi ni blh try skali skala ni ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.